Wednesday, January 28, 2009

Jalan2: Dia berjaya kuasai nafsunya, hari ini...

Dah lepas tengahari. Cuaca terik.

Suhu panas lembab begini, kalau ular sawa, makanan cepat hadam. Kami, walau spesis berdarah panas, tak seperti ular sawa, makanan pun cepat hadam.

Dalam perjalanan pulang dari pusat bandar, mama terasa nak kudap sesuatu. Aku tanya mama, apa yang terlintas dalam fikirannya. Katanya, mmmmm.... Suaranya tak lepas. Sekali lagi? Mmmmmm....sama juga jawapannya. Kemudian, aku terlihat lambang 'M' di tepi jalan. McD.

Aku masuk lorong pandu lalu. Aku baru turunkan tingkap kaca, Paku Payung dah meronta-ronta. Di tarik-tarik baju aku. Ditolak-tolak kerusi aku. Kenapa? Dia kata tak boleh makan McD. Tapi, dulu dialah yang kaki cheese burger. Itu dulu, katanya. Masa tu dia tak tahu lagi. Sekarang, dia dah tahu. Dia tak nak makan McD. Tak boleh, katanya.

"Ya, encik. Nak order apa?" tanya kakak McD tu.

Errr...maaf. Kami tak jadi order. Anak saya kata dia boikot McD.

Kakak tu tarik muka, "Amboi adik ni...".

Aku naikkan tingkap semula dan aku pandu keluar dari situ. Aku lihat riak kehampaan dalam muka mama. Tak apa la mama, nanti kita beli bila konflik Arab-Israel selesai.

"Bila tu?"

Entah lah.....hahahaha




.

7 comments:

Princess Liyana said...

tahniahh!huhu;)

addyaholix said...

cakap pada mama, berkorban itu boleh dari 3 segi ; niat, lisan dan perbuatan. mungkin dah tiba masanya dia berkorban dengan perbuatan pulak. kalau paku payung pon mampu, takkan mama tak mampu. haha!

ashley said...

Konflik ni sampai kiamat..

Mama kena cuba reka resepi baru.
Beger's McPP (paku payung)

kakpah said...

Beli je lah kat warung tepi jalan tu. Berger gak. Tak pun, buat sendiri hehe..(psst..mama kalau dah tak tahan tu, beli je lah. Yang salah yahudi. Takkan kita nak bengkrapkan tuan kedai tu yang jelas warga malaysia kerana marahkan yahudi)

Nizam.Ariff said...

Princess,
Terima kasih. Juga kerana selamatkan kocek aku.

Addy,
Mama akhirnya akur dengan kehendak anaknya.

Ashley,
Tu juga alasan aku supaya kocek aku selamat hehehe.

kakpah,
Paku Payung bagi saranan supaya beli burger tepi jalan. Atau beli je Ramly burger + roti, buat kat rumah. Sblm sampai rumah, aku pun singgah kat kedai, aku unjukkan daging burger Ramly. Mama tak nak, mama merajuk kut...hahahaha

tasikmerah said...

ok. sebagai gantinya, gelang emas! mesti mama senyum. hehehehe...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ah! kau tu. Rajuk je mintak gelang. Mana aci cam tu... hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com