Thursday, January 8, 2009

FiQir: Masa depan yang kelam...atau cerah?

"Nak masuk PBSM, nak jadi doktor" Kata Paku Payung.
......

Bila fikir masa depan anak, aku menung panjang. Acuan mana yang aku nak pilih untuk dia? Toy'sRus dah kaya dengan pelaburan jangka masa panjang aku untuk dia. Hampir semua Eduscience dah dibeli [teleskop mini untuk aku...untuk intai orang romen].

Bagaimana keadaan dunia 10~15tahun lagi? Masa tu, dia mungkin dah mula cari kerja. Kerja apa yang ada dan kerja apa yang terjamin? Entah.

1. Aku tak rasa ekonomi dunia akan menjadi lebih baik dalam 10~tahun lagi. Aku rasa senario ekonomi juga tidak mungkin lebih baik dari 10 tahun kebelakangan ini. Pusing ikut tu jugak. Bukan seperti julat 70an ke 80an dan 90an. Julat millenia dan 2010~2020 akan lebih kurang sama seperti 90an, atau tak mungkin lebih baik dari 90an. Bagi aku, ekonomi takkan menjadi lebih baik sekiranya tiada pemangkin baru. Ekonomi perlukan satu revolusi baru untuk menjadi lebih baik. Revolusi elektronik, revolusi teknologi maklumat, kemudian..........? Angkasa? Atau ekonomi perlukan satu evolusi? Ekonomi tak akan menjadi lebih baik.

2. Dunia tidak akan menjadi lebih baik untuk kita. Dunia telah mencapai satu titik perubahan yang ketara dalam evolusinya. Bencana datang bertimpa-timpa. Semua ini menggugah kehidupan sehingga kita perlu berubah. Keperluan asas (makanan, air bersih) sukar dipenuhi. Cuaca berubah, iklim ekonomi juga berubah. Kita tak boleh lari. Itulah entropi [disorder in order]. Entropi sentiasa meningkat.

3. Perang demi perang. Tak mungkin habis. Keamanan cuma pada fikiran. Lebih-lebih lagi bila ada pakar ekonomi berpendapat perang akan melaras semula (reset) jarum ekonomi kepada sifar dan ekonomi boleh di bina semula dan berkembang mencanak! Segala-galanya untuk mengembalikan permintaan (demand). Bila semua barang dah ada, nak beli barang apa lagi? Jenuh orang marketing buat strategi pemasaran baru, kesian. Tapi, bila perang telah musnahkan segala-galanya, kita perlu beli semula barang-barang yang musnah. Nah! permintaan pun tinggi. Kaya-kaya-kaya... Cuba fikir, bila perang dah tamat di sesebuah negara, negara mana yang mula-mula hulur 'bantuan' untuk membina semula prasarana? Dah agak dah!

........

Jadi, anakku sayang.

Kalau dunia tidak mungkin lebih baik untuk kamu berbanding untuk ayah, sayugia ayah turunkan pesanan arwah nenda kepada kamu pula. Nenda berpesan, kalau nak kerja pilihlah antara yang berikut:
1. Guru - [maksudnya dalam bidang pendidikan] kerana sehingga tua pun orang akan kenang jasanya.
2.Pomen - [maksudnya dalam bidang kejuruteraan/teknikal] kerana orang akan selalu minta tolong.
3. Doktor - [maksudnya dalam bidang perubatan] kerana orang akan bertambah ramai sakit dan mereka itu perlukan pertolongan.

Dan. Ayah tambah lagi.
Kalau kamu mahu berdikari, usahakan bumi ini sebab setinggi dan sehebat mana pun manusia itu dia masih perlukan makanan dan minuman. Tidak kira dunia kalut akibat perang sekalipun, manusia masih perlu makan dan minum.

Pilihlah anakku. Seru itu padamu.



.

7 comments:

tasekM said...

tolong seru MC sekali bang.

:)

ASH said...

Salam..
Saya suka baca yang ditulis diblog ini..
Terima kasih kerana berkongsi..

Unknown said...

erm... kalau dia nak jadi lawyer tak leh ek?

;)

ibundo said...

Satu penulisan yang membuat kita befikir panjang. Walau apa pun, bekalkan anak kita dengan didikan agama yang secukupnya. Yang lain-lain akan datang mengiringinya insyaAllah.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kamu suruh le dia baca blog ni. atau tiap malam kamu hembus kat ubun-ubun kepala dia sambil sebut 'Ya Latif' ...

ashley,
terima kasih kembali kerana sudi mampir..

Kema,
Boleh. Apa salahnya, nak jadi tukang sapu sampah pun boleh. Ketiga-tiga sektor yang Nenda katakan itu semuanya boleh juga dikategorikan sebagai perkhidmatan, termasuk kejuruteraan yakni konsultansi. Apa yang cuba diketengahkan oleh Nenda ialah berkerja untuk dunia dan akhirat (menolong orang).

kakpah,
Betuk kak. Cuma, kita ni gundah sebab benda yang di hadapan tu kita tak tahu. Tuhan je yang tahu...

.

addyaholix said...

saya tak jadi ketiga-tiganya. tapi saya yakin saya mampu sumbangkan sesuatu insyaallah!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Boleh. Kita boleh. Orang angkat sampah pun keje jugak. Kalau tak angkat, tak dapat bayangkan bau rumah kita macam mana....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com