Friday, January 16, 2009

Jalan2: Cerita si Semut

Aku pergi ke satu kilang di SA. Atas urusan kerja.


Jurutera Tempatan di situ mahu tunjukkan mesin baru. Aku dan seorang lagi kawan bersetuju untuk menilai kemampuan mesin tu. Sampai di situ, Jurutera Tempatan itu, Mandor Kualiti dan Mandor Pengeluaran telah ada di mesin baru itu.

Fungsi mesin tu adalah untuk mengepit dua benda yang telah disapukan perekat pada tekanan dan lama masa tertentu , supaya kepit baiikkk punya...

Dia pun panggil satu Abang Lah suruh demonstrate. Aku pun kuis-kuis kening. Mandor Kualiti tu tanya pendapat aku. Aku kata, luas permukaan tekanan adalah 26cmx75cm. Permukaan pengapit bertekanan angin itu bukannya rata. Dia bergunung-ganang mengikut kontur benda yang dikepit tu. Soalannya, bagaimana aku nak tahu bahawa setiap ceruk permukaan benda tu dikepit dengan tekanan yang sama?

Jurutera Tempatan itu dengan cepat menunjukkan simulasi yang dia buat dalam CATIA. Dia tunjuk struktur binaan dan cara kerja. Semuanya dari aspek design. Aku kata, aku nak bukti sebab apa yang direka tak semestinya sama bila rekaan tu di bina sebab ia bergantung kepada toleransi dan kepakaran jurubina mesin tersebut.

Jurutera Tempatan mengajukan cadangan supaya diletakkan tolok tekanan jenis piezo pada titik-titik tertentu. Aku kata kenapa nak susah-susah sangat? Aku cuma nak pastikan semuanya kena kepit. Aku mintak carikan kertas karbon. Buat style doktor gigi buat.

Dia terkial-kial cari. Aku kata lagi, kalau susah sangat, carikan aku 1o ekor semut yang hidup. Dia tak faham untuk apa. Aku tanya, pernah dengar tak ungkapan "pijak semut pun tak mati".

Taburkan semut kat situ, kasi gam dia punya kaki. Lepas tu kepit. Kalau ada yang tak mati, maknanya mesin tu tak bagus. Semua yang ada kat situ gelak.

"Nak semut api ke semut hitam?" kawan aku tanya sambil tersenyum...



.

5 comments:

tasekM said...

apa barang kepit2 pakai mesin...!

hahahahaahaa....

ibundo said...

eh konpius akak heh.

Nizam.Ariff said...

TM,
Nak pastikan kepit baaiikkkk punya....hahaha

Kakpah,
Jangan konpius kak. Biar semut-semut tu yang pening...hahaha

ASH said...

Kak pah,

si tasik merah ada sikit kona bearing 360 derjah.

Cerita si semut tu pulak nak habag pasai mesin yang sedang diuji kualiti nye..

semut pulak jadi bahan 'aniaya'..

( aku rasa la...ha ha ha)

Nizam.Ariff said...

ashley,
TM mencarut kot ... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com