Saturday, January 17, 2009

Jalan2: Hari ini dia menjadi V.I.P...

Subuh tadi.
Dia bersemangat mengenakan baju sekolahnya. Dia kata, hari ini dia adalah V.I.P [cikgu dia yang cakap semalam].

Malam semalam.
Semasa makan malam, mama masakkan sup ayam ala Melaka kegemarannya. Dia bersungguh-sungguh menghirupnya. Mama kata, masakan special ini untuk meraikannya. Sebab, dia kata dia V.I.P. Bila sudah makan, dia bingkas bangun untuk basuh tangan di dapur. Dia tinggalkan pinggan di atas meja. Dia tak angkut sekali. Mama pun tegur dia.

"V.I.P tak angkat pinggan sendiri..." katanya.


Pagi tadi.
Di sekolahnya. Aku snap beberapa gambarnya semasa dia di atas pentas. Aku juga terima kata-kata pujian dari kawan-kawan. Aku bangga dengannya. Tapi, aku juga jeles kat dia. Kenapa?




Aku jeles kerana dia potong aku. Baru darjah 2, dia dah dapat 6 anugerah dalam satu sessi persekolahan. Sedangkan rekod terbaik aku cuma 4 anugerah dalam satu sessi persekolahan, itu pun masa aku darjah 5.


Tapi, tak apalah. Kita memang mahu anak kita menjadi lebih baik daripada kita. Betul?



.

7 comments:

ashley said...

Hmmm..ular menyusur di bawah akar takkan hilang bisanya...

'V.I.P, sila angkat pinggan ye', tegur seorang makcik kantin kepada penerima anugerah itu.

Princess Liyana said...

huhuhu..btol tu..lg bgs dr ayahnya, kan lebih baik..ekeke;)

kakpah said...

makcik pun jeles ni. Dah dapat banyak anugerah ni ayah nye tak de belanje ape ape ke.

Nizam.Ariff said...

ashley,
dia nak jadi v.i.p beberapa hari lgi katanya...

princess,
aku jeles. dulu, aku tak ada piala. cikgu cuma bagi baju sukan dan kamus. apa barang sampai dapat 4 kamus...aku sedekah kat kawan-kawan.

kakpah,
setahun kena dua hadiah: sek keb dan kafa. kafa punya keputusan dapat bulan nov lepas, dah belikan patung medical+organ dalaman(human torso). untuk sek keb ni dia belum mintak lagi. belanja roti canai je la...

tasikmerah said...

bagusnya paku payung.... kau patut beranak lebih ramai bro. he he...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tunggu tapi tak dapat-dapat...

alerts said...

It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG
jordan shoes

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com