Wednesday, May 13, 2009

Dambakan layananmu

.


Setiap pagi weekdays, aku akan singgah ke nursery tempat transit Paku Payung, untuk hantar baju dan beg sekolah petangnya. Aku singgah selepas hantar dia ke sekolah paginya menaiki kuda api aku.


Dan setiap pagi weekdays aku pindahkan baju sekolah petang Paku Payung yang siap ber'hanger' dari tangan kiri aku ke tangan kanan awek nursery tu di muka pintu. Kemudian aku pindahkan beg sekolah petangnya yang agak berat dari tangan kanan aku ke tangan kiri awek itu.

Aku lakukan langkah demi langkah untuk memanafa'atkan masa yang sesingkat itu untuk bertemu dan bersabung mata. Namun, awek Melayu itu hanya tunduk ke lantai. Lantas senyum aku tak pernah berbalas. Sapa aku pun jarang berbalas. Kalau aku beri salam pun, awek Melayu tu hanya menjawabnya sama ada perlahan atau dalam hatinya.



Tadi, selepas melunaskan tugas harian weekdays aku seperti biasa, aku juga mendapat response yang biasa-biasa, aku berselisih dengan seorang budak lelaki 6 tahun yang baru keluar dari kereta ayahnya.

Budak lelaki itu berlari-lari kecil sambil tersenyum kepada awek Melayu yang kini aku belakanginya.

"Assalamualaikum, adik! Macam mana hari ni, seronok tak? Adik dah sarapan?"


Ceh!

Kenapa mereka double standard? Kenapa awek Melayu tak sapa aku macam tu selama ni? Aku pun dambakan layanan seperti itu. Aku kangen, aku pengin, aku... aku... aku lelaki yang mahu dilayan seperti itu.... aga ga gu gu...

Kenapa????!




.

14 comments:

meza said...

eh. cik mama tk cukup bagi layanan ke?
ahaks.

baik-baik. karang cik mama tau, cik mama majuk kot.

=P

Insyirah said...

sbb bro tak cukup cute mcm budak tu.

udah² la...dah ada mama sorg cukup ler. usah la nak bercabang² lagi hati tu.

tasekM said...

harap2 mama baca la n3 yg ini. ha ha.

ppsttt... aku tau mcm mana kamu nk dapat layanan awek melayu tu....


.


.


.



bg pengkeras dulu!

:p

Lily Abdullah said...

Amboi tajuk entri,dah jiwang semacam hahaha!

Mana no tel mama,akak nak suruh dia baca entri ni :D

Nizam.Ariff said...

Prettyrain,
Jangan le pecah lubang...

AlamNasyrah,
Aku bukan nak bercabang. Aku cuma nak dapat layanan yang seimbang. Yang adil dari nursery tu...tu je... hehehhe

Tasek Merah,
Hah, nak kena keras dulu?

HAHAHAHA

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Biar pecah perut, jangan pecah mulut... hahaha

Aku nak tarik balik la entry ni...

Insyirah said...

Nursery tidak memberi layanan kepada bapak budak. Harap maklum.

tasekM said...

muhahahahahahaha....!

bencilah bercakap dgn kamu ni bang!

:p

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Kalau tak ada bapak budak, anak budak pun tak ada. Jadi, kena layan bapak budak dulu, baru ada sederet anak budak nak masuk nursery..... hahaha

TM,
Alaaaa... benci la.. benci la... auuww! Hahahaaha.

Apa petuanya?

ckLah @xiiinam said...

Isk...isk...isk...

Njalok dilus-lus yo kang....!!!


Wes gedi...orak isin....

aza ni said...

baru kau tahu bagaimana yang aku rasa,kah kah kah,kita senasib.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Njalok di los-los koyo koceng lanang... wes gedi tapi ati ne ijik cilik... hohohoho

Eh jawe gelak macam santa claus ke?


Azani,
Brader, lu pun nak manja-manja macam aku jugak rupa-rupanya...
Baru aku tau, lelaki ni kalau tambah usia, manja pun bertambah...
Haa.. peringatan untuk semua kaum ibu, manjakan suami lebih sikit... hehehe

SHIMI said...

mesti lu belum penah kena karate jurus ke 18 dengan mam lu

gua nak doa selamat untuk lu ni,
Ya Allah moga blog kawan aku ni selamat dari bacaan bini dia untuk mengelakkan kena karate
Amin

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Amiinnnn...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com