Wednesday, December 24, 2008

Jalan2: Hujung tahun yang HO HO HO

Akhirnya, pada tahun ini, untuk kesekian kalinya mencuba dan merancang, aku amat hampir untuk meluangkan masa bersama si Dia, si dia dan Paku Payung. Amat hampir. Amin.

Awal tahun, kononnya nak ke C.Highland... tak jadi sebab musim hujan, tanah runtuh. Atau tayar tak berganti, telah botak. Dua dua mungkin betul. Tengah tahun pula, ramailah sedara-mara ajak [pergi kenduri] kahwin.

Kali ini amat hampir. Amin!


HO! HO! HO!

Duhai! Melaka yang bersejarah!
Kugali dan kujarah segenap bumimu
Kucari sekarun hartamu
Dulunya, kutemui setitis darah Tun Teja di Merlimau
Tepi nesan dan sekuntum bunganya
Telah aku sunting menjadi ibu kepada anakku

Kan kugali lagi dan kujarah lagi
Kali ini dan mungkin berkali-kali lagi
Tidak kira Tasek Merah, biru atau jingga
Tidak kira laut emas, perak atau suasa
Kan kulempar umpan biji saga
Kan kupancing ikan-ikan di dalam air
Dan 'ikan-ikan' yang berjemur atas pasir...

HO! HO! HO!

[Nizam.Ariff]




.

8 comments:

tasikmerah said...

lain macam je bunyi ko punya pancing... ha ha ha.


.

Pewaris Reformasi said...

aik, aku pun baru rancang dgn kawan2 untuk ke Melaka, banda hilir tu!

Nizam.Ariff said...

TM,
Memang pun, serampang 2 mata..hahaha

Pewaris,
Aku tak tahu nama pantai tu. Sedara aku yang bawak nanti. Tapi, tepi pantai la...

Water Lily said...

Wah, bestnya ko g Melaka ya Nizam. Akak ber'hohoho' kat sini ja.

Hahahah!

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Sekala-sekala kak. Kalaulah bukan dek virus tu, tentu akak pun ber hohoho kat tepi pantai kan? sabarla kak.

Anonymous said...

Hai... kat Malaysia ni banyak tempat menarik ...
tup-tup kat Melaka jugak... Kampung kan kat Melaka.... cari le negeri lain.. luas sikit pandangan hehehe

Nizam.Ariff said...

Anon,
Kalau aku slalu ke borneo, kan kusunting bunga di kaki santubomg. kalau aku slalu ke Johor, pasti kusunting bunga dikaki ledang. Tapi, aku tak mahu. Aku cari setitis darah Teja, kerana pahang terkenal dengan keayuan dan keberanian gadis-gadisnya. Kebetulan [atau takdir], setitis darahnya tumpah di Merlimau dan menjadi bunga yang mekar menanti aku petik. Hohoho

Nizam.Ariff said...

Oh ya, tak nak gi pantai timur. Sana banyak Jin. Lihat saja tarian makyong dan wayang kulit, terang-terangan berhubung dengan jin. Belum lagi ancak dan puja pantainya...ah. Tapi, semuanya berselindung atas nama budaya. Aku tak nak tersampuk...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com