Wednesday, December 31, 2008

Jalan2: Tarikh seram sejuk 1 Januari 2009

"Yang dia orang risau sangat pasal tali pinggang keledar ni kenapa?" tanya dia.

Mana aku tahu! Aku pun pelik jugak, kenapa isu pemakaian tali pinggang keledar itu jadi besar. Propaganda. Memang tugas media untuk war-warkan kepada umum tentang denda dan penjara. Itu kerja dia. Kalau tak heboh, media tak buat kerjalah tu.

Yang aku tak faham, kenapa dia orang semua kelam kabut dengan tarikh 1 Jan 09. Biarlah kuat kuasa bila-bila pun, apa salahnya?

"Betul tu. Demi keselamatan" tambah dia.

Pemakaian tali pinggang keledar untuk kerusi hadapan telah lama dulu dikuatkuasakan. Aku nak tanya dia orang, berapa kerat yang kena saman? Berapa kerat yang kena naik mahkamah?

Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa bersalah semacam bila sebut pasal saman. Aku raba-raba kat pinggang. Dia pandang pinggang aku, aku pandang balik pinggang dia.

"Tak payah. Dah nak sampai dah..."






.

6 comments:

hegira said...

malas nak layan tali pinggang nih.

ah tok said...

kalau dia pakai tali pinggang kulit, dimaafkan. Ekekekeka..

Nizam.Ariff said...

Alina,
memang malas nak layan. buang duit iklan je.

AhTok.
Dengar dah ramai yang kena saman? Kesian, mereka semua menjadi korban propaganda tali pinggang keledar belakang...

tasikmerah said...

aku - kalau aku yg drive, aku pakai. kalau aku dok sebelah, aku tak pakai. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku, kalau kamu yang drive, aku mesti pakai....hahaha

splendid said...

vuitton handbags
louis vuitton
hermes
hermes kelly bag
hermes bags

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com