Sunday, March 1, 2009

Jalan2: Sendawa biar berpada-pada

Percutian diluar musim. Di Melaka.


Buah Durian di luar musim memang sedap. Jauh lebih sedap berbanding pada masa musim Durian. Entah kenapa. Aku rasa kena pandang dari sudut psikologi kut. Ye la, biasanya, benda yang susah dapat tu lah yang beri impak besar kepada ingatan. Walhal, Durian tu dari pokok yang sama, malah lebih kecil. Berebut dengan Tupai pulak tu, kita makan sebelah, Tupai makan sebelah.


Benda yang sedikit itulah yang paling sedap. Kami berebut. Dua pagi aku bersarapan dengan buah Durian! Gosok gigi pun belum. Durian itulah ubat gigi aku. Dan bau nafas aku macam haram. Bayangkan, sebelum tidur pekena durian. lepas tu tak gosok gigi, kumur-kumur dengan air kosong je. Bila pagi, Durian yang tersisa dalam mulut dah jadi tempoyak!


Durian kampung tak sama dengan Durian komersial. Durian kampung tak semewah Durian komersial yang naik lori dari Utara atau Selatan. Durian kampung cuma jaguh kampungan. Dia naik motosikal buruk, ikut jalan becak. Tapi, 'umph' dia macam anak dara kampung juga lah... Inesen hehehe.


Tapi, aku paling pantang kalau sendawa Durian dalam kereta!
Biarlah kentut bertalu-talu, aku boleh tahan nafas lagi. Tapi tidak sendawa Durian.




.

10 comments:

ASH said...

BUUUURRRPPP..
bukan aku..
tapi kawan kepada kawan aku yang pergi bercuti..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Macam sendawa org jantan... hahaha

tasekM said...

aku suka makan durian tapi lepas makan aku pening kepala. ha ha. tak tahan bau. dan lepas makan durian aku mesti gosok gigi. boringkan? ha ha.

hr tu aku makan durian. kata penjualnya durian dr pahang. err... melaka dr musim ke hah?

.

datang melaka sikit tak nk singgah rumah. tau la sofa aku koyak!

;p


.

addyaholix said...

aku pernah makan durian 6 biji. aku ulang, 6 biji dan bukan 6 ulas. dan malam tu aku demam panas.

dan sendawa durian memang sangatlah macam haram!

Nizam.Ariff said...

TM,
Tu la aku cakap, durian luar musim. Pak mertua aku je yang ada. Tapi, masa aku lalu kat kawasan kampung tu, aku ada cium bau bunga durian. Mungkin 2-3 bulan lagi kut musim dia.
Aku pun nak jugak buat blind date, tapi aku takut... ko garang sangat, asyik nak tumbuk aku je. Take pe, aku selalu balik Melaka. Nanti kita set blind date balik, mgkin kat zoo ke, taman uaya darat ke... hahaha

Addy,
6 biji??! ko memang power la bro... kalau akulah, aku dah jadi superman pakai spender je la... berkirap.

ibundo said...

kakpah pernah makan durian sedara kat melaka. sedap dan manis durian tu. Lepas makan dia tak bagi basuh tangan. Dia suruh kesat kat kain yang dia sediakan je. Dia cakap nanti durian tu jadi tak manis lagi bila kita basuh tangan.
Mana logiknye aku pun tak tahu.
Sedawa bau durian? Eh.. kan ke kentut lagi busuk. Apa la engkau nih.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
kentut ok lagi, sendawa ada gas tertentu yg haprak! eh, dengar kata durian punyai sulfur yg tinggi, tu sebab busuk...betul ke?

ibundo said...

sulphur ke mulpher ke aku tetap hantu durian. durian ni wangiiiiiiiii........

Yana Ismail said...

hehe baula ek...mesti kuat..ekeke

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kalau akak pernah tunggu durian jatuh malam-malam kat pondok durian, akak pasti tahu apa sebenarnya hantu durian ... hehehe spooky.*||*

Princess,
Bau tak sedap tapi lomak manis... hehehhe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com