Monday, December 1, 2008

Jalan2: Cemas Detik 12.00 Malam...

Kisahnya bermula begini:

Kami sepatutnya bertolak ke SA jam 9.00 mlm. Tapi, oleh sebab-sebab yang tertentu, kereta yang satu lagi hanya bersedia pada jam 12.00 mlm. Tup-tap-tup-tap, kami pun bertolak jam 12.45 mlm. Minyak tinggal kurang satu ‘takuk’ untuk perjalanan sejauh 170km. Tak apa, boleh singgah di Selandar untuk isi minyak.

Tapi, Petronas di Selandar dah tutup. Baru teringat, stesyen minyak di luar bandar tak banyak yang buka 24 jam. Hati dah kecut sikit. Tak apa, masih ada harapan di Simpang Ampat sebelum masuk tol PLUS.

Tutup jugak! Kaki dah gigil tekan pedal minyak. Hati-hati. Tak apa, masih ada harapan di Petronas di hentian Pedas menuju ke Utara. Tutup jugak! Termenung aku sebentar. Harapan akhir ialah di hentian Seremban yang sejauh 60km lagi!



1.47 am .... dan minyak dah dekat 'E'


--------------------------
Aku korek kotak ingatan. Aku ingat semula tip-tip jimat minyak. Seperti berikut:

  1. Enjin paling jimat menggunakan minyak pada RPM sekitar 2800 ~3300. Dikenali juga sebagai ’economic range’. Bergantung pada saiz kenderaan dan kapasiti enjin. Kapasiti enjin aku 1.5ltr Automatik, MPI dan berat kereta lebih kurang 1 tan. Jadi, aku set pada 3000 RPM, lebih kurang 95~100km/j. Kalau lebih, minyak juga lebih. Kalau kurang, minyak pun guna banyak jugak sebab nak kekalkan inersia.
  2. Jangan selalu gunakan brek sebab ia adalah pembaziran tenaga [amaran: cara ini berbahaya]. Kita tekan minyak supaya lebih laju tapi kita buang momentum kelajuan itu dengan menekan brek. Jadi aku kena elakkan tekan brek selalu.
  3. Tutup Aircond. Sebab Aircond compressor menggunakan kira-kira 1 kuasa kuda. Baik aku suruh kuda tu tarik kereta daripada tarik compressor aku. Tapi, dalam kereta berkuap. Kena bukak cermin ambik angin luar, tapi....
  4. Jangan buka cermin tingkap luas-luas sebab angin yang masuk akan berikan rintangan atau ’drag’, minyak makan lebih. Jadi, aku buka tingkap depan lebih kurang satu inci sahaja untuk stabilkan suhu luar dan dalam [nasib baik malam].
  5. Tutup lampu hadapan yang utama, pasang yang kecil sahaja [amaran: cara ini amat berbahaya] sebab lampu depan tu pakai 13A punya line. Kalau tutup, kurang sikit tekanan kepada altenator. Dapat jugalah jimat sekitar 200 RPM.
  6. Elakkan menekan minyak secara mengejut atau cepat sebab ECU akan baca ’fuel demand’ dan dia akan bagi minyak lebih. Jadi, masa naik bukit aku tekan minyak secara perlahan.
  7. Jangan kerap menukar gear sebab setiap kali tukar gear, kena tekan pedal clutch. Setiap kali tekan pedal clutch, RPM akan turun. Bila masuk gear, kelajuan akan turun sebab kehilangan RPM. Tapi, kereta aku automatik. Tak tertakluk kepada terma ini.
  8. Waktu menuruni bukit yang curam, lepaskan minyak sebab sesetengah kereta, ECU akan baca ’SAS Active’ dan dia tutup minyak satu atau dua selinder. Kereta aku bukan kereta mewah yang ada ciri-ciri macam tu. Tapi, aku lepaskan juga pedal minyak sebab nak compensate aku tekan minyak masa naik bukit tadi.
  9. Seboleh-bolehnya, ikut kenderaan hadapan yang lebih besar [amaran: cara ini berbahaya] dengan agak rapat supaya rintangan angin berkurangan. Aku cuba ikut lori malam tu tapi lori lambat sangat sampai RPM jatuh bawah 2500. Aku ikut bas ekspress pulak. Tapi lagi hampeh, dia orang pecut sampai 120km/j. Aku ikut satu MPV dari belakang.
  10. Kalau nak potong lori, pergi jauh ke lorong kanan sebab nak elak dari angin sisi lori, terutama ketika nak sampai ke kepala lori tu. Angin yang persis angin lintang tu akan memberikan rintangan ketika memotong.
  11. Kalau belok, kena pandai ’makan jalan’. Maknanya, kalau belok kiri, makan sikit bahu jalan. Kalau belok kanan, masuk sikit lorong orang.
  12. Di lebuh raya yang bengkang-bengkok, pastikan cari apex yang betul. Pastikan laluan selurus yang mungkin [kata ustaz, jalan yang lurus adalah jalan yang selamat] sebab ia akan memendekkan radius bengkang-bengkok tu, maka jarak laluan juga pendek. Jadi, aku pun makan lorong sebelah juga.

Akhirnya, kereta aku selamat sampai di hentian Seremban. Lampu minyak masih juga belum menyala lagi! Jadi, aku dah berjaya. Syukur.

Kalaulah boleh amalkan cara memandu macam ni, tentu jimat minyak. Tapi, apa ada hal.....harga minyak dah turun! Lepas isi RM50, aku pecut macam biasa.

Benar kata orang tua-tua, masa susah beringat, bila dah senang mulalah kita lupa diri.

.

2 comments:

tasekM said...

lu dr melaka ke bro?

Nizam.Ariff said...

TM,
Wooo...dah sihat?
Mak mertua duduk kat sana.
Balik cuti hari minggu lepas.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com