Thursday, February 12, 2009

Jalan2: Aku dan pokok Cempaka itu...

Dulu. Masa kecik-kecik dulu.

Aku bangun pagi untuk ke sekolah pada pukul 6.00am. Masa tu, masa Malaysia Timur tak sama dengan Malaysia Barat. Tun Mahathir belum tukarkan masa lagi.

Mandi di perigi, 50 ela dari pintu dapur. Masa tu, ukuran metrik belum terkenal lagi. Bilik mandi atau 'padusan' kat kampung stail ala bali... dinding zink je, open sky. Dia punya air fuhh...punya la sejuk. Aku boleh kira dalam seminggu tu berapa kali je yang aku mandi, selebihnya aku basuh muka, basuh rambut dan basuh 'muncung' je.... masa tu, belum sunat lagi.

Siap berbedak-berlangir pukul 6.30. Masa tu, aku tak tahu Subuh masuk pukul berapa. Aku kecik lagi, Sembahyang belum wajib. Sarapan pagi biasanya mak buat cucur kodok atau cucur tepung manis cicah sambal Jawe. Sape yang nak tau sambal Jawe, aku ada resepi keluarga.



Aku capai basikal nak ke sekolah pukul 6.40am. Abang aku keluar lambat sebab dia dah ada motor kapcai suzuki 80cc cabuk entah dari mana dia dapat, aku tak ingat pulak. Masa tu, pukul 6.40am kira gelap lagi. Ayam jantan pun berkokok ala kadar je, entah-entah berkokok sambil pejam mata je.

Aku ke sekolah dengan anak jiran aku. Sama-sama naik basikal. Jarak rumah [bapak] aku dengan rumah [bapak] dia lebih kurang 10 rantai, tapi kena lalu ikut kebun. Jalan selebar muat-muat tayar motor je. Kalau berselisih, salah seorang kena masuk semak kejap. Camtu lah keciknya jalan pintas kat dusun tu.

Dan dekat jalan pintas tu tumbuhnya pokok Cempaka yang berperigi buta tu!




Setiap kali aku lalu situ, aku akan nyanyi kuat-kuat untuk tambahkan semangat berani, ceh konon! Aku kayuh laju-laju. Tapi, saat yang paling seram apabila aku dah lepasi pokok itu, sebabnya, pokok itu berada dibelakang aku. Belakang! dan aku tak nampak kalau 'dia' datang dari belakang. Nak toleh, mesti masuk semak sebab jalan sempit dan berliku ikut celah pokok kelapa dan pokok cempedak!

Kadang-kadang, aku beranikan diri. Aku jerit kuat-kuat ' AKU TAK TAKUT LA...'
Tapi, bila dah lepasinya, aku pecut jugak....

Pokok Cempaka yang berperigi buta itu berhantu. Jenisnya Langsuir.... kata abang aku.
Dia kata, masa zaman jepun dulu, orang kampung kena pancung dan kepalanya dilonggokkan dalam perigi buta tu. Itu kata abang aku, entah ya, entah tak. Sedangkan, dia lahir lepas zaman Jepun.

Tapi, aku kecik lagi masa tu. Apa abang aku cerita, serba sedikit mesti masuk kepala punya.



Abang aku suka pyscho aku. Ada sekali tu, aku ambik buah pelam telur yang tumbuh di hutan belakang rumah. Dah masak buahnya. Tapi, dia kata jangan suka sangat makan buah dari pokok yang itu. Sebabnya, ada cerita lain yang membuatkan aku tersentak, dan yang peliknya, bukti yang dia cakap itu wujud. Ada cerita disebaliknya....




.

7 comments:

Indrasakty said...

Ah, cerita lain lagi. Teruskan, teruskan.

kakpah said...

bes juga cerita nko ni. Tak tau lak penakut sejak kecil hehe..

Nizam.Ariff said...

Indra,
Tangan lenguh dah ni...

Kakpah,
Apa taknya, kalau dapat abang yang suka cerita yg bukan-bukan. Dia skrg dah berhenti kerja di bandar dan mastautin kat kg. Dengar cerita dia kawtim dgn bomoh.... laaaaagi banyak cerita!

tasikmerah said...

cerita la weh.....! benci tau sambung2 nih... he he.

kejap! rumah abah mu itu tang mana hah?

.

Nizam.Ariff said...

TM,
Episod tu tak bersambung la. Setiap episod berdiri dengan sendirinya, cuma bab lain-lain..... C.Balai, dekat Langkap.

addyaholix said...

aku paling tak suka drama bersiri, sebab aku jarang tengok tv. haha!

penat nak tunggu episod akan datang.

ko patut buat filem bang, bukan drama haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Sabau....ini marathon cerita seram dan misteri....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com