Thursday, January 15, 2009

Jalan2: Kamu cari tandas, nanti jumpa la surau...

Bukan satu.
Bukan dua tiga tempat aku pergi, tapi kebanyakkannya macam tu.

"Kamu cari signboard tandas, kamu ikut. Surau kat sebelahnya"
Memang jumpa.

........

Mula-mula aku faham kenapa Surau perlu berada di sebelah tandas. Sebabnya: Punca Air untuk berwudhuk dan saliran air. Senang nak tarik paip dan senang juga nak salurkan ke longkang. Jimat kos. Oleh kerana Tandas untuk keperluan semua orang manakala Surau hanya untuk keperluan Muslim yang tak uzur, maka secara demokrasi mengikut majoriti, kedudukan Surau perlu ikut Tandas.

Tapi sekarang ni aku dah tak faham balik. Kenapa bangunan yang dipunyai oleh orang kita pun terikut-ikutkan rekabentuk macam ni? Memang aku tak faham. Sesiapa yang boleh kasi tolong fahamkan aku?




.

7 comments:

tasekM said...

aku lagi tak faham tandas di KLCC. tak ada paip air dalam tandas. yg ada air pancut2 yg keluar kat belakang mangkuk tu. bangang!

macam mana nak cebok tu hah?


.

ibundo said...

Di arab saudi nun banyak juga surau berdekatan dengan tandas. Agaknya diorang ni berfikiran yang kita ni perlu ke tandas dulu sebelum mengambil wudhu'. Ye la, nak membersihkan diri ke , apa ke. Taknak la menyusahkan kita kot. Ada baik dan buruk la. Buruknya kalau bau hancing tandas tu masuk ke surau ataupun ada najis yang berpindah haluan ke surau pulak.

Kakpah rasa asalkan tak mencemarkan surau tak de hal. Jangan kiblat mengadap tandas sudah. Ha, tu memang dah gerenti tak betul.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaha...tu kena McGyver sikit (eh, kamu kenal ke McGyver?). Itu le air untuk cebok, dia dah pancutkan kat 'anu' (HAHAHAHHA, tu la...tanya lagi). Kamu tinggal kuis-kuis je. HAHHAHHAHA...AH!FIKIR LE SENDIRI...HAHAHAHHA.

Kakpah,
Tu la kak. Dulu, aku pun pikir macam tu, nak senang. Tapi, sekarang persepsi 'cari tandas jumpa surau' dah biasa. Dan trend.

addyaholix said...

sepatutnya cari surau jumpa tandas dan bukannya cari tandas jumpa surau. patut dahulukan yang dulu ..

=)

Yana Ismail said...

em...tak taula...senang nak amik wudhuk kot..ekeke..slaloo org g tnds dl..br slt..hehe

tasekM said...

apa barang kuis2. dah macam zaman batu pulak aku rasa. hahaha...

lagi satu kat CM. bangang!

hahahaha....

Nizam.Ariff said...

Addy,
Betul, aku setuju.

Princess,
Mungkin kot. Tapi, kadang-kadang tandas lagi besar dari surau...

TM,
Ustaz kata, kalau tak ada air boleh pakai batu atau kayu atau daun. Tapi, pastikan bukan daunan yang gatal-gatal...hahahha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com