Monday, October 13, 2008

SusTra: Ayah Pulang [ akhir ]

VI

‘Gembirakan hatinya. Ikutkan saja segala mahunya.’

Pesan jururawat tua itu amat menusuk ke tulang hitamku, tapi aku hargainya. Ada benarnya. Jururawat tua itu meninggalkan beberapa coretan pantas di atas kertas kecil sambil mulutnya tidak henti-henti memberi arahan dan peringatan tentang penjagaan ayah. Kemudian dia berikan satu senarai ubat yang telah dititipkan oleh doktor muda awal pagi tadi. Panjang juga.

Ayah gembira. Dia dibenarkan pulang pada tengah hari itu. Segala urusan telah selesai. Ayah kenakan semula baju dan seluar yang dipakainya sewaktu dia dimasukkan ke sini. Aku minta izin jururawat untuk pinjam sebuah kerusi roda. Dia benarkan. Aku sorong ayah perlahan-lahan menuju ke lif. Abang dan kakak ipar mengikuti kami di belakang.

Entah mengapa, aku rasakan ayah semakin menjauh walaupun sebenarnya dia masih di depanku. Aku teringat kata-kata doktor muda itu. Aku juga teringat segala pesanan jururawat tadi. Aku intai wajah ayah dari sisi. Ayah kelihatan gembira. Aku keliru dan risau. Aku tarik nafas dalam-dalam. Resahku bertambah. Aku dapat rasakan kepulangan ayah pada kali ini amat jauh. Mungkin juga menjadi amat dekat, hanya ke pintu lif itu.

Aku sorong kerusi roda itu perlahan-lahan, amat perlahan hinggakan masa kurasakan terhenti. Sampaikah ayah ke rumah? Tuhan, berkatilah umur ayahku.
Amin.


[ Hamdan bin Othman - 1927 ~ May 2007]
- Ditulis buat mengingati ayahanda yang dirindui -


.

2 comments:

alinaabdullah said...

itulah. takziah dan alfatihah.

Nizam.Ariff said...

T. Kasih Alina, dah dua minggu entry sedih je ni...

tak tau bila nak jadik ganas balik ... ni tengah adjust jiwa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com