Friday, January 9, 2009

Jalan2: Pasar Malam, kepala mesti ligat...

"Pilih bang, pilih. Tiga piring RM10. Murah bang"
Tiga terlalu banyak. Satu dah cukup untuk kami. Aku nak satu...

"Ok bang. Beres. Er... RM4 bang"
Eh, cikgu aku ajar 10 bahagi 3 = 3.333. Mana kamu belajar?

"Ini matematik pasar malam bang. Cikgu tak ajar."
#$%@*&^


....................................

"Abang nak sekor ke separuh?"
Kamu tolong pilih yang sihat-sihat dan kulit dia mulus cam anak dara.

"Yang ni bang. RM12.34, kira RM12 sudahlah. Nak potong?"
Kamu potong, buang kulit. Kepala, kaki aku tak nak.

"Ok. Beres"
Err....kamu basuh dan masak sekali.

"Kalau gitu, abang pegi gerai depan sana. Sana ada jual Nasi Ayam"
Ceh! *&^%!#.

......................

Moral of the story.
Peniaga pasar malam telah biasa melayan kerenah-kerenah pelanggan yang pelbagai, dari Malaysia dan dari seluruh Asean. Baik yang berbahasa Melayu atau pun Urdu.

Kepala mereka memang ligat. Kalau tersepit ayat, dia cepat mencari jalan keluar. Dua situasi kat atas tu benar-benar berlaku [kecuali bahagian aku kutuk balik tu cuma dalam hati, kalau tak, mau dia orang hayun aku pakai pisau]. Aku sengaja buat begitu kerana nak uji. Ternyata, mereka jawab secara spontan. Mungkin kerana bukan aku sorang yang pernah tanyakan benda-benda begitu.

Kalau tak caya, test sendiri kat pasar malam...



.

10 comments:

addyaholix said...

saya tak banyak songeh. beli saja apa yang ada. tak pernah argue langsung pasal harga. kan pasar malam bang haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku belum cukup kaya. Dan aku tak nak kasi dia kaya sangat..hahahah

tasekM said...

ok. petang ni aku nk uji juga. nk try tanya tiket keretapi kat mak cik jual nasi ayam.

ko agak, aku balik rumah lepas tu mata aku lebam sebelah tak bang?

ha ha.

DrSam said...

salam,

seronok pergi pasal malam sebab tengok gelagat dan ragam manusia. tapi sekarang ex-pat dah ramai sangat naik rimas plak.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kalau kamu pegi kat gerai jual buah-buahan, mungkin kena baling dengan ciku kot...hahaha

DrSam,
Salam.
Ex-pat yang mongel-mongel kira ok jugak untuk ubat mata. Yang ganteng-ganteng tu la yang tak siok...hahaha

Anyway, dia orang berbelanja orang kita juga yang kaya.

Lily Abdullah said...

Pasar malam adalah tempat yang paling merimaskan. Niat mau tolong bangsa,pergi beli juga.

Tapi,kita pulak yang disembelihnya. Beli daging masa kat sana nampak merah. balik rumah dah tukar pucat hitam.

Huh!

ASH said...

Aku tak syor beli ayam kat pasar malam....
NGERI ada ..
was was pun ada..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Itu sebab color effect dari warna merah payung atau plastic cover. Tapi kak, jangan pulak kak pegi suluh daging tu pakai lampu picit sebelum beli..haru kak...hahaha

ashley,
Ye ke? Alamak...

hegira said...

hahaha.. ya. ya. setuju sangat.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Mari kita cuba try test...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com