Sunday, April 19, 2009

Ronggeng Puisi...lagi?

.


Aku masih dalam mood puisi. Sebabnya? sebab, puisi tak perlu tulis panjang-panjang, persetankan nahu dan undang-undang bahasa. Puisi bebas, tergantung pada si pembacanya. Ya, puisi adalah bebas, sebebas fikiran kita. Kalau puisi terbelengu dek undang-undang ini, fikiran kita terbelengu sama.

Aku teringat entry Tasek tentang ronggeng. Aku teringat komentar balas kepada Wahyudi_my juga tentang ronggeng. Maka, aku teringat yang ini. Ya, aku pernah letak ini dalam sini dalam entry awal (pertama / kedua?). Jom kita ronggeng!



RONGGENG MAK LIMAH
[24/7/2003]


Malam ini, ada gendang dan kecapi
ada kompang membuang sunyi dinihari
Mak Limah dan Pak Pandir sudah diundang
Grobok Pak Kaduk pasti penuh, riang.

Malam ini, ronggeng Mak Limah pasti jadi
Habis lenguh tangan bergendang, bernafiri
Peluh jantan dan betina berbaur suka
Pak Kaduk dan Mak Limah ronggeng bersama.

Sayang, ronggeng Mak Limah tak jadi
Kompang dan nafiri tak seiring kecapi
Pak Pandir bergendang, seronok sendiri
Rentak zapin, lagu berzanji.

Ronggeng, Mak Limah ronggeng!
Ronggeng sampai pagi!
Pak Kaduk terteleng-teleng
Pak Pandir geli hati.

Ronggeng Mak Limah tak jadi
Tapi Pak Kaduk tak peduli
Asalkan ronggeng sampai pagi
Pak Pandir ketawa sampai mati!





.

8 comments:

SHIMI said...

wah.. semenjak 2 menjak pesta buku ni, ko macam pakar bahasa la pulak..

kalau ganti ronggeng dengan rap puisi boleh takk? ok jawap bagi pihak ko...
mengong..ha..ha..ha

kakpah said...

hmm.. teringat peristiwa mandi safar di melaka dalam tahun tujuhpuluhan. Ada joget lambak. berjoget lambak sampai ke pagi. Mereka yang tak sadar diri lah. bukan aku.

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Buleh-buleh-buleh... err tapi ko dah jawabkan dah... hahaha

KakPah,
Dulu kat headwork (kunci air 12 dekat simpang kampar-langkap) ada juga mandi safar ni. siap ada jual-jual pulak tu, macam pesta... joget lambak... hahaha

ashley said...

zaman aku kecik dulu, yang selalu berjoget lambak atau berronggeng..
pasangannya selalu dengan AWW AWW..

tapi aku musykil..kalau PUISI pula dengan pasangan apa yang nak kau gandingkan??

kalau IRAMA ngan LAGU
maka
PUISI pula ngan pantun?
gurindam?
seloka?
madah?
pujangga?

............??

tasikmerah said...

bila kita nk beronggeng ni bang? hehehehehe....




.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Puisi digandingkan dengan ... err... puasa... hehehe

TM,
Hari tu ko dah ronggeng dgn Kak Lily.
Sabtu ni aku cuba nak ronggeng la pulak kat QWTD. Aku nak ajak CkLah le...

addyaholix said...

wahyudimy pernah bagitahu aku. puisi tak semestinya difahami, dah cukup kalaupun cuma dihayati.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Betul. Macam sesuatu yang abstrak, yang hanya perlu kita baca dan hargai...

Sounds like women, kita tak mungkin dapat faham, kita cuma perlu hargainya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com