Saturday, February 21, 2009

Baja padi aku bila nak hantar? Oh, sibuk...

[Buat mereka yang sedang ghairah di sana!]





Berteriaklah dari dalam kain batikmu
Aku peduli apa dengan pancawarnamu
Tapi kau jangan robek payungku!

Yang kau minum itu air
Darah dalam tubuhmu namanya air
Selagi ia kekal di situ, namun
Jika terluka dan pecah dagingmu
Dan tertumpah mengalir di jalanan
Baru darah namanya, itu kau perlu tahu!
Bibir-bibir politikus hanyir
Busuk!


Kalau kuning kau injak-injak
Merah darahmu kan semua nampak
Pecah kepalamu aku henyak!


Nyah kau!





.

7 comments:

ashley said...

Entry sebelum ni engkau bok keluag senapang..
Entry kali ni engkau nak henyak orang..
.
.
.
.
aku GERUUUNNN..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ni tengah ganas ni...tengah panas ni... nasib baik aku tak balik kampung. Kalau tak, dari Bidor sampai ke tlk Intan aku tarik usus dia orang tu...huaarrggh..huaargh [bunyi teran otot...hahhaa]

Water Lily said...

Uiks! Keganasan neh hahaha!

kakpah said...

takut nye aku...
orang tengah ganas nak mengganas hehe..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Memang aku sedang mengganas...hahaha

Kakpah,
Jangan risau, aku mengganas dgn cara bermaruah... ganas bertempat hehee

tasikmerah said...

kuning ke purple bang? :)


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kuning la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com