Monday, February 9, 2009

Jalan2: Total Cost of Ownership tu bukan nama kapal

Aku tahu, dia tengah kerja, cari pelanggan untuk menjual dan mendapatkan komisen. Aku faham, dia tengah kerja dan dia perlu ramah, tanya itu tanya ini. Aku sedia maklum, dia tengah kerja dan untuk mencari pelanggan baru kadangkala dia perlu terpa sana-terpa sini.

Tapi aku tak puas hati bila aku cakap aku dah ada, dia masih pujuk itu-pujuk ini. Aku cakap, aku setia pada yang satu dan aku malas nak jaga banyak-banyak. Aku tak minat bab-bab maintenance ni. Malas.



"Kad ni tak sama, bang. Setiap kali abang guna, dia kasi rebet 5%"

Masa ni la kamu nak berabang-abang dengan aku. Kamu tak hormat ke dengan bini aku ni? Come-on la, aku setia padanya je.

"Abang bayangkan, belanja RM100 abang dapat rebet RM5"

Lepas tu, bila bil sampai, aku bayar pakai M2U dia kenakan transfer fee RM2. Kalau pakai cek, kos setem dan duit minyak nak pos je pun dan cecah RM10. Apa yang untungnya? Kena la kira 'Total Cost of Ownership'. Kalau tak, kamu je la yang untung, aku apa ada...

"Itu kalau belanja RM100. Kalau abang belanja RM1000, abang boleh dapat RM50!"

Sejak bila aku beli sayur sampai seribu ringgit sebulan? Kamu ingat aku ni kambing ke asyik makan sayur hari-hari?




.

7 comments:

tasikmerah said...

kad tu bulih guna buat beli sayur je ke? hehehehe...


.

kakpah said...

orang yang ko lawan becakap tu orang tak reti bahasa. nak suruh dia faham kena cakap bahasa yang dia reti. Lu pike la sendiri. (aku minat nabil sebab dia oghang sonogoghi. waghih den).

Nizam.Ariff said...

TM,
Kad kredit TESCO + bank hape ntah. Aku shoping situ cuma nak top-up barang dapur je...dah kambing, udang dan cheese tak boleh beli lagi, beli sayur-sayur je la...

Kakpah,
Nak marah-marah sangat pun, dia orang kita jugak kak, dia cari komisen. Tapi, kat pintu masuk dah terpa kita, habis lupa senarai barang yg nak dibeli....hahaha.

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

salam.. jemput add my blog : www.myadha.com

Nizam.Ariff said...

M.Adha,
Salam. Dah pergi. Dah masuk. Insyaallah, aku akan masuk lagi...

addyaholix said...

haha aku gelak panjang ni bang.
kau cuma boleh makan sayur sajalah.
yang lain kena berpantang.
kau tak rasa nikmat hidup macam kami ni haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku dah rasa apa yang korang makan, aku cuma rindu je la...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com