Friday, June 5, 2009

Aktiviti Mendekut penuh risiko, sebenarnya.

.


Antara aktiviti-aktiviti malam anak-anak muda dikampung ialah mendekut burung ruak-ruak. Sesetengah orang panggil burung wak-wak.


Aku tak pernah ikut dia orang semua. Aku malas nak menunggu lama-lama macam tu. Tapi, aku amat berminat nak tau hasilnya. Dari ccerita yang aku dengar dari kawan-kawan yang suka mendekut ni, dia orang akan mencari tempat yang sesuai. Tempat yang jauh dari sumber cahaya. Tempat yang gelap.


Tempat itu biasanya adalah laluan angin atau antara dua hutan kecil atau pokok. Mereka akan pacakkan 2 batang galah dari buluh. Kemudian, mereka akan rentangkan jaring nylon pada tiang-tiang buluh itu untuk membentuk 'layar' selebar aku rasa 30kakix25kaki. Aku tak pandai nak agak.


Mereka hanya akan rentangkan jaring tu pada waktu malam, lebih kurang jam 10pm, hanya disuluh cahaya bintang. Kemudian, mereka akan tiup seruling khas yang digelar dekut-dekut untuk panggil burung ruak-ruak yang terbang dengan cara meniru suara burung jantan ruak-ruak.


Burung ruak-ruak yang terbang malam akan berlegar-legar mencari bunyi itu. Bila mereka terdengar kibasan sayap itu, mereka akan suluh pada jaring dengan lampu suluh. Burung-burung tu akan menjunam ke arah cahaya tu dan tersangkut pada jaring. Jaring dilurutkan ke bawah dan burung tu disembelih.


Ikut kata kawan-kawan, jumlah burung yang dapat ikut niat masing-masing masa keluar rumah. Dan burung ni ada yang bela nya. Burung ruak-ruak tu dikatakan jenis burung di bukit, bukan di sawah sebab yang jenis sawah lebih besar dan berisi, sedangkan kebanyakkan burung yang dapat secara mendekut ni kecil sikit.

Konflik akan berlaku bila jumlah tangkapan sudah cukup tapi masih nak tambah sikit lagi. Waktu inilah ada angin seolah-olah ribut kecil dan di dada langit akan kelihatan seperti ada awan hitam turun ke bawah. Ia akan turun dan akan 'menghempap' jaring tadi, termasuk mengejar orang-orang yang mendekut tadi. Kalau tertangkap, orang tadi tu mungkin pengsan atau meracau-racau.

Kami gelar hantu kelambu. Selama aku duduk di kampung, peristiwa itu cuma berlaku 2 kali tapi tak ada orang yang kena hempap. Cuma jaring yang koyak-rabak.

Ada juga versi hantu yang berupa burung yang besar yang akan mengoyak-ngoyakkan jaring tadi. Di katakan kakinya sahaja sebesar batang kelapa. Aku rasa itu hantu galah.




.

6 comments:

ashley said...

Nizam,
Aku rasa macam nak sughuh kawan aku yang dok mengajark kat Sg petani tu baca hang punya entry cerita cerita hantu ni..

Dia tu suka baca Stephen King.

Bab tangkap burung kat bendang ni, aku rasa dia tak heran..sebab kalau kena musimnya,dia akan bawak burung goreng ni hangkut mai sekolah....
Aku dok ghatah gak laaa..

Bab cerita hantu hang tu pulak boleh kami pakat baca sambil gelak guling guling..

he he he

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Jangan rasa-rasa. Suruh je baca. Cerita aku kurang seram ke? hahahaa
Sebenarnya, aku nak cerita aktiviti kat kampung. Cerita hantu tu selit-selit je.

ashley said...

Bukan tak seram...tapi cam kelakar pun ada gak..

aku dapat rasakan betapa penakutnya engko dulu..

asyik dijamukan dengan cerita hantu..

sian..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
memang kesian kat aku, jadi mangsa buli psycho abang-abang aku...



psst: sampai darjah 6 mak aku temankan aku tidor, bila dah tidor, dia pindah bilik.. hehehe

Anonymous said...

Walaupun dah lewat setahun 1/2, aku nak kongsi jugak cerita mendekut yang berlaku di kampung aku....

Awal-awal lagi tekong dah pesan kalau nak burung kena berani, jangan lari walau apa pun yang terjadi.

Bila je bunyi benda jatuh bedebuk. Satu-satu. Tetiba bunyi benda besar jatuh. Member yang terketar2 terus cabut. 'Orang' tu marah la sebab lari. Demam tekong dibuatnya.

Aku said...

Anon,
Aku pun pernah dengar cerita macam tu...dari kawan-kawan aku sendiri tapi aku tak pernah pulak kena...dan tak mau kena pun...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com