Monday, March 23, 2009


Mula-mula, minta ampun kepada saudari Tasek Merah kerana tak sempat berkirim salam dengan Mastan Ghani. Aku sampai dah petang dan aku ada agenda lain petang tu.

Gulai Tempoyak Ikan Jelawat Sungai


Tetapi, kekecewaan aku untuk merasai nekmat rojak itu ada sedikit terubat bila kakak ipar aku sediakan juadah istimewa: Ikan Jelawat masak tempoyak!


Ikan Jelawat tu bukan sebarang ikan. Bukan ikan yang dibeli di pasar. Ikan itu dijala sendiri oleh abang sulung aku di sungai Batang Padang. Bak kata orang, lazatnya hingga menjilat ke siku kalau kuah meleleh.


Bukan setakat kuah saja meleleh, hingus dan air mata juga tangkap leleh dibuatnya. Terutamanya, dia juga sediakan jeruk Maman hutan yang dia buat sendiri. Dan Maman tu diambil dari kebunnya sendiri. Dan dimakan dengan cili padi. Ya, cili padi yang membuatkan air mata meleleh, sebenarnya.





Pada hari kedua, hari berlangsungnya sessi tunjuk menantu anak saudara aku. Juadahnya rengkas. Memang kakak aku nak buat cara kampung, sedangkan dia tinggal di Rawang dan anaknya itu kerja di Selayang. Menu utama: Umbut kelapa masak lemak, Buah Labu masak lemak, Ayam goreng pedas, Kerabu daun silum, telur masin dan Ikan pindang stail Perak (ada yang buat lawak nak kukus ikan masak pindang guna Daun Ketum!).


Umbut kelapa di dermakan oleh abang aku yang duduk kat kampung tu (dia sebenarnya bekas jurutera kilang). Buah Labu di dermakan oleh abang sulung aku yang berkebun (dia sebenarnya seorang guru yang dah nak pencen).


Yang lain-lainnya, didermakan oleh orang kampung. Cuma ayam dan ikan sahaja dibeli di pasar. Dan mungkin juga beberapa rencah-rencah untuk menumis dan bawang.

Memang selera kampung!




Seperti biasa, kalau kenduri kawen kat kampung kalau tak ada pencak silat, memang tak sah. Dan aku rasa bangga bila yang bersilat adalah budak-budak muda. Mereka telah menyambung tradisi silat pulut ni....



Dua orang pahlawan beradu kuat

Dan yang kecundang minta dilepaskan

Yang berjaya akan bersalaman dengan sang Raja



Aku? Aku cuma tukang tengok dan tukang makan. Wartawan memang tak boleh masuk campur dalam hal-hal macam ni.




.

15 comments:

tasekM said...

kenduri masak kampung la baru terangkat. umbut kelapa tu... walah walah... susah dapat tu bang.

kejap. jeruk maman tu macam mana rupa dia hah? tolong post gambor dia sikit bang. he he.



.

ckLah @xiiinam said...

len kali nk ke mastan ajak aku. aku banje

Nizam.Ariff said...

TM,
Umbut kelapa tu sedap giler...
Maman tu jenis tumbuhan macam rumput. Aku tengok dia bubuh nasi dan cuka dan garam dalam botol sekali dengan pokok Maman tu. Mahap le, aku tak ambik gambor jeruk tu...

CkLah,
Memang nak pegi tapi tak sempat la. Petang tu ada 'lagan'. Kena pegi le tolong-tolong apa yang patut, lagi pun anak kakak yang nak kawen. Lain kali le...

ibundo said...

salamelekom.... wuih tangan akak dah gatal nak ngutuk engkau. Tiga hari tiga malam line tipon tak de. Ngko jangan ngengade kata akak tak baya bil. Banyak row yang knock out tau. Telkom kata masalah kabel.

??? akak dah lupa lak apa yang akak nak komen. Anyway ko balik kenduri la ye. Sedap menu kampung tu. Lama dah tak makan umbut kelapa. Maman? lama gak tak jumpa. Tasik merah tu bebudak lagi. Sah memang dia tak kenal maman.

tasekM said...

hahahaha... hantu je kak pah.

well... ai kan remaja! hahaha...



.

ibundo said...

tasik, ngaku la nko remaja.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Umbut kelapa memang manis... masak lomak lak tu.... keliur dibuatnya.

TM + Kakpah,
Jangan le gaduh-gaduh pasal line tepon TM tu. Anyway, TM(Tasek Merah)dan TM(Telekom Mesia) kan ke sama, tentu la dia support punye... hehehe.

TM mengaku remaja??.....MUNTAHHHH!
Remaja cukup umur boleh le, atau Remaja lebih umur ok le...

ASH said...

Ambuiii..
mentang mentang le aku suka makan masak tempoyak..
KO NAYANG je kat aku ye???

Saje le tu nak bagi aku leleh ayor mata!!
Berkabor kata makan umbut le, jeruk maman le...ye..sampei le hati...
(nak merajuk..bawak diri..batu belah batu bertangkup..Nizam saja layor kat akuuuuu)

addyaholix said...

sedap tu bang. dah lama tak makan mak masak. balik hari tu sempat makan gulai lemak yang mak masak. sedap!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Merajuk org lama ni aku tak pandai nak pujuk... hahahha. Kalau buat sendiri pakai Jelawat kolam beli kat Pasar tu tak aci le. Satu lagi, aku juga belajar makan ulam Temu??? Temulawak??? ke hape ke. Pokoknya macam pokok kunyit hutan, buah dia pun macam kunyit (isi warna kuning muda) tapi bukan kunyit.

Addy,
Masakan emak memang sedap. Walau pun hanya ikan masin, tapi sedap. Itu krana emak masak dengan kasih sayang. Rencah tu yang tak ada kat kedai mamak. Bila dah kawen nanti, masakan isteri juga adalah masakan yang sedap sebab dia adun dengan cinta. Tapi, kalau bergaduh, masakannya jadi tak sedap sbb di adun dengan air matanya...

tasekM said...

bucuk-bucuk... sila jawab tag ye.

:)


.

Led said...

tetiba mengalir air liur tgk gambar makanan...

Nizam.Ariff said...

TM,
Tag??? Amende ??? eh eh

LED,
Kesat air liur tu bang... hahaha

Yana Ismail said...

huh..gulai tempoyak...adoi.terliur jap tgk..nak jgak!!!huhu cili api la br kick..ahaks ;P

Nizam.Ariff said...

Princess,
Sodap ooooo.... celah-celah kuku pun kena hisap.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com