Wednesday, February 4, 2009

Jalan2: Selamat Tinggal semua... aku pasti rindu

Petang.

Aku singgah di klinik. Aku jumpa doktor yang cucuk-cucuk aku Sabtu lepas. Dia dah bikin lengan aku lebam seluas duit syiling 50sen ganda dua. Pagi tadi, kawan aku kata aku patut pakai baju lengan panjang. Dia kata lengan aku nampak buruk!

Nama aku dipanggil.

Aku kuak daun pintu. Doktor bagi salam. Aku sambut dan balas semula. Dia minta rekod perubatan aku daripada pembantunya. Dia selak satu surat. Surat keputusan ujian darah.

"Semuanya melebihi paras. Nisbah Cholesterol/HDL : tinggi"


Dia kembali tenung muka aku. Aku tak tahu nak buat muka apa. Aku tanya dia: Doktor, berlaku ikhlaslah denganku, berapa lama lagi aku mampu hidup? Doktor tu tersentak. Mungkin dia tak faham maksudku. Aku maksudkan, aku mungkin tak mampu hidup tanpa kari kambing dan seafood! Oh oyster, lobster... selamat tinggal semua, aku pasti merindui kalian...


Doktor ketawa sedikit. Dia kata aku patut ambil ubat. Aku tanya, paras cholesterol sebegitu perlukan ubat? Dia kata, takkan nak tunggu lebih tinggi baru ambil ubat? Dan dia tak sanggup hitung umur dan beritahu hari-hari terakhir aku nanti. Ada betulnya.



Aku tanya lagi. Ada side effect tak ubat tu? Mestilah ada tapi transient side effect je. Dalam 3 atau 4 hari, tubuh aku boleh sesuaikan diri. Aku tanya, apa dia?
  • kembung perut
  • nausia
  • pening dll

Lagi? Dia tanya balik, apa yang aku nak tahu? Aku tanya, ubat tu boleh buat mati pucuk tak? Oh! Nasib baik tak.

Atau, doktor tu tipu aku ...?

.

5 comments:

tasikmerah said...

psstt... utk perempuan yg masiih ingin mengandung, ubat tu tak bulih makan. utk org lelaki tak pe kot.

ala.... dah mati pucuk esok kita pakai la pucuk ubi. hahahaha....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Pucuk ubi nanti mama 'ulam' je.
Tercabar le kelakian aku ...hehehe

kakpah said...

ha, kan akak dah cakap. jaga pemakanan engkau. degil. kalau engkau amalkan makan beras perang tu, makan lauk rebus atau bakar atau steam, gerenti kolesterol engkau turun. tak yah makan ubat.
akak ni cakap melalui pengalaman. tapi kalau engkau tak kesah ganti dengan pucuk ubi, itu pilihan engkau le. (itu tasikmerah yang cakap. akak tak cakap eh)

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Mana le tau nak kena, muda lagi, 36thn. Tekanan darah masih ok, 120/75 je. Mak dan Arwah bapak (92thn) tak de bende-bende ni. Aku pun main sedut je segala jenis siput sedut dan kerang-kerangan.
Tak nak la pakai pucuk ubi. Tu ulaman zaman Jepun. Pakai pucuk paku la .....hahaha.

Anonymous said...

darah tinggi sekali ke or colestrol je yg high?? klo darah tinggi.. paman kene lebihkan calsium n potasium la...n sodium kene kurangkan kepada half serve perday...dalam 1g only

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com