Friday, February 6, 2009

SkeTsa: Dirgahayu Perak...

Laxamana yang terusir telah pergi berdiam diri di hulu Grik sejak seminggu lalu. Tak mahu ambil peduli lagi. Laxamana lebih suka bersatu dengan kehijauan, memetik buah-buah hutan dan memakan ulam-ulaman. Lebih tenang, katanya. Umur pun mungkin lebih panjang, harapnya.

Datuk Temenggung berjalan ke hulu- ke hilir, tak tenteram. Jebat tak mahu nyah dari Istana. Datuk Temenggung pening kepala kerana Sultan syugul. Tak boleh jadi kalau begini, fikirnya.

Lekiu dah bersedia dengan sampin dan tengkolok. Sejak semalam lagi Lekiu mengacu-acukan pakaiannya di depan cermin sambil diperhatikan oleh ibunya, 'cantik tak? Cantik tak?' tanyanya.




Setelah berfikir panjang, Datuk Temenggung keluar dari biliknya lalu memanggil hulubalang-hulubalang berkumpul seraya berkata:

"Kamu semua pergi menaiki akan si Jebat itu petang ini juga. Tak kira apa cara sekali pun'

Terangguk-angguk semua hulubalang itu. Maka, setelah itu berbondong-bondonglah sekaliannya berkawad. Hip hip hip...Dengan lembing, dengan keris pendek, dengan pedang panjang. Perisai tersusun berlapis-lapis umpama sisik ikan. Hatta nyamuk sekalipun tak boleh lepas.



Setelah sudah sekaliannya beredar, Datuk Temenggung memanggil keluar Lekir yang dari tadi menyorok di dalam bilik.

"Kamu pergi ikut pintu belakang. Kamu serbu secara mengejut. Pastikan Istana itu kosong untuk sessi angkat sumpah Lekiu nanti'

"Kalau Jebat dapat ditangkap, boleh hamba pukul-pukul dia macam komando tak?"

Pap! Haaa...kan dah kena!





.

5 comments:

Pyanhabib said...

hemmm!

kakpah said...

tuah..tuah..mana engkau

Water Lily said...

Tuah sudah tidak lagi bertuah. Sesekali harus menjiwai Jebat. Dulu-dulu dia dikata penderhaka.
Sekarang dia adalah wira!

addyaholix said...

aku bukan manusia hebat yang mampu faham tiap fikiran manusia. tapi mana hilangnya tuah?

haha!

Nizam.Ariff said...

Pyanhabib,
Daulat Tuanku! 3x ....

Kakpah,
Tuah pegi kutip bunga bakawali dalam hutan. Tengah mandi di air terjun barangkali...

Waterlily,
Jebat seorang patriot. Biasanya, patriot akan mati dengan cara yang paling trajis. Baru filem boleh meletup-letup!

Addy,
Tuah pun baca sejarah jugak.
Barangkali dia tahu rakyat dah faham siapa sebenarnya hero. Dia mungkin malu.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com