Saturday, July 5, 2008

Jalan2: Tangkak ... kain si Putri Gunung Ledang

Baru 1 Rejab.

Siapa kata wanita tidak berpandangan jauh?
Aku rasa, puasa pun belum habis ganti, tapi kedai-kedai kain di Tangkak dah mula diserbu. 10 minit sebelum bertolak, wanita-wanita yang telah menjampi serapah aku ini sudah bersependapat...Raya kali ini, warna tema adalah biru. Satu panggilan h/phone turut dibuat kepada wanita yang satu nun jauh di sana...konfem, biru warna pilihan...sedondon pulak tu..ahhhhh!

Aku. Yang punya baju. Melayu kali terakhir kerana akad-nikah. Kali ini kena buat baju Melayu?!! Kali terakhir aku pakai baju melayu lengkap ketika Raya 25 tahun lepas, itu pun baju melayu abang aku yang dah tak muat lagi. yang dia dapat 2 tahun sebelum tu daripada abang dia, yang juga sebab dah tak muat untuk dipakai.

"Abang tak boleh pilih warna baju lagi. Kena tunggu kami pilih kain dulu"
Aku pun keluar dulu. Paku Payung pun sama. Kami duduk kat tembok bunga, tepi jalan. 20 minit tak keluar lagi...aku pun masuk, tangan menguak-nguak kain-kain yang tergantung.

"Yea, echee'. Mau cari apa?" Amoy pendek & tembam menyapa.
"Aku mau cari orang"
Tersentak amoy tu. Dia ingat aku ni gengster kut. Lepas aku laraskan jari telunjuk aku ke arah Paku Payung, baru dia boleh tersenyum.

"Haaa... yang ni bagus buat baju Melayu. Ambik 12 meter" Wanita 1.
Mak oiii... nak buat kain kapan aku ke?

"ye la, abang, adik, ayah, dak boy... 12 meter la. Tu pun abang dan ayah dapat baju je. Tak cukup kalau nak buat seluar sekali" Wanita 2.

Untuk wanita-wanita pula... dua pasang seorang. Kelam kabut minah cina tu ukur kayu... 24 meter kain Korea. Berlendir ketiak minah cina tu. Towkey menyeringai puas...dari meja cashier.

Siapa kata wanita kini tidak berpandangan jauh? Puasa ganti pun belum habis lagi.

Baru 1 Rejab.
.

2 comments:

Anonymous said...

sinis.

aKu yAng aKut said...

sinis.... dan betul...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com