Tuesday, January 13, 2009

Jalan2: Gempar! Lindap Kejut ada di Bangi?

Aku pergi Bangi. Atas urusan kerja, aku ada mesyuarat di sana dengan pehak Pengurusan Tengah syarikat itu. Beberapa isu dia orang bangkitkan. Tetapi, bukan isu itu yang aku berminat nak letak kat sini.

Sebelum aku chow ke SA, aku nak lawat dalam kilang. Maka, diiringi oleh beberapa Pakar Tempatan, aku tanya itu dan tanya ini. Mereka pun jawab itu dan jawab ini. Dia terangkan serba sedikit. Aku angguk serba sedikit. Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan kat sini.

Sampai satu tempat itu, aku lihat beberapa batang besi sepanjang sedepa dan bergaris pusat kira-kira satu inci setiap satu dipanaskan sehingga merah menyala, kemudian diambil oleh seekor robot satu tangan, kemudian diletakkan atas Peterakna dengan besi-besi berceracak sana-sini. Dengan sedikit sentuhan lembut dari tangan robot itu, pancang-pancang besi itu bergerak-gerak menghimpit batang besi panas dan ia pun bengkok sana-bengkok sini. Berbentuklah ia. Maka,tangan robot yang menanti tadi terus mengambil batang besi yang masih merah menyala itu dan melepaskannya dalam satu kumbahan berupa capuran minyak dan air. Tapi, bukan itu tujuan aku tulis di sini.

Aku berpaling kepada pehak Pengurusan Tengah dan saja menduga. Aku tanya proses apa tu. Kelam kabut dia tarik tangan Pakar Tempatan dan menolaknya ke depan aku.

"That's quenching, sir"
Aku tahu. Tapi aku tanya, dalam Bahasa Melayu apa maknanya.

"... a treatment to change its mechanical properties. The temperature and the quenching time have to be perfect to get the desired properties"
Salah! Aku tanya lain. Proses tu namanya lindap-kejut. Mudah je. Dia terpinga-pinga. Aku peduli apa. Aku orang Melayu. Aku tanya lagi, pernah dengar perkataan sepuh? Dia angguk-angguk tanda baru teringat. Kemudian, aku tanya pehak Penurusan Tengah mana dapat teknologi itu.

"Kami ambil dari Jerman, berbelas tahun lalu"
Aku buat-buat kagum. Tapi, selepas bangganya sedikit reda, aku tanya lagi. Kenapa jauh sangat?

Dia orang terpinga-pinga, tak faham maksud aku. Aku tanya lagi, kenapa tak ambik dari Jambi atau Majapahit?

Pakar Tempatan mula faham. Dia mula tersengih-sengih. Tapi pehak Pengurusan Tengah melilau matanya berfikir. Takut salah jawab lagi kot. Atau dia orang ingat aku dah gila?

Aku kesian tengoknya. Aku pun cakap. Beratus-ratus tahun dulu, orang kita dah ada Keris Picit. Dia picit-picit je, besi jadi lembut. Bila siap picit, dah jadi keris. Kenapa tak belajar dari orang Jambi dan Majapahit? Tak payah bazir duit beli robot dan bayar bil gas.

Pakar Tempatan yang telah berundur beberapa tapak ketawa menutup mulut, sedang pehak Pengurusan Tengah tersenyum kelat!

Dia orang cuba jelaskan tapi aku cepat-cepat angkat tangan, memotong fikiran dia orang. Aku bukannya nak tahu sangat pasal proses tu. Tapi, aku sengaja nak pekena dia orang....aku puas! Hahahaha



.

11 comments:

Princess Liyana said...

ahahaha..mesti mereka rasa nak cekik kamu kan? ;P

Kema said...

hah! soalan2 mala fide neh!

haha!

tasikmerah said...

keji tau.


he he.


:p


.

Nizam.Ariff said...

Princess,
Aku pun cuak jugak kalau dia pelangkung dengan besi tu, tapi suasana masa tu agak official. Habis kuat pun dia buat-buat ketawa sama dengan aku...

Kema,
Sekali-sekala, dia orang ni perlu di brainwash...hahaha

TM,
Ya, aku memang manusia keji...baru tau? HAHAHAHAHAHA

.

kakpah said...

Buat mereka berfikir juga. Berfikir sama ada nak berasa kagum dengan pengetahuanmu atau nak campakkan si nizam ni dalam api.

hegira said...

huhu.

sekalisekala buatbuat bodoh. tak apa.

Water Lily said...

Akak risau kau jadi budak Hang Nadim dalam Sejarah Melayu.

Agak budaya Melayu juga kut,yang bijak mesti dicantas dipulas

hahaha..dok bayangkan muka kelat depa!

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Jangan kak, panassss.....hahaha

Alina,
Nasib dia la, sape suruh sombong sangat...hahaha

Waterlily,
Hang Nadim pun Hang Nadim la... hahaha

addyaholix said...

tahap kreatif yang melampau-lampau. baca pon dah buat rasa nak gelak guling-guling. ada juga manusia sebegini hahahaha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Ala, sakat kawan-kawan. Raya nanti dia buat company open house aku minta maaf le balik....hahaha

googler said...

It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG
jordan shoes

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com