Thursday, May 7, 2009

Petang yang sungguh cemas...

.



'MAMAAAAAAA ... !!!!'


Serta merta mata kami tertumpu pada Paku Payung yang terbaring di atas lantai anjung sambil tangan kanannya memekup peha, sedikit atas dari tempurung lututnya.

Secepat itu juga, aku terlihat kelibat sesuatu yang hitam dan agak panjang, susup-sasap menggelunsur lari melalui celah-celah pasu-pasu bunga. Mama tergamam seketika. Aku pun sama.

Rintihan Paku Payung yang kesakitan menyedarkan kami dari gamam. Mama terus terpa anak aku yang terbaring kesakitan. Aku rasa aku tahu apa yang telah berlaku. Tanpa buang masa aku terus capai dompet dan kunci kereta. Petang itu sungguh mencemaskan kami. Aku tak pasti jenis ular yang patuk anak aku.

'Cepat siap, sambar apa yang patut. Kita ke hospital'.



Aku dukung anak aku yang longlai dan kesakitan menuju ke kereta. Rintihannya meruntun sayu hati aku tapi aku perlu kuatkan semangat. Daripada Dia dia datang, kepadaNya dia kembali. Aku tawakkal dan berserah kepadaNya, namun aku mengaku yang aku belum cukup bersedia untuk menerima kenyataan itu. Dia adalah satu-satunya anak aku pada masa ini.

Aku baringkan anak aku di kerusi belakang. Aku suruh Mama pangku kepala anak aku yang lemah. Kini, Mama mempamerkan naluri seorang ibu dan juga seorang wanita. Mama menangis. Dan sedu-sedan Mama makin bertambah setiap kali anak aku merintih sakit.

'Sejukkkk... '


Aku tahu yang bisa itu telah menjalar ke setiap urat nadi anak aku. Aku pandu kereta tak keruan lagi. Aku ketepikan undang-undang, aku langgar lampu isyarat. Aku tak peduli apa-apa lagi.


'Kenapa tak bagi dia makan ikan bilis tadi? Ikan bilis boleh tawarkan bisa '
Tiba-tiba Mama bersuara dari tempat duduk belakang. Aku terkedu seketika.



Ikan bilis ??!!!!






















(Itu mimpi Paku Payung malam semalam. Seperti mana yang diceritakannya kepada kami petang tadi. Dan aku tambah sedikit dramatisasi untuk n3 ini).

.

23 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku tengok 'kliwon'. Dan aku tengok pontianak berdiri atas bumbung rumah berselubuh serba putih, tapi kenapa hantu itu pakai coli??? tak sepatutnya pakai coli... dan barulah aku seram kat pontianak tu...

xiiinam said...

......bapak yang suka tengok cerita seram....(seram yang kelakar kat tv3 tu ya..he..he..)

....anak pula yang mimpi2...



"..kenapa kau gelar dia paku payung?" pertanyaan dari cklah yang ketinggalan zaman...

addyaholix said...

kau memang sungguh cis la bang. cuak kejap aku tadi. walaupun paku payung bukan anak aku sendiri.

agak-agak paku payung panggil aku abang ke pakcik?

Nizam.Ariff said...

Nizam.Ariff,
Ya.ya. Seram + geram... hahaha. Kelakau la kamu ni..

CkLah,
Anak mimpi malam semalam. Tadi aku tanya mama, dah ada orang nak pinang dia ke?
'Jangan nak menggatal...'kata mama...

Kalau pompuan kita panggil intan payung. Kalau lelaki baik aku gelar paku payung (walau mungkin double meaning...)

Addy,
Kalau dia panggil kau abang, terasa aku tua sangat. Kalau dia panggil kau pakcik, baru le terasa kita sebaya...

Dia panggil kau pakcik la...

joegrimjow said...

masak nasik lemak sedap juge

AZANI said...

oii aku dah sampai seremban ini,rumah kau kat shah alam jalan apa, hah?Ni ha aku bawak anak murid Raja Dastagir.

AZANI said...

si bisu cakaplah kat si buta macam ni:

ooo aaak ak ak uh huk hah hak ha ha ha uuh haa haahh .
terjemahannya: ooo sibuto, tadi aku nampak si pokak curi duit ekau.

ashley said...

Nizam,
engkao dulu belajor PSYCHOLOGY tak?engko ingat tak siapa yang bagi THEORY yang berkaitan ngan mimpi ni..

Sigmund FREUD..per ke namanyerr..ish

aku rasa macam theory tu sesuai jer ngan ko..SIRIUSS NI..

he he he..

addyaholix said...

kau memang tua banyak dari aku bang. patut aku panggil kau pon pakcik nizam. paku payung panggil aku abang saja!

alang said...

rekaan? haha. Ingatkan betul2 tadie. Jgn main2. Kang masin mulut kang. InsyaAllah moga dihindari.

kakpah said...

pandai kau buat klaka kali ni. Cemas aku jap.

Water Lily said...

aiseh,cemas akak dibuat kau.

Ingat betul2 tadi,rupanya mimpi hahaha!

Yang kliwon malam tadi tu,pontianak ke? akak ingat hantu ko**k hahe!

AlamNasyrah said...

aisey man...cuakz sekejap tadi. bikin suspen je bro ni. awat tak jadi pengarah skrip saja?!!

Nizam.Ariff said...

Joegrimjow,
Nasik lemak banyak lemak tepu tak terhidrolisis... hahaha

Azani,
Rumah aku tepi jalan je kat S. Alam ni.. hahaha. Eh, ko silap komen blog ke?

Azani,
It umemerluka noran gsempurn auntu kfaha magakny a.... ka n?

H ah ah ah a...

Ashley,
Aku tak ambik psyhology tapi aku rasa aku tau sikit Sigmund Freud dari pembacaan... dah namanya pun freud, selalu freud la tu kut...hehehe

Addy,
Mana boleh camtu, kita sama sama muda lagi... cuma Paku Payung tu cepat sangat besarnya...

Alang,
Dalam mimpi, kena patuk ular tandanya murah rezeki kut... hehe


Kakpah,
Mula-mula aku pun cemas juga masa anak aku cerita, aku ingat dia kena masa kat KAFA. Lastly, baru dia cakap itu mimpi je... ish.

KakLily,
Entah le, kalau hantu ko**k mana buleh pakai bra... tu hantu comel kut. hahaha

AlamNasyrah,
Tak pandai tulis skrip.
Aku ambik teknikal BM/BI. Ayat semua pendek-pendek je, short & precise & concise. Buat ayat panjang-panjang nanti meleret-leret.
psstt: Dah hari jumaat, projek dah siap?... yeah... tensen tensen... hahaa

hairul said...

ingatkan betul... ingat nak melawat jengok...

AlamNasyrah said...

bro, projek saya dah siap 90%. dua malam tido lewat. mata pun dah mcm mata koala.

wehh...lagi 10% la. sempat lagi tu nak jalan² kat blog org. hahaha... ;p

tasikmerah said...

gedegang!!!!

*aku karate meja*

lepas ni ko tak payah la nk buat n3 cemas lagi bang. aku tak kan percaya lagi! ha ha.




.

prettyrain said...

laaa... mimpi ke.
masa baca ayat paling bawah tu, blur jap. paku payung mimpi ubatnya ikan bilis ke. hahaa..

buat terkejut je la abg ni.

padelkopak said...

garapan cerita kamu sangat menarik. sehinggakan aku menyangka yang bukan-bukan. seolah-olah ianya benar-benar berlaku. bagus.

ashley said...

TM,
engko rasa rasakan..
Paku payung ke yang mimipi ataupun pak Dia?

aku rasa semacam jerrr..

Well..aku tengok cerita pontianak datang mencekik seseorang malam tadi..

Nizam.Ariff said...

hairul,
Mai la datang sini. Tak rindu kat jagad ke?

AlamNasyrah,
Mata koala???!
Tak dapat bygkan mata sepet jadi bulat macam guli... hehehe

TM,
Bukan ko je. Aku pun panik jugak bila dia cerita. Mulanya dia cerita kat Mama dia, aku curi dengar je. Aku cuma dengar masa dia dah kena patuk. Aku tak dengar yg mulanya dia cakap dia mimpi malam semalam...

Gedegang! aku pun karate bantal... hahaha

Prettyrain,
Aku pun terkejut juga dgr karate si TM tu...

Padelkopak,
Terimakasih kerana compliment garapan aku. Lu jarang hapdet blog, sibuk le tu..?

Ashley,
Betul. Dia yang mimpi. Aku cuma tukang karut je... HAHAHAHA

tasikmerah said...

ashley, kalau pak dia yg mimpi... hmmm... kena patuk ular tu... hmmm... maknanya ada org nak masuk minang tu.... hmmm... dapat madu la mama. hehehehe...

;p

Nizam.Ariff said...

TM,
Hah, MADU???

Shhhhh...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com