Tuesday, February 10, 2009

Jalan2: Kelip-kelip kusangkakan api...

Dulu. Masa aku kecik-kecik dulu.

Abang aku suka bercerita, selalunya waktu malam, selalunya sebelum tidur dan selalunya cerita yang seram-seram. Aku pula, tak ada pilihan kerana aku tidur setilam dengannya. Bilik di tingkat atas, rumah kayu pulak tu.

Pukul 11 malam, burung hantu sudah mula bersahut-sahutan. Sesekala bunyi sayap kelawar tertampar dinding papan dapat didengar. Kelawar punyai sonar yang cukup baik, mungkin tangkap cicak atau serangga yang hinggap pada dinding.



Salah satu ceritanya tentang kelip-kelip. Dia mulakan ceritanya dengan pantun yang selalu kita dengar:

Kelip-kelip kusangkakan api,
kalau api, dimana puntungnya?
Hilang ghaib kusangkakan mati,
Kalau mati, dimana kuburnya?

Dia tanya aku, apa kaitan kelip-kelip, ghaib, mati dan kubur? Aku kata, mana aku tau. Aku kecik lagi.

Dia kata, kelip-kelip tu sebenarnya kuku perempuan Cina mati. Orang perempuan Cina suka bela kuku panjang-panjang. Bila mati, kuku dia terbang waktu malam, bercahaya, mencari orang untuk dicekik.



Dan dekat rumah orang tua aku dulu, kelip-kelip suka 'bergentayangan' pada pokok Cempaka. Sekilas bayu malam berhembus, semerbak harum bau bunga Cempaka dibawanya. Menujah-nujah lelangit hidung. Dibawahnya, ada sebuah perigi lama. Perigi buta.

Dan di situ pula, ada cerita lain yang aku dengar...




.

11 comments:

addyaholix said...

walau aku tampak gagah perkasa(kata kawan-kawan, aku tak pernah kata), kalau cerita-cerita seram atau hantu ni, aku kena berteman bang haha!

bukan takut, tapi kurang berani. ada beza tu.

Nizam.Ariff said...

Addy,
ssssshh! skrg badan aku memang sasa tapi aku masa kecik dulu giler penakut. kalau tgh malam terasa nak kencing, aku selak kelambu, aku pancut dari tingkap atas je... HAHAHA...

addyaholix said...

giler kental la lu bang haha!

tasekM said...

kalau nak terberak macam mana pulak bang? dr tingkap juga?

hahahaha...


.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Ssshhhhhhh....!

TM,
Kalau ada rengsa, simpan esok pagi la....hahaha

ibundo said...

kecik-kecik dulu akak suka tangkap kelip-kelip masukkan dalam plastik. Suka tengok dia lip lap lip lap. (Zalim ke aku ni).

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Orang tua-tua kata:
1. Kalau tangkap kelip-kelip, pastu masukkan dalam botol, nanti sakit perut memulas.
2. Kalau masukkan dalam botol lepastu tanam kat bawah tangga orang nak nikah, yang lelaki tu tergagap-gagap nak lafaz akad.
Betul ke?

K.H said...

Aku rasa, kau tak betul-betul jawab yang kau tak tahu sebab kau kecik lagi.

Tak pernah aku dengar budak bagi alasan tak tahu sebab dia kecik lagi. Orang besar saja yang kata macam tu.

Ok, teruskan dengan cerita lain yang kau dengar itu.

Nizam.Ariff said...

Indra,
Aku ingat lagi aku cakap cam tu, sebab malam tu aku kencing ikut tingkap...hahaha. Umur aku tak la kecik sangat, masa tu dah 9 tahun. Tapi, kat kampung aku masa tu masih pakai lampu minyak tanah...tahun 1983 baru ada elektrik! Yang ni pun aku ingat sebab masa tu TV3 baru mula je dan TV warna pertama kakak aku belikan jenama Quintrix ke hape ke...

ASH said...

1983 engkau kecik lagi?..Eh eh TERASA BESAR nya aku..ha ha ha..

Kelip kelip kusangka api,
Anak kerbau mati tertambat;
Wahai adikku yang baik hati,
kenapalah engkau penakut sangat?

he he he..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
1983 aku tak sunat lagi...hahaha
Duduk kat kg banyak hantu, takuuuttt....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com