Tuesday, January 20, 2009

Jalan2: Lemah dan tak berguna...


Di sekitar Melaka...
.
.
Dalam diam, pusingan hari semakin pendek, kita rasa. Tapi, sebenarnya siang tidak akan mendahului malam dan malam tidak akan mendahului siang. Sama sejak dulu lagi.
.
Cuma kita. Mungkin kita sendiri yang tak perasan, masa diguna terlalu banyak, sehingga kita kekurangan masa untuk benda-benda yang lain. Kita tidak cukup masa. Hari semakin pendek. Itulah dia. Tanpa sedar. Alpa. Terlalu banyak benda kita buat, dalam masa yang singkat, semua ligat. Kalau lambat sikit, terlepas. Kalau terlepas, takut rugi. Kalau rugi, kita boleh miskin...tapi, benarkah kita yang ligat-ligat begini semakin kaya? Kebanyakkannya tidak juga.
.
.
Kaya duit - miskin masa.
Miskin duit - kaya masa.
Bukankah masa itu juga emas?
Kalau begitu, kedua-duanya sama sebenarnya.
.
.
Tu-tap-tup-tap.
Demi masa! Kita sentiasa dalam kerugian....
.
.
.
.
[Aku perasan dua tiga helai uban dah menerojol keluar. Haaaih! Cepat sangat nak keluar ...atau aku tak perasan yang aku dah lama sebenarnya]
.
.
.

9 comments:

padelkopak said...

gua nak kaya duit-kaya masa!!boleh?

Nizam.Ariff said...

padel,
Tuhan tu Maha Adil. Biasanya, kalau kaya duit-kaya masa, kesihatan pulak miskin, atau umur pula miskin....itu sebabnya penyakit 3 serangkai tu selalu dikaitkan dengan penyakit orang-orang kaya....entah la...tapi, kalau boleh aku pun nak! So, kamu transfer la duit ko kat aku dulu...bila au dah kaya, aku kasi balik kat kau, macam? hahaha..

kakpah said...

akak ada satu joke. Orang jakarta takut naik kapalterbang dari Klia ke Bandara sukrn Hatta. Diorang kata pesawat mlsia laju. satu jam dah sampai. kalau dari klia jam 10, jam 11 dah sampai sana. Kalau dari jkrt pegi klia pulak, pesawatnya lambat. 3 jam baru sampai.
Eh.. nkau gelak ke tak ni. Ke tak paham..
.
.
Sebab waktu kita dengan diorang beza satu jam.

Err... ada kena mengena tak joke akak ni dengan entry hang.

Nizam.Ariff said...

kakpah,
Ada kak, pasal time lag...saya gelak kak...hahaha.
Bukankah masa itu relatif? Pernah dengar tak pasal sekumpulan orang yang berilmu yang dikatakan boleh sembahyang satu waktu tapi pada tempat-tempat yang berlainan? Entah-entah mereka itu segolongan manusia yang mampu menguasai masa.

Princess Liyana said...

alaahai..masa itu emas!

Nizam.Ariff said...

Princess,
Dua perkara aku tak cuba nak faham:
1. Masa itu emas tapi jangan cuba nak gadai kat pajak gadai.
2. Masa itu emas tapi tak boleh dijadikan maskahwin.

hahahaha...

tasikmerah said...

aku miskin segalanya. haih~

Nizam.Ariff said...

TM,
Kamu kaya budi dan bahasa...

maicher said...

It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
nike shoes

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com