Tuesday, March 31, 2009

Alam Jagad yang penuh misteri, buat masa ini... Oh, masa adalah relatif.

Tadi, ada seorang ahli fizik dalam tv, yang pandai theoritical physic.
Dia bercerita sedikit tentang String Theory. Tak banyak, cuma sisipan antara rancangan. Jadi, aku teringat beberapa perkara.


Aku tak pandai. Aku cuma ada pendapat. Aku ada juga 'simpan' 2-3 buku pasal benda-benda ni. Ada teori nak ceritakan bagaimana matahari mengitari bumi. Kemudian, teori yang mengatakan bumi mengitari matahari. Terjumpanya graviti dek sebiji epal (aku baru lepas menikmati sebiji epal merah, dan sebatang rokok tadi ). Itu zaman abad 17, 18, 19.

Kemudian, cerita tentang Teori Relativiti. Lepas tu teori Relativiti Am. Lepas tu ada cerita pasal Grand Unified Theory. Lepas tu macam-macam lagi. Lepas tu ada cerita pasal String Theory. Tak habis lagi, ada cerita pasal Super String Theory pulak. Itu semua dalam abad 20.

Semua tu tujuan asalnya cuma satu: To describe the architecture of the Universe.



Aku kagum dengan usaha mereka sampai peringkat doctorate nak kaji pasal alam jagad ni. Kadangkala pening kepala aku nak bayangkan maksud teori-teori mereka. Yang aku faham, ada 4 forces dalam mayapada/jagadmaya ini. Gravity, Electromagnetism, Weak Nuclear Forces dan Strong Nuclear Forces.

Dia orang pusing sana-sini sampai aku naik pening. Aku ada seorang kawan di tempat kerja yang sedikit obses tentang ini. Dia sambung buat Masters dalam cabang bidang Theoritical Physic di UM. Dah habis pun. Kalau jumpa dia, memang kami bercerita pasal ni.

Aku pernah tanya dia, kat Meysia ni ada ke Doktor yang boleh ambil dia jadi student, ada ke supervisor yang boleh pandu dia? Al maklum la, kat sini bukan tempat asal teori-teori tu.

Dia kata ada, tapi tak banyak. Tapi ada! Malah, professor kat UM tu janggut dia dah dekat sejengkal. Alim. Antara kertas kerja dia ialah meneruskan calculation salah satu idea Einstein yang tak habis. Suka hati dialah...



The most interesting theory to me is the String Theory. Kaitan antara space-time dan kesan graviti kepada fabrik ruang-masa. Aku tertarik bagaimana graviti boleh lentur ruang-masa. Aku bukan kagum. Aku cuma tertarik kerana usaha mereka semua hanya untuk terangkan bagaimana alam jagad ini terbentuk.


Kenapa susah sangat? Tunggu le kiamat, nanti dah masuk alam akhirat, tanya le sendiri kat Tuhan. Oooo... orang kafir tak dapat nikmat berjumpa Tuhan, jadi bila masa dia orang nak tanya? Tu kut sebabnya dia orang cari sekarang ni sebab kat sana nanti sibuk dengan siksaan....
nauzubillah...




.

4 comments:

tasikmerah said...

tapikan.. org islam pun belum tentu dapat bertanya itu ini di akhirat esok ye tak? kalau dh sama je siksaannya dgn yg kafir. nauzubillah...

buanglah rokok tu bang! :)


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tengah buang le ni. Tapi, untuk kesejahteraan alam sekitar, aku tak boleh buang sepah-sepah. Aku kena bakar rokok tu...

Dan bila dah bakar, asap pulak keluar. Jadi, untuk kebersihan alam sekitar, aku kena tapis asap tu. Bila dan kurang kandungan nikotin dan tar, baru aku lepaskan asap tu ke persekitaran. Sesungguhnya, aku penduduk bumi yang prihatin....

AZANI said...

Minat juga dengan teori teori ini ,tapi sekadar melihat dan mendengar sahaja. Mungkin terlalu besar skop untuk digapai oleh otak saya yang tua ni.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tak setua mana. Otak sentiasa 'muda', macam nafsu juga... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com