Friday, January 23, 2009

Jalan2: Teoriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch

Aku mengaku.
Aku tak tahu nak sebut dan aku tak tahu sangat maknanya. Dan aku rasa, Zadatch tu mungkin mencarut.



2 hari aku terpaksa menelan segala makanan di Concorde SA. Aku terpaksa, walau aku cuba kawal nafsu, aku tak tertahan melihat daging-daging bolen yang berminyak-minyak. Dan Ramen. Dan Shashimi. Dan California Roll. Dan Aiskrim yang boleh diambil berulang-kali dan tiada orang yang nak marah. Aku ulangi, aku terpaksa. Jadi, jangan jeles sangat. Pasal training? Oh lupa.

TRIZ - dalam bahasa Inggerisnya, Theory of Inventive Problem Solving.
Ada satu mamat saintis Rusia pada 1946, semasa dalam tahanan sebelum itu, telah berfikir untuk mencari penyelesaian kepada segala kontradiksi. Pada pendapatnya, semua kontradiksi pernah diselesaikan oleh orang-orang terdahulu, mungkin sejak sejarah manusia kuno, dan kita tidak perlu susah-susah mencipta semula jalan penyelesaian yang baru. Buang masa je, katanya.

Dia telah kaji paten-paten terdahulu dan dia membuat kesimpulan bahawa semua masalah dapat diatasi tidak lebih dari 40 langkah! Setiap langkah dinamakan prinsip. Contoh kontradiksi: Kita nak h/phone mempunyai macam-macam fungsi tapi kita juga nak h/phone sekecil dan seringan yang mungkin. Contoh lain: Kita nak bini kita macam puteri kayangan dari muda sampai ke tua tapi kita juga nak anak sedozen. Secara teori, kontradiksi itu boleh diatasi menggunakan salah satu atau dua atau tiga prinsip tersebut, dan secara teorinya masalah itu dapat diatasi maksimanya menggunakan 40 prinsip. [Google:TRIZ]

Kini, 40 prinsip tu dah dikembangkan menjadi 95 prinsip. Bila aku tengok senarai prinsip-prinsip tu, aku cakap kat trainer, prinsip-prinsip tu macam petua-petua orang tua-tua je.



Kemudian, masa dia bagi contoh-contoh penyelesaian terdahulu, aku minta dia buat satu demontrasi di bilik training ni. Dia minta contoh dari aku. Aku pun apa lagi, otak ligat mencari kontradiksi.

Akhirnya, aku cakap: Palestin nak duduk kat Gaza, Israel pun nak duduk kat Gaza. Jadi, prinsip TRIZ yang mana satu agak-agaknya sesuai dan boleh diguna-pakai?



Aku tunggu beberapa saat. Kalau-kalau dia baling aku dengan botol air mineral. Aku pun cuak jugak ....



Aku suka 'ratah' [makanan] orang Jepun mentah-mentah
.

7 comments:

addyaholix said...

aku tak taste orang jepun.
aku cuma ratah[makanan] orang melayu. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
kita serupa. Kita suka ratah [makanan] orang. hahahaha..

tasikmerah said...

mentah? jawabnya aku muntahlah...


.

kakpah said...

tekak tak pekenan je dengan masakan jepun ni. dah tebiasa dengan belacan dan cencaluk. budu tak makan.

Nizam.Ariff said...

TM,
Wuihhhh. Rugi la kalau tak makan. Terasa texture salmon dan tuna putih yang lembut dan lemak-lemak sikit. Bukan manis-manis buah, tapi manis-manis darah ikan. Terasa omega-3 menari-nari di celah-celah gigi, sekejap gigi kanan, sekejap gigi kiri. Kadang-kadang lidah tolak, salmon dan tuna tu mencirit ikut celah-celah gigi yang jarang...hahaha. Bayangkan kemanisannya! Habis sepiring aku ambil sepiring lagi, dan lagi...
[amacam, ada rasa nak muntah? hahaha]

Kakpah,
Cuba dulu kak. Nanti kak mesti suka. Bayangkan macam makan ulam pegaga je. Kali pertama aku makan ialah di Jepun pada 1996. Jepun tu ambik masa 3 hari pujuk aku makan ikan mentah.
Dinner 1: Aku cakap tak biasa makan, nanti sakit perut. Dia pujuk tapi aku cakap nantilah sblm balik M'sia. Aku makan tempura je.
Dinner 2: Dia letak ikan kembung siap hiris. Tapi, mulutnya masih mencungap-cungap. Aku kesian. Jadi aku ambik siput kukus je.
Dinner 3: Hari terakhir. Dah tak boleh lari. Akhirnya, dia belanja makan ketam mentah. Itulah yang pertama. Manis rupanya ketam hidup ni...

hegira said...

erm.

dah lama tak makan makanan jepun.
dan saya suka makanan semasa kursus. rasanyalah.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Makan free memang sedap...lebih-lebih lagi kalau buffet ...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com