Monday, April 7, 2008

Jalan2: Kedai Kopi


Kampung CB:
Kesan sembang-sembang kedai kopi kepada pengurusan negara kini tidak boleh dilihat sebagai perkara enteng lagi. Lihatlah kini apa yang berlaku. Kalau dulu, warga kedai kopi Kampung CB lebih banyak bercerita tentang masalah kebun kena serang monyet liar, tanaman kena makan dek b*** hutan, harga racun naik dan baja subsidi kerajaan yang kena sebat orang tengah. Kini, kalau kita curi dengar, ceritanya lebih kepada duit projek yang tak sampai-sampai, projek terbengkalai, malah turut diutarakan projek yang dianggap sia-sia. Mereka lebih global walau pun hakikatnya warga kedai kopi kini adalah warga yang sama dengan yang dahulu. Ini pembangunan minda orang Kampung CB?

Cuma Paku Payung masih tak faham, apa beza Cappucino dan Mocha.

2 comments:

m.saffuan said...

mkn beso nampak...

Paku Payung said...

m.saffuan
sekala-sekala, kat sana pun apa kurangnya...bekalan ikan terubuk kami dah susut, tak sempat sampai hari raya kot kali ni..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com