Friday, February 27, 2009

Jalan2: Apa pasal aku terasa sangat bodoh?

Memang biasa. Kita selalu pergi ke kedai mamak untuk pekena teh tarik atau kopi tolak. Juga roti jala atau roti canai.

Memang biasa juga kalau yang ambik order tu bukan orang kita. Selalunya orang seberang sana nun jauh di mata. Mereka bukannya ada kerja kat negara depa, sama macam orang kita juga, bukannya nak kerja sangat kat negara kita.

Bahasa memang menjadi kekangan. Komunikasi bertambah rumit. Aku salahkan pak menteri kerana ppsmi TIDAK diajarkan dalam bahasa Urdu atau Myanmar atau Tibet.

Kita perlu menguasai perlbagai bahasa kerana dah macam-macam rencah dalam masyarakat majmuk kita ini. Kalau tidak, kita mungkin terpaksa menggunakan bahasa ibunda kita pada zaman batu lama, bahasa ayam dan itik. Atau kita berbalik semula kepada asal sebelum penciptaan bahasa masa zaman gua batu kapur dulu yang sekarang ini diberikan nama saintifiknya sebagai GRAFITI: Lukisan arang kayu.



Aku dah tunggu lama. Sorang-sorang mamat bangla tu datang dan pergi, kejap tanya minum, kejap tanya makan. Aku cakap aku dah order tapi tak sampai-sampai. Ada sorang bangla menatang lauk kari, menuju ke meja aku. Dia menjuih muncungnya ke arah aku.

"Abang lumbu?" tanya dia.

"Bukan. Aku kambing"

Dia pun undur dan berlalu ke meja lain. Kemudian, aku terasa sangat bodoh dengan jawapan aku. Aku tak puas hati dengan tahap pencapaian bahasa Melayu di sini. Dan aku masih salahkan pak menteri dalam hal ini.




.

10 comments:

tasikmerah said...

wahahahahaha...

'abang kambing...?'

'saya biri-biri..'

kita sungguh kacip,kan...! hahahaha....


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ya, kita sama-sama kacip.. hahaha

Water Lily said...

Aku ayam..hiks! ayam...ish tak senonoh la. Perkataan'ayam' juga ada dwi maksud. Indah sungguh bahasa ibunda kan?

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Bahasa kita indah dah berlapik...
Aku kambing, TM biri-biri, Kak Lily ayam....hmmm sape nak jadi kepala ikan tenggiri ni?... hahaha

ashley said...

Aku..err..err..DUYUNG! err orang tak order duyung kan kat restoren?

Sardin la..

kakpah said...

kahkah.. akak tegelak abis ni. abang lumbu? haha.. ko jawab jelah, engkau tu yang lumbu. Duk melesia lama-lama cakap pun tak reti-reti.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Daging duyung mahal tu... ubat pengasih... aku nak order satu!

Kakpah,
Kita gelak sama-sama... HAHAHA.
Eh, akak pun mesti pernah experience, kan?

Nizam.Ariff said...
This comment has been removed by the author.
hegira said...

hahahahha...

sangat sinikal.

Anonymous said...

dey...anne..roti canai satu...ni blog paman aku..merangkap pakcik aku...lama tak dgr cita

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com