Tuesday, February 17, 2009

Jalan2: Memancing itu ikut anugerah...

Tinggalkan dulu siri cerita seram sejuk....


Kami suka memancing.
Boleh dikatakan setiap kali kami bertemu di kampung, kami akan pergi memancing. Aku seronok, Mama pula terasa sebaliknya. Dia tak boleh ikut. Tempat kami pergi biasanya di dalam
hutan banat atau paya yang penuh pacat lintah. Bukan memancing di tepi pantai sambil bersantai. Kami memancing nak dapatkan ikan untuk dibuat lauk makan malam.

Dulu-dulu.
Setiap kali kami memancing, 'Abg A' paling banyak dapat ikan, 'Abg B' sederhana manakala aku yang paling sikit. 'Abg B' kata, memancing ni ikut rezeki. Rezeki yg Tuhan beri pun ikut keperluan keluarga masing-masing.

Dia pun buat Analisa Jumlah Pendapatan, Tanggungan dan Tangkapan Ikan ("AJP,T&TI"):

ANALISA AJP,T&TI

Abg A = guru sandaran anak 2. Ikan banyak.
Abg B = jurutera anak 3. Ikan sederhana.
Aku = jurutera anak 1. Ikan sikit.

Dari data, kesimpulan dia:
  1. 'Abg A' duduk kat kampung dgn pendapatan sederhana rendah dan memancing adalah untuk lauk makan malam keluarganya. Sebab itu Tuhan beri ikan yg banyak.
  2. Dia pula tinggal di Perak, jurutera sama macam aku tapi oleh kerana dia punyai anak lebih ramai, maka dia menduduki tempat ke-2.
  3. Manakala aku tinggal di S.A , sudahlah anak sorang lepas tu memancing cuma hobi pulak tu [sebab aku balik rumah emak, lauk dah tersedia]. Oleh sebab tu aku yg tercorot!

Sekarang.
Setelah bertahun-tahun teori Abg B tak dapat dibuktikan, kini teori dia dapat di uji. Sejak dua tahun lepas, data AJP,T&TI telah berubah dan buat pertama kalinya, teori dia boleh dibuktikan.

ANALISA SJP,T&TI (terkini)

Abg A = guru tetap gaji stabil, anak 4. Ikan sederhana.
Abg B = kerja kampung, anak 4. Ikan banyak.
Aku = jurutera, anak 1. Ikan sikit, kekadang tak dapat.

Dari data terkini, kesimpulan yg dia buat:
  1. Terdapat perubahan pada sosio-ekonomi kami bertiga, juga terdapat kenaikkan ketara pada jumlah tanggungan mereka berdua kecuali aku yang masih malar.
  2. Dia yg kini kerja kampung dan duduk di rumah yg dulunya Abg A duduk; dia mendapat perolehan ikan yang terbanyak dan kadangkala dia boleh 'tapaw' kan aku untuk dibawa pulang ke S.A.
  3. Manakala aku pula sentiasa menjadi orang yg paling bangang dalam bab memancing, dah tu selalu kena kutuk dgn Mama pulak. Tapi, semangat berjuang demi mencari rezeki keluarga tetap ada. Mancing tetap mancing!

Baru-baru ni, Abg B teringat balik teori tu. Dan setiap kali kami pergi memancing, dengan sinis dia kata tugas aku cari umpan dan bawa batang pancing je.



.

7 comments:

tasikmerah said...

wah! sungguh betul teori tu bang.

oooo... kamu pun masih anak satu? samalah kita. macam mana nk berbesan ni.. dua2 paku payung. ha ha.

ya. rezeki milik Dia. lama dah tunggu nak tambah askar nih....


.

kakpah said...

masa kecik dulu akak suka gak pegi mancing. Ikan makin banyak makan umpan masa masuk maghrib. Time tu lah kejap kejap dapat ikan, kejap kejap dapat ikan. Sesunggunya setan itu suka melekakan manusia daripada melakukan ibadah. Kalau dah ikan asek makan je, kan dah taknak balik semayang tu...
kau kalau nak dapat ikan banyak bila mancing, kena tambah anak empat lima orang lagi kot hehe...

ashley said...

Nizam,
abah akak dulu tak main le mancing mancing ni. Dia ambik JALA, dia tebar jer..ha ha ha
kan senang? Cepat dan banyak. lepas tu pulak kalau kat tali

ayark rumah tok wan tu, adakalanya depa menimba..(sekat air lepas tu kauk ayark)Jenuh kutip ikan keli, ikan haruan, puyu, sepat..
FULAMAK!! segala mak nenek ikan sawah..

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko kalau mancing mesti tak dapat jugak cam aku...hahahha. Tak pe, kita kena usaha tambahkan askar... walau dah cam santan kena perah 10 kali...HAHHAHHAHAHHA.

Kakpah,
Cakap akak tu betul. Time maghrib la ikan tu suka makan, ntah ngape ntah.

Ashley,
Sekarang ni kak, kalau timba yang ada ikan seluang je. Ikan lain tak sempat nak biak.
Sekarang tanam padi 3x setahun. Rata-rata sawah cuma ada air dalam 3 bln je semusim. Ikan nak matang pun tak sempat. Pupus le.

hegira said...

haha.

ini bukan teori berkaitan dengan kehidupan.

ini teori berkaitan dnegan pakar atau tidak masa memancing.

Princess Liyana said...

alaahai...hm...abah yana suka memancing..tp skang dia tkde masa..bz

Nizam.Ariff said...

Alina,
Hahaha... mungkin kut, tangan bangku...hahaha

Princess,
Kesian dia...tolong le abah buat keje bagi cepat siap, baru boleh g mancing.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com