Tuesday, February 3, 2009

Selamat Hari Lahir - 3 Feb.


Selamat Hari Lahir, Mama.


Jusco bagi voucer. Macam-macam. Untuk hari bertuah ini, kami pilih K.Rogers. Buy 2 Free 1. Ok lah tu, kami bertiga je.

8.30pm jalan basah, hujan. Kami parking di luar Alam Central. Kami melangkah selepas kereta berdecit sekali, lagak orang lapar nak makan free.

Di dalam, brader kat situ datang. Sopan sangat. Ayat teratur habis. 'Boleh saya ambil pesanan Incik?','Oh, Incik ada voucer. Baiklah, Incik akan dapat satu percuma'.

Yang aku tak tahan tu, dia boleh ulang dari awal ayat kalau silap sebut!
"Hari ini kami ada sos promotion...err...maaf, saya ulang semula ya Incik. Hari ini kami ada promosi sos terbaru kami...." Habis skrip buku la...hahaha.

Punah masa aku 10 minit untuk dengar dia baca skrip menu (atau Menu-skrip?). Macamlah aku tak boleh baca sendiri. Akhirnya, aku potong cakap dia. Aku cakap, kami nak makan ayam golek yang macam dalam voucer tu.

Dia tanya pilihan untuk side dishes. Mama awal-awal cakap pilihannya sama dengan aku. Aku pilih kacang bersos tomato, kentang penyet dan satu lagi aku agak teragak-agak nak sebut...dari dulu lagi aku takut tersalah sebut. Malam tu, kegundahan aku muncul lagi.

Yang ketiga, aku nak kols-lau?...kos-lo?. Suara aku semakin berbisik. Dari dulu lagi aku tak pasti yang menatang jadah tu resipi Inggeris atau Perancis atau Cina. Sebutan dia kan lain-lain.

"Oh! Incik mahu Co-les-law [ko-les-lo]"
Oh! Maaf, saya ulangi side dish yang ke-3. Aku minta Co-les-law [ajuk cara dia cakap]...


"Incik satu, Puan satu, Adik pula pilih yang mana?"

Dia asyik baca menu. Aku siku dia sikit. Dia tercengang-cengang. Aku cakap, abang tu tanya.

"...saya nak yang ke-3, yang free!"

Hish...


.

5 comments:

tasikmerah said...

happy befday ye mama. mama ni barangkali sebaya aku. dia beranak tahun naga ke? he he.

kita minat side dishes yg hampir sama. tapi yg aku paling minat kt kenny ni ialah muffin dia. aku mesti mintak vanilla. yg lain aku tak nak. he he.

.

Nizam.Ariff said...

TM,
T.Kasih bagi pihak Mama.
Mama dia aku tak pasti lahir tahun apa tapi rasa-rasanya umur lebih kurang kamu le tu. Dia pulak lahir tahun Naga Emas (millenia-Golden Dragon). Kami pun order muffin vanilla gak. Eh, tekak kita sama le...agaknya orang T.I memang camtu kut.

kakpah said...

haha diaorang dah diajar bersopan santun, gitew.. kadang-kadang kita lak yang naik rimas. happy birthday to the other half.

ashley said...

Nizam,
Mujur dia sebut Co-les-law. Tak disebutnya Co-lis-te-rol.
hepi besday mama PP...
err comel orangnya walaupun tutup tutup..
malu..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
sopan tak bertempat. pukul 8.30pm. kami dah lapar...

Ashley,
kolesterol??? isk..isk..isk. ni yg sdih skit. tapi, dia mmg cute. walau brape pun umurnya, mama tetap seperti budak perempuan 5 thn bagiku....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com