Sunday, February 1, 2009

FiQir: Your choice, you choose...

Selama ini. Setiap bulan memang surat itu akan sampai ke tangan aku. Aku tak fikir yang bukan-bukan pulak.

Tapi, kali ni aku tergerak nak baca minute details, tulisan yang kecil-kecil, yang biasanya berada dibahagian bawah atau di belakang surat. Walau pun kecil-kecil, ianya amat penting. Dan percayalah, selalunya ia akan menentukan tindakan anda seterusnya.

Surat itu adalah bil ansuran yang aku perlu bayar setiap bulan kerana aku beli PC, genap setahun lepas. PC itu adalah tawaran kepada pelanggan kerana subscribe kepada kad kredit yang baru itu. Aku tertarik bukan kepada kad kredit itu tetapi kepada harga PC yang ditawarkan.

Kad kredit itu ada yuran tahunan. Telah genap setahun, yuran pun dimasukkan dalam bil. Tapi, aku ni kedekut. Aku talipon bank tu yang aku tak nak bayar yuran tu. Akhirnya dia setuju tapi dengan syarat aku kena guna kad kredit itu at least 12 kali setahun. Aku setuju. Dia rakam suara aku. Itu dah kira perjanjian.

Aku sedar, bank nak untung, tapi aku pun nak untung jugak.

Baru aku sedar. Ansuran aku akan tamat Februari ni. Dan aku malas nak guna. Aku selalu guna yang lain. Aku dah langgar janji?

..........

Pilihan yang ada:
1. Guna kad itu sebagai kad utama, seperti janji. Ikut kata bank.
2. Guna kad itu tapi charge sikit je, RM5/mth cukup le. Manipulate janji itu.
3. Batalkan dan pulangkan kad itu. Lari dari janji.

Setiap pilihan itu mencerminkan sikap individu terhadap cabaran yang datang dan apa reaksi kita.

Aku? Aku tengah fikir yang mana satu aku nak pilih....hmmmm



.

10 comments:

kakpah said...

moral of the story:
1. manusia akan lebih memikirkan apa yang menguntungkan diri mereka bukannya menguntungkan orang lain.
2. selalu berjanji untuk melepaskan diri sendiri dan selepas itu pura-pura tidak mengingati janji yang telah dibuat.

hehe..

Ros said...

Setakat ni saya tak pernah bayar yuran tahunan.. you cuma pegi isi minyak RM100 guna kad kredit tu then dalam mase 20 hari bayar le balik... so tak de la kena caj interest & yuran tahunan...

Nizam.Ariff said...

kakpah,
Rule of thumb: make a promise only if you're sure you can escape from it....la la la ~

Ros,
itu manipulatif namanya...ko punya camne? pakai tak?

addyaholix said...

aku tak pernah pakai kad. kad yang aku ada cuma kad bank. dan kad pengenalan.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Nanti kamu tambah satu lagi..kad nikah...hahaha. Kena bawak takut dianggap khalwat...hahaha

addyaholix said...

alahai. lambat lagi lah pakcik!

cuma, kalau aku nikah sama A, dan aku keluar sama B dan ditangkap khalwat, tak boleh guna kad nikah tu kan? jadi tak perlu aku bawaklah.

tasikmerah said...

bagi je aku guna kad ko tu.... ko dapat pahala. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku tarik balik saranan aku tu...sebab aku tak nak bersubahat khalwat...hahahhaa

TM,
Kat sana boleh pakai kad ke? Bukan pakai cash je atau kijang emas? ..muahahaa

hegira said...

1. boleh bagi pada saya.
2. boleh guna.
3. manipulasi.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Aku masih pikir lagi ni...nak buat pe dgn kad tu. Bagi kat you? Baik aku kasi supplementary card je, TAPI ... HAHAHAHHAHHAA

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com