Sunday, May 10, 2009

Mandi Embun Vs Mandi Peluh




Pagi Ahad yang terik!
Mana perginya embun-embun pagi yang sejuk dan segar tu? Mana kabus? Aku rindukan semua tu.


Ada petua berkenaan dengan embun. Namanya 'Mandi Embun'. Dipercayai boleh menyegarkan dan menguatkan tubuh badan. Boleh menghindarkan penyakit. Khasiat-khasiatnya kurang menarik? Aku ubah ayat kat atas tu: Dipercayai boleh menyegarkan dan menguatkan tenaga batin. Boleh menghindarkan penyakit kelamin (yang ni aku tak pasti).

Caranya, pergi ke pokok-pokok renek yang berdaun lebar dan basah dengan embun. Baca selawat dan kaut embun guna tangan. Sapu muka dan tangan macam tayamum. Kalau ada embun lagi pada daun-daun pokok, boleh le kaut dan basahkan tubuh badan.

Walau pun sejuk, kena biarkan embun tu kering sendiri pada badan. Haba pada badan akan memelowapkan air embun dan bawa sekali panas badan.

Lagi satu, air yang ada pada daun waktu pagi bukan sahaja air embun tetapi juga cecair pokok tersebut. Pada waktu malam, cecair yang berlebihan akan dikeluarkan dari pokok melalui liang-liang kecil, termasuklah melalui liang kecil pada bucu/bawah daun. Ada nama khas untuk proses ini tapi sekarang ni aku tak ingat. Jadi, aku syak, air embun tadi akan bercampur dengan khasiat-khasiat dari cecair pokok tersebut. Oleh itu, pilih le pokok-pokok yang punyai nilai perubatan. Kalau aku, aku pilih pokok Tongkat Ali...


Satu lagi, kalau nak pilih pokok kena la pilih yang jauh dari jalan berdebu. Kalau boleh pergi la ke dalam hutan. Sebabnya, embun terhasil daripada kelembapan yang ada pada udara. Molekul-molekul air yang bergentayangan dalam udara memerlukan 'nuklei' untuk bergabung menjadi lebih besar. Biasanya, ia akan bergabung pada zarah debu yang bertindak sebagai nukleus. Bila gabungan menjadi besar, ia akan berat dan menjadi kabus. Dan bila kabus ini berlanggaran, ia menjadi setitis embun. Tak jadi hal sebab zarah debu adalah dari tanah dan tanah adalah mineral. Badan kita juga terdiri daripada unsur tanah. Tapi, kalau kat bandar, aku tak pasti zarah debu jenis apa yang bergentayangan dalam udara...




Kalau aku kat kampung, aku tak masa nak kaut-kaut pakai tangan. Aku berdiri je bawah pokok dan aku goncang (kalau goyang tak cukup kuat) pokok tu. Airnya turun macam hujan. Dan teka, pokok apa pilihan aku?

PokokKetum!




.

13 comments:

ASH said...

wehh.
hang ni demam pulak ke?
ke mabuk lak..
ish tak baik kan tuduh tuduh orang mabuk..buat doser kering jer..

mana na pi tau..
kut TERtelan ayark daun KETUM!

Lily Abdullah said...

Jangan dok telan ayaq tu. Bahaya weh! haha!

Sakit lagi ke?

SHIMI said...

ikut suka hati hang,,
kalau embun pokok kopi, mesti tok leh tido seminggu. Badan beraroma kopi

aza ni said...

Nizam.Ariff:kalau tak silap,
fotosintesis berlaku bagi semua pokok hijau dalam cahaya matahari,dimana CO2 diserap O2 di bebaskan.
Bila malam, terbalik O2 diserap, CO2 di bebaskan.Peroses penafasan pokok respiration

aza ni said...

Nizam.Ariff:aku tak tahu betul ke tidak tapi bagi pengamal air embun ni katanya bila matipun tegak.

Cikgooden said...

jika ada lebih boleh la sapu semua tubuh badan..perghhh!..baik pergi padang...golek guling guling...sah semua kena embun..


jgn pilih pokok jelatang!...ha ha ha

Pyanhabib said...

hidup pkok ketum!

tasekM said...

pokok ketum pun dah bulih buat kuat tenaga batin ke bang? ha ha.

nk kena tanam juga nampak gayanya nih... ha ha.

:p


.

Insyirah said...

bro!! sebelum buat statement innocent, pastikan tiada pembaca yg suci mcm saya ni. kang dituduh membawa ajaran sesat! ngeh3x... ;p

p/s: pokok ketum tu mcmmana ek? hahaha... kan saya dah kata saya ni mmg suci yg amat. pokok ketum pun tak prnh tgk lagi. aiseh man...buat malu je.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Syukur kpd Allah. Aku sihat, walau ada batuk berkahaks-kahaks... kroghh-kroogh sikit-sikit... hehehe

Waterlily,
KAlau aku balik kampung, memang aku minum 2-3 gelas sehari... badan jadi ringan. Daun ketum tu ubat sebenarnya. Yang jadi mabuk tu sebab direbus campur ubat nyamuk dan panadol..

Shimi,
Kalau embun pokok kopi, badan bau najis musang! sebab musang suka makan buah kopi atas pokok tu. Dia uk-uk pun atas pokok tu, najisnya jatuh atas daun-daun.

Azani,
Mati pun masih terpacak? Hahahaha...

Cikgooden,
Pernah gak terpikir guling-guling atas padang tapi najis anjing pun melekat sama... hahaha.

Pyanhabib,
Bro, kalau tak cukup pokok kat Ipoh, kita ganti dengan pokok ketum banyak2... hehehe

TM,
Daun ketum ni memang ubat. Kalau nak rebus, kena ambik daun yang matang. Bukan daun pucuk sebab boleh mabuk. Satu lagi, ulat hanya makan daun yang matang (daun tua). Ulat tak makan daun muda. Maknanya, ulat pun tau mana satu yang berkhasiat. Biasanya, abang aku ambik daun yang kena makan ulat tu. Biar alam semulajadi jadi contoh, kita ikut je...

Ko jangan minum banyak-banyak, nanti tidur malam pun berdiri tegak, kata Azani... hahaha

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Pokok ketum adalah sejenis pokok hutan yang berbatang keras... ya, batangnya cukup keras! hahahaa

Nantila, kalau aku balik nanti aku ambik gambar... tak banyak pun, ada 4 pokok je abang aku tanam.

hairul said...

klo aku pokok tahi ayam macamana tu? he..he..

Nizam.Ariff said...

Hairul,

Kalau bunga tahi ayam, ko kena ketulahan nanti.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com