Sunday, March 8, 2009

Jalan2: Sebuah rumah kecil di perdu Pisang...

Kami dah sepakat.

Kami pun pilih tapak masing-masing. Aku pilih tapak di bawah pokok pisang. Kawan aku sorang lagi pilih kawasan tumbuhan renek, Pokok Senduduk. Kawan-kawan yang lain cuma membantu, ada yang jadi ibu dan jadi anak. Kami pecahkan kepada dua kumpulan. Aku jadi 'bapak' dan 'isteri' aku adalah kawan perempuan berusia 8 tahun.


Aku pergi ke bawah rumah bapak kawan aku tu. Aku pilih beberapa helai guni jut yang elok-elok, yang masih belum reput, yang masih punyai jalur hijau menegak, yang masih berwarna kuning. Guni jut tu kalau disi dengan padi boleh memuatkan satu pikul lebih. Kumpulan yang satu lagi juga pilih guni jut yang baik-baik. Tapi, biasanya dia dapat yang lebih elok daripada aku. Itu guni bapak dia.


Aku bersihkan permukaan tanah di bawah pokok pisang. Aku kaut daun-daun dan ranting-ranting reput dan buang ke tempat lain. Aku kuis tahi-tahi cacing yang masih basah. Aku tarah dan potong mana-mana akar pokok yang menerojol keluar dari tanah. Aku mahukan serata yang boleh. Kemudian, aku potong beberapa helai daun pisang yang masih hijau dan aku susun atas tanah itu. Setelah sudah, aku kibaskan guni-guni supaya habuk-habuk padi atau mungkin juga Lipan yang menyorok itu jatuh. Barulah aku hamparkan guni jut tadi di atas daun pisang, supaya guni tadi tak kotor.


Aku masuk ke kebun ubi berhampiran. Aku patahkan beberapa batang ubi yang agak besar dan kukuh. Aku ukur lebih kurang satu depa dan aku potong dengan cara melenturkannya pada lutut sehingga batang ubi itu patah. Senang. Batang ubi tu aku guna untuk dibuat kerangka. Aku pacak 4 batang sebagai tiang. Dua batang lagi aku guna sebagai gelegar dan aku ikat pada puncak tiang 1 & 2, sebatang lagi gelegar aku ikat pada puncak tiang 3 & 4. Dua batang lagi aku letakkan bersilang untuk menyambungkan gelegar pertama dan kedua. Kini, kerangka itu berbentuk kiub empat segi. Kesemua tali yang aku gunakan aku buat dari kulit pokok Bemban.
Satu batang tiang lagi aku cacakkan pada salah satu sisi kiub kerangka itu, menghadap ke jalan. Aku setkan lebarnya selebar badan aku dan aku pacakkan, dan aku ikat ke gelegar. Ini menjadi gawang pintu nanti.


Aku cari daun dan pelepah kelapa kering. Aku potong-potong daun kelapa kering itu setinggi kerangka kiub aku. Kemudian, aku pacakkan di sekeliling untuk dijadikan dinding. Pelepah kelapa aku susun secara jarang di atas kerangka itu. Kemudian, aku potong beberapa daun pisang yang baik-baik dan aku susun di atas kerangka itu. Jadilah bumbung. Aku tindih daun-daun pisang itu dengan beberapa ranting dan dahan kecil yang kering supaya tak terbang ditiup angin.

Siaplah pondok aku itu.

Maka, seperti biasa, seorang dari kami akan memekik memberitahu hari dah malam. Maka, aku sebagai 'bapak' yang penat membina 'rumah' akan menyuruh 'isteri' aku masuk rumah dan tidur. 'Isteri' kawan aku itu adalah adik lelaki dia, sedangkan 'isteri' aku adalah budak perempuan sejiran kami.


Apabila 'isteri' aku dah masuk, aku pun menyusuli belakangnya. Kemudian, aku ambil beberapa helai daun pisang untuk dijadikan daun pintu. Aku tutup pintu pondok aku. Kami berdua di dalam. Pondok kami gelap. Kami pun pura-pura berdengkur, pura-pura tidur. Tetapi, sekali sekala ada suara tawa-tawa halus berselang-seli dengan rengekkan manja keluar dari pondok kami.

*plop*

Tidak berlaku apa-apa pun. Sumpah!
Walau pun pondok aku sempit dan kami baring bersentuh bahu, tidak berlaku apa-apa pun. Ye lah, gigi masing-masing pun rongak sana-rongak sini, tak ada nafsu pun...




Tapi, budak-budak zaman sekarang, kalau main pondok-pondok, memang jadi betul-betul agaknya...

Sekali-sekala, aku bertukar-tukar cerita dengan Mama tentang main 'pondok-pondok'. Apabila giliran Mama bercerita, aku mula rasa jeles. Bila sampai bab tidur, aku dah mula tak keruan... aku ajak Mama tidur. Tapi, tidur aku tak lena... mana boleh lena...



.

15 comments:

ASH said...

NGEH NGEH NGEH...

AKU tak main la pondok pondok lagu ni..
ADA KA BERDUA DUAAN DAN BERGELAP GELAPAN..

ISHHH..

aku lebih rela bermain polis senteri daripada main pondok!

ckLah @xiiinam said...

Laaa...main pondok-pondok??/Main pengantin-pengantin tak?


pssst: Masa kecik, ckLah adalah budak pmpuan samseng yang kehulu-ke hilir merata kampung, menindas kaum yg lemah (kaum budak kaki pondok-pondok nilah), dengan gelang getah penuh sampai ke siku dan biji guli memberat di kedua belah kocek seluar katok....Tak pun, memancing merata parit....

ibundo said...

aku ketawa besar ni. Keck-kecik dulu akak main pondok-pondok gak. main dengan lelaki gak. tapi suami pegi keje. isteri duduk rumah masak-masak. tak de la sampai tido-tido.

kalau ada adegan tido-tido ni, aku pelangkung je kepala 'laki' aku tu.
wakaka..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Belum baligh lagi kak, tak pe...
Main polis sentri malam bulan puasa best kak, main sampai sahur...

CkLah,
Ada versi lain, kami kena kawen dulu baru boleh masuk pondok. Tapi, sebab dah lepas tu asyik kena fitnah kita 'suka' kat pompuan tu, bab kawen dikeluarkan. Cikgu tak geli kat cacing ke?

Kakpah,
Akak gelak sebab akak pun sama yek? Dah malam kena le tido...

ckLah @xiiinam said...

Budak2 pompuan tu selalu main masak2. Tempurung jadi periuk belanga mrk. Masa 'suami isteri' itu keluar mencari rezeki atau ke pasar membeli belah, ckLah akan menceroboh rumah mereka dan masukkan cacing dalam periuk nasi mereka....ha...ha...


Syok tengok mereka nangis...trill sangat!!

Main Combat...ckLah mesti nak jadi askar Jerman. Tak mau Emereka!! Kecik2 pun dah anti mereka weh...ha.ha..

K.H said...

Wah, manisnya alam kanak-kanak kau.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Mak ooii!... itu combat-combat jantan je kak. pompuan main le batu seremban ke...
kami dulu main tembak-tembak pakai getah dan pelepah ubi kayu. kalau kena berbirat badan. Cikgu mesti main tembak bunyi mulut je kut... hehehe.

Nizam.Ariff said...

Indra,
Memang manis, kalau dikenang sekarang.Tapi, masa ddk kampung dulu, punya la boring dgn pacat dgn lintah. rasa nak duduk pekan je. satu lagi, nak cepat besar sebab nak keluar dari kampung.

Sekarang, dah terbalik. rasa nak bawa kampung tu ke kota ini. ...isk..isk..hwuaaa..

addyaholix said...

banyak kenangan zaman kanak-kanak kau bang nizam.
aku langsung tak ingat. mungkin sebab aku masih muda. jadi, aku masih cipta momen-momen indah untuk aku kenang kelak. haha!

addyaholix said...

satu lagi,
kau cemburu bila mama cerita zaman kanak-kanak mama? haha dalam hati ada taman kah? =)

Nizam.Ariff said...

Addy,
teruskanlah dgn meneka.. hahaha. aku jantan, sukar meluahkan dgn kata-kata...

Ya, aku rindukan suasana tu...tapi aku tak sanggup untuk kembali kpd zaman itu. aku mahu zaman itu hidup kembali....melalui anak aku.

Yana Ismail said...

hi hi hi..yana tk penah main..alaahai

Nizam.Ariff said...

Princess,
Rugi taauuuuu.... best, boleh sandeng-sandeng... hahhaa

tasekM said...

esoknya mama basuh cadar!



ha ha.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ye lah tu.. HAHAHAH

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com