Friday, December 5, 2008

Jalan2: Kalau kepala dah banyak sangat pikir...

Aku:
Eh, kau tak ada keje ke? Cepat sangat balas email...

M.Alwie:
Brader…sekarang zaman bukak email pakai handphone ler….ni ... dalam tangki gas pun boleh reply email …bila kau nak maju????

Aku:
Ye ke? Sejak bila kau upgrade h.phone???
Setahu aku, kau yang kuat protes penggunaan gelombang mikro yg berleluasa sebab boleh mencemar sekitar dan memudaratkan navigasi burung merpati, selain tangan jadi panjang sebelah [ lepas tu aku cakap h.phone orang tak genggam lama-lama, dia orang sangkut kat tali pinggang, baru kau tarik balik tuduhan yang ini]...

M.Alwie:
Bro--- lu agak so yesterday lah. Liquidate our requirement lah. If the thing is within “necessity” spectrum – then use it. Yg tak boleh ialah kalau guna hanya sbb org lain pun guna.

Aku tak pakai kad ATM sbb surrounding aku skrg byk bank...dan kaunter tak sesak...but, when the time comes whereby aku dah tak de easy access to bank counter, then aku kena pakai kad ATM. This is sumthing to do with “the law of one price “ – under economic naturalist punya konsep + blue ocean strategy .

Can Economy explain these questions :

  1. Kenapa kamikaze pilot pakai helmet masa nak bunuh diri ?
  2. Kenapa org jual susu dlm kotak tapi air bergas dlm tin ?
  3. kenapa accident kat jalan north bound tapi jln kat south bound pun jem ?
  4. Kenapa butang kemeja lelaki sebelah kanan but for ladies sebelah kiri ?
  5. Kenapa Tiket flight Orlando-Chicago-Orlando lagi mahal dari Chicago-Orlando-Chicago ?
  6. Kenapa supermarket kat US bukak 24 jam walau kat kawasan hulu dan tak de customer pun yg shopping tgh malam ?
  7. Kenapa 24hr shop , kat pintu dia masih ada kunci ?
  8. Kenapa orang tak makan nasi + air teh dlm satu masa ?


Aku:
Ok. Jawapan ikut teori kebarangkalian:

  1. Kepala tak hancur, orang boleh cam muka(30%); kalau kena tembak tak tembus kepala dan boleh accomplish mission (70%).
  2. Susu sedap, cepat habis tak yah simpan lama-lama (40%); Air berkarbonat ada gas bertekanan rendah (60%)
  3. Kena hati-hati sebab dah ada orang yg mati, takut (50%); pemberita ada sebelah south bound (50%)
  4. Kalau peluk, butang baju lelaki & wanita berada pada bahagian yang sama, senang sikit nak bukak/seluk (100%)
  5. Airport Tax untuk Chicago dan Orlando berbeza (100%)
  6. Siang orang beli belah, malam lori datang masuk top-up stock (100%)
  7. Ada masanya dia orang nak pegi tandas, kena tutup sekejap (100%)
  8. Haaa… yang ni aku tak boleh komen sebab ada orang tuang teh tarik dalam nasi goreng dan makan..

M.Alwie:
Jwpn semua salah. ..dia ada kena mengena dgn cost-benefit factor ( kan aku dah kata – explanation dia from economy point of view )

Fikir lagi...
Note: airport tax Orlando & Chicago sama = USD40

--------------------

Aku dah malas nak layan. Nanti la, jumpa masa sesi mengeteh malam minggu...

.

8 comments:

hegira said...

wah. bikin kepala pusing ini. tapi saya pun kadang kadang selalu fikir benda yang mudah mudah tapi kita take for granted.

Nizam.Ariff said...

Kawan aku ni memang camtu, sejak blajar dulu lagi. Tapi, kadang-kadang boleh pakai jugak kepala dia ....

tasikmerah said...

penat tau bang aku fikir. he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak yah fikir. Nanti mimpi susah pulak....tapi kan...errr takpe la..

tasikmerah said...

err... kamu ni org teluk intan ke bang? ha ha. kampung aku tu weh... raya datang romah ye yob.

:)

Nizam.Ariff said...

TM,
Sekejap jadi org melaka, sekejap jadi org tlk intan. Mana satu kampung kamu ni?

Teman org C.Balai. raya lama lagi...

tasikmerah said...

teman org teluk intan menikah dgn org melaka. la ni dok melaka.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ye ke? Teman pun nikah dengan orang Melaka. Nak dapatkan darah Tun Teja kononnya...hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com