Monday, January 5, 2009

Jalan2: Pelapis harapan bangsa...kita

Hari Isnin. Pagi-pagi lagi.

Paku Payung bangun seawal 5am. Ya, dia bangun dan gugah aku dan mama seawal pukul 5am. Ceria sekali wajahnya walau birat-birat pada pipi yang belum berseterika dan air liur basi umpama longkang kering berkeruping masih melekat. Bau bantal busuk dia juga pekat melekat.

Dia bukan darjah 1. Dia kini masuk darjah 3. Aku pelik, kenapa dia beria-ia sangat? Dia dah tak sabar nak buli budak darjah 1? Tak mungkin!

"Eeiiii....tak sabar rasanya!" kata dia sambil giggle dan gigil dek sejuk pagi.

Kenapa dia ni? Dah dekat seminggu dia ulang-ulang perkataan tu. Aku pandang mama. Mama tenung muka dia. Mama pun hairan macam aku.

Mana tak nya! Zaman dulu.
Dulu-dulu, aku paling pantang bab-bab kembali ke sekolah. Kalau boleh, nak cuti sepanjang tahun. [Kawan aku] siap peluk tiang pagar dan menangis tak nak masuk kelas. Nak balik. Aku pun teringat nak main guli, aci, getah gelang.

Aku takut Cikgu Sulaiman sebab dia selalu seret pembaris kayu sepanjang 1 meter warna kuning. Aku takut Ustazah Garang sebab selalu cubit pinggang. Tak suka Cikgu Juriah sebab suka suruh naik atas kerusi. Benci!Benci!Benci! [sambil kaki hentak-hentak tanah].

Aku tak suka pakai seluar pendek yang asyik koyak di kelangkang [sebab main gasing]. Aku tak suka Mahathir [kawan aku] yang suka buli aku dengan kata-kata lawak tak berprinsip. Aku tak suka kelas aku yang terbina dari papan dan kayu yang selalu dikaitkan dengan hantu Jepun! Aku tak suka dengan dentingan loceng rehat yang terhasil dari ketukkan besi keatas rim lori oleh Azam [ketua murid].

Itu sebabnya aku belajar cepat-cepat, biar cepat habis sampai darjah 6. Dan aku tinggalkan sekolah rendah yang aku benci tu untuk masuk ke MRSM mula tingkatan 1! Hahahaha...

Zaman sekarang.
Apa jenis cikgu psycho yang invade fikiran dia? Pukul 5am! Mana tradisi kami?
Come-on la... aku benci sekolah rendah! Aku nak sambung tidur sikit je lagi....




[Dia berdiri di sebelah katil, siap berpakaian sekolah lengkap, pukul 6am. Dia mungkin hairan tengok aku tarik selimut]

HAHAHAHA




.

6 comments:

MeSober said...

semangatnya dia nk pegi sekolah.
ikut sebelah sape tu.
bukan sebelah abg ni.

hehe. ;)

Nizam.Ariff said...

MeSober,
Aku tak suke Cikgu Wok. Kat sekolah dia ada iras-iras Cikgu Wok...jaga kat pintu pagar pagi-pagi...

tasikmerah said...

cuba cakap benor2. yg melalak peluk tiang pagor tu bukan kawan kamu kan?

mengaku saja lah....... ha ha.


.

Princess Liyana said...

huhu..semangt btol..pukul 6 pg dh siap..comel je;)huhu

Nizam.Ariff said...

TM,
Betul, kawan aku.
Aku nampak sebab masa tu aku tengah peluk pokok pinang kat pintu masuk sekolah ..HAHAHAHAH

Princess,
Dia memang cute, macam abah dia. Sekarang ni pun abah dia masih cute...heheh. Bueekk!

intelligence said...

womens handbag
womens handbag
fashion handbags
fashion handbag
handbags uk

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com