Tuesday, November 4, 2008

FiQir: Peradaban yang mungkin hilang

Kisah ini bermula dengan cerita tentang seorang berperangai setan yang akhirnya kalah dalam pertarungan. Yang terkesan dalam cerita tu, hero ada kata, semasa lawannya rebah, "I told u, smoking is bad to your health". Dam!

------------
Rokok wujud bukan baru-baru ni. Bukan pada tahun 1800an sewaktu revolusi industri di Eropah. Bukan juga pada tahun 1600an sewaktu imigran british mula-mula menjejakkan kakinya di Virginia. Bukan dan bukan. Dam!


Rokok bukan hanya berbentuk selinder 5cm panjang dan bergabus dihujungnya. Bukan juga berbentuk kon. Bukan juga sekadar berdiameter 0.67cm. Ia bermacam-macam. Dam!

Rokok bukan sahaja sebagai penanda status. Bukan sahaja untuk mereka yang ketagih. Bukan sahaja sebagai perosak paru-paru dan otak. Ia juga sebagai ubat [resdung], sebagai satu tertib dalam perbincangan [tanya puak Apache], dalam nikah kahwin [pakcik-pakcik yang bersembang selepas meminang], jamuan hantu polong [ancak yang hanyut] dll. Ia adalah budaya. Dam!

------------
Peradaban manusia telah menyaksikan bahawa rokok itu wujud sejak ribuan tahun dulu lagi. Lebih lama daripada sireh pinang. Mungkin beberapa ratus tahun selepas manusia tahu menggunakan api. Mungkin apabila terlihat puntung kayu yang sedang terbakar mengeluarkan asap pada hujung satu lagi. Mungkin. Dam!

Aku cuba katakan bahawa rokok itu adalah intipati peradaban sejak dahulu kala. Menjadi komposit dalam budaya masyarakat dunia. Dunia wooo...

Jadi, apabila kempen kerajaan dan para pengikis wang yang kononnya menaikkan cukai rokok itu tujuannya untuk menghalang / mengurangi jumlah merreka yang merokok, sedarkah mereka, bahawa mereka juga sedang menghapuskan satu peradaban yang amat panjang. Sungguh kurang adap mereka itu!

Mereka turut menghapuskan satu budaya, yang sepatutnya mereka pertahankan.
Dam!!!




.

5 comments:

alinaabdullah said...

haha. keluhan hati si perokok. haha.

tasikmerah said...

kamu merokok tak nih?

he he.

salam ziarah.



.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Tu la....dari malam semalam aku dah rasa something is not fair. Eh, sejak keluar news tak boleh merokok kat kaki lima....


Tasik,
Rokok la jugak sikit-sikit...tapi dah kurangkan dos. Apa, ingat u je ke yang boleh tukar dos ubat doktor pakar tu...hahahaha
Thanks for ziarah...

.

hairul said...

Kena merokok kat rumah jerlah... haha..

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Akhirnya...bersuara juga kau...kena umpan yang panas-panas, baru mulut boleh nganga... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com