Tuesday, December 16, 2008

Jalan2: Agen Kitar Semula

Nyit...nyit...nyit!

Bunyi itu berhenti betul-betul di depan tong sampah besar di lorong itu. Aku sepetkan mata untuk elak asap yang berkepul-kepul.

Aku lihat makcik itu mula menyelongkar sampah-sampah di situ. Dia tenung-tenung, dia ambil dua tiga barang buangan dan letakkan dalam trolley yang aku kira dia ambil, kalau bukan curi, dari pasaraya sekitar ini.

Walau pun bukan sampah domestik, ia tetap berbau semacam setiap kali makcik tu punggah isinya. Aku cuit-cuit hidung beberapa kali.

"Kenapa? keji ke perbuatan makcik ni?"

Eh, ke situ pulak. Mana ada apa-apa. Cuma kurang senang dengan baunya.

"Bukan salah Makcik, dah nama pun lorong belakang, berbau la. Kalau nak wangi, pergilah masuk ke dalam"

Maaflah Makcik, saya tak kata apa-apa pun. Takkan aku nak tengok Makcik tu pun tak boleh. Ngomel memanjang.

"Hina sangat agaknya kerja makcik ni ye. Tapi, Makcik taklah sampai terkangkang sana terkangkang sini kat jantan-jantan macam pelacur tu. Memang hina kerja Makcik ni kut, sampai pelacur pun sekarang ni dah ada gelaran yang lebih mulia. Dia gelar pelacur tu Pekerja Seks!"

Makcik ni tengah brainwash aku agaknya. Badan aku sengal-sengal. Macam kena tembak dengan peluru penabur. Adeh..adeh...

"Apa ingat Makcik ni tak berguna ke? Makcik menolong menjaga alam sekitar. Bukan macam kamu, asyik merosakkan alam sekitar. Racun sana racun sini. Ada gelaran untuk kerja makcik ni. Apa ke bendenya... hah, makcik ni Agen Kitar Semula"

Ye la tu Makcik. Kalau begitu, aku juga seorang agen. Aku bekerja sebagai Agen Pembiakan. Ini kad saya....hehe.

"Memang jantan semua macam tu. Tak guna, kerah tenaga orang perempuan je. Cari duit sendiri malas! Kamu tu, buat apa kamu kat sini? Asyik hisap menatang tu je kerjanya ....%&@#*#@#*...."

Adui! Cukuplah tu. Aku lemas. Aku dah longlai kena sembur dengan Makcik tu...macam pekerja seks yang keletihan lagaknya....



Hahahaa...






.

7 comments:

hegira said...

buat apa kat lorong tu?

Nizam.Ariff said...

Alina,
Lepak, merokok. Kat tempat berhawa dingin sekarang dah tak boleh. Kena saman.

Azzam Supardi said...

Ha ha ha! Adeh!

Nizam.Ariff said...

Azzam,
:)

.

tasikmerah said...

sanggup tu dengar ceramah panjang lebar... ha ha.




.

Water Lily said...

Agaknya makcik tu berceramah dengan orang yang salah

Adeh..hahaha!

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku kena dengar, paling kurang sehingga rokok aku sampai pangkal.

Waterlily,
T.Kasih kak sebab sudi datang.

Dia tak kira. Dia peduli apa. Dia cakap memanjang.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com