Friday, January 2, 2009

Jalan2: Kalau dah menumpang, buat cara menumpang


Anak sawit itu tingginya lebih dari 15 kaki
.
.
.
On the way balik T.Intan, sebagai pemandu yang berhemah mulia, aku singgah di pondok tol T.Malim untuk serahkan sedikit sedekah. Kira-kira 100m dari pondok tol itu, mama kata ada pokok tumpang yang pelik.
.
Aku tunjuk pokok dedalu. Dia kata bukan. Aku tunjuk pokok duit-duit. Pun bukan, katanya. Dia kata, pokok tu besar. Besar macam mana? aku tanya balik. Macam pokok yang besarlah katanya sedikit keras. Aku tak puas hati, setelah memberikan sedikit sedekah, aku berhenti di hadapan pondok tol.
.
Aku capai kamera dan handphone. Aku keluar dan berjalan kira-kira 150m ke belakang. Ada dua orang makcik India memakai pakaian warna oren sedang terbongkok-bongkok kutip rumput. Aku pandang, tapi tak stim pun. Dah tua. Maksud aku, makcik-makcik tu dah tua, aku muda lagi.
.
Bila sampai kat satu pokok besar yang dah tak ada daun, baru aku perasan. Ada pokok kelapa sawit yang tumbuh di atas satu pokok besar yang dah tak berdaun. Aku rasa, satu ketika dulu ada sepasang burung yang sedang bercinta, yang jantan memberikan buah tangan berupa sebiji sawit dan yang betina menyimpannya di sarang. Bila dah putus hubungan buah sawit itu ditinggalkan lalu membenih dan tumbuh.
.
Oleh kerana anak sawit itu keseorangan, pokok besar itu mengambilnya sebagai anak tumpang. Tapi, dah besar panjang macam tu, mana larat lagi ibu tumpang tu nak bagi tumpang! Lain spesis pulak tu!
.
Aku snap tiga kali guna kamera. Aku snap sekali guna h.phone. Gambar atas tu ialah dari h.phone. Aku berselisih lagi dengan makcik-makcik india tu. Dia tanya, buat apa. Aku tunjukkan pokok. Dia angguk dan tersengih. Ada beberapa buah bas turut berhenti di pondok tol untuk bersedekah. Ada beberapa aweks dalam bas itu aku lihat mencuri pandang aku yang berjalan menjinjing kamera. Dia orang mungkin ingat aku ni wartawan mastika kot. Hahaha...
.
.
.
.

7 comments:

Yana Ismail said...

bab wartawan mastika tu yg tak boleh tahan tu ;P..

hehe..salam kenal;)

Nizam.Ariff said...

P.Liyana
Salam perkenalan...:)

Lily Abdullah said...

ooo..ni cerita mistik. Nasib baik tak dakwa krew/wartawan Misteri Nusantara hahaha!

hegira said...

wah. kena rakam itu. itu suatu yang misteri dan keajaiban alam bro!

tapi saya suka entri yang ini..:)

Yana Ismail said...

Slm kenal jgak;)

tasekM said...

sawit pun menumpang?

cekgu sains, sila siasat.

ha ha.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Mastika pun kira jadi la tu ... hahaha.

Alina,
Kami kerap balik T.Intan ikut situ, selama ini, tapi tu lah sekali kami perasan. Padahal, bukan jauh dari tepi jalan. Kalau pegi ke T. Malim, cuba toleh kiri...

Princess,
T.Kasih...usah biarkan diri anda diselubungi MISTERI.... ;)

T.Merah,
Aku dah siasat. Selama ini kami tak perasan sebab pokok tumpangan tu berdaun lebat, jadi tak nampak. Bila dah gugur, terserlahlah segala misteri....

.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com