Sunday, July 19, 2009

Layan primadona lapuk, best...........

.

On the way balik dari kuliah petang dari laut biru di atas bukit tunggal, perwira yang aku tumpang mendendangkan mersik lagu-lagu santai berbuai-buai. Kadang-kadang, aku arahkan perwira ke kanan, ke kiri dan kadang-kadang aku minta dia lompat lubang-lubang jerlus korekkan hujan.

Hentian pandu terus roti-daging-berkeju aku lalui, aku pandang tapi tanpa nafsu yang menjalar. Musik dari corong gramaphone berceloreng-celoreng dalam telinga, bergetar segala isi lilin.



Entah kenapa, tak satu pun primadona mampu menggetarkan jiwa aku. Aku tak pasti aku dalam zaman apa sekarang ini. Aku tak faham apa maksud mereka.

Aku tekan punat-punat yang tersentil. Satu persatu primadona silih berganti. Dari berdarah Melayu hinggalah berdarah kacukkan serani, hinggalah primadona dari negeri atas angin. Tak satu pun bisa menggetar jiwa aku. Tak satu pun bisa memujuk hati aku yang masih teringatkan roti-daging-berkeju yang mengejek kocek seluar aku yang kembang-kempis.



Punat terakhir aku tekan, seakan aku pernah kenal primadona itu. Ya, lamaaaaaaa duluuuu...
Dari Suria FM.

Anda akan terasa anda tua apabila kebanyakkan lagu-lagu kegemaran anda dimainkan dari Suria FM berbanding dari ERA dan Hot FM.

Terimalah kenyataan itu.






.

18 comments:

Anonymous said...

Akak suka Era. Jemu dengar Sinar sb dulu2 asyik dngar rock jiwang dan rock kankang

Foerver young..foerver young

hahahah! perasan weh!

Water Lily

aza ni said...

sinar fm kot,baru kau jumpa

ckLah @xiiinam said...

Akak pun primadona...

he..he..


ckLah dengar radio dalam kereta saja....hot.FM dan sesekali masa tengah biul cari 'cenel' IKIM.FM.

secangkir madu merah said...

sinar fm itu radio siaran ku..
lagu2nya membawa kenangan silam yang hampir dilupakan...

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Akak sentiasa berjiwa muda... hahaha

Azani,
SInar FM pun menjiwai jiwa aku.

Cklah,
Ooo.. cikgu masih layan lagu -lagu hot masakini yek. Aku dah tak boleh layan... aku macam kak lily, jiwa rock jiwang dan rock kangkang... hahaha

SecangkirMaduLebah,
Sama la kita ni... hehehe

addyaholix said...

aku berjiwa sentimental. lelaki idaman kawan aku cakap. lebih memahami wanita. ada sesetengah perempuan suka. walaupun kalau ikut kajian yang aku baca, banyak perempuan lebih suka bad boy. tapi aku peduli apa. aku jadi apa yang aku nak. bukan apa yang perempuan nak. emo kan? haha!

ok balik pada topik. aku lelaki sentimental. jadi aku layan semua lagu yang boleh masuk kepala. tak kira dari era mana. tak kira lagu tu tahun 60an sekalipun. tapi kalau yang head banging memang serious aku tak layan bang. kawan aku kata boleh release tension, tapi aku jadi lagi tension.

dan ko memang makin tua bang.

nota : aku bukan sedang berkasih sayang. itu cuma sahabat aku. sesama jantan. haha!

Insyirah said...

Jarang dengar radio cenel Melayu, sebab kadang-kadang tu banyak merapu. Huhuhu. Tak ada feveret cenel pun. Lebih suka dengar apa yg selesa untuk telinga ni. Tak suka yg bingit-bingit.

arsaili said...

salam suka sinar fm ..retro ahaha

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku suka dengar lagu hangguk-hangguk (tapi aku tak hangguk kepala la, lenguh tengkok). Lagi tension, lagi keras lagu aku dengar. Tapi, sekejap je la, dalam satu round CD je. Selebihnya, aku dengar lagu sempoi je, janji melodi dan liriknya sedap.
psst: lagu 'sebenarnya' dari Yuna pun aku dengar...

Insyirah,
Channel apa yang kamu dengar yek?

Arsaili,
Salam kembali. Jauh datang ni...
Aku pun suka dengar lagu sinar fm tapi anak aku tak berapa gemar, dia suka dengar kotemporary...

DaliaLiyana said...

so..moral of d story kalau nak awet muda...jgn dgr sinar fm..hehehe..(marah lak peminat sinar fm)....
dalia suka dgr HOT FM..LEBIH HANGAT DRPD BIASE....hehehee...

ibundo said...

tengah-tengah bulan ni memang kocek mengempis. Kau beli je ramly berger, beli bun. suruh mama masak .. save duit.

Nizam.Ariff said...

Dalia,
Mood bukan boleh dipaksa-paksa, bukan boleh dibuat-buat. Kalau tune kat ERA pun lama-lama naik kecut halwa telinga dibuatnya... hahaha

Kakpah,
Itu pun memang terlintas pada fikiran... sebelum ini pun buat macam tu jugak demi melayan gelora nafsu pada roti-daging-berkeju yang itu...

addyaholix said...

aku baru balik dari event kawan-kawan blog kat shah alam. MIMPI-DUNIA GELAP anjuran PARADOKS. banyak band-band baru yang perform. ada jugak baca puisi. macam-macam. sangat bagus. perform akustik. antara yang aku paling suka. memang sempoi gila bang!

ko dah dengar zee avi? sangat bagus bang. patut ada. tapi aku tak tahu ko layan tak lagu-lagu macam tu.

ya ya yuna aku layan jugak. "dan sebenarnya" aku layan ulang-ulang kali. yuna dah ada album ke bang?

Nizam.Ariff said...

Addy,
Apsal tak bagi tau event tu? Kalau tak, aku mungkin jeguk-jenguk... atau mungin event tu untuk org teruna/dara je kot, tu sebab aku tak boleh ada... Yuna dah ada album kut tapi aku tak jumpa pun. Anyway, aku jarang beli cd, aku suka dengar dalam radio je.

tasekM said...

aku dengar radio panas. tapi cuma minat am krew n belah petang jawa rangers.

errr... ko dh tua yek bang...?

:p

ASH said...

Nizam,
ho ho..ko pun dah tuo ek?

anak aku cukup marah pasang sinar FM..lagu zaman bila ni?..
dia kata

ha ha ha..

aku pasang pepagi jer..masa nak pergi sekolah dengar dalam kereta..
dengar salleh yaakub dan kak engku menceceh..
pastu time balik sekolah, dengar si ebi berkicau..

sekali sekala kalau ada lagu Sudir ( pelangi petang, merisik khabar, salam akhir..etc) aku pasang KUAT KUAT!!

rock kapak,rock sakit bontot, rock sakit tengkok ke hapa ke ..gua tarak layan...maap bebbbb
he he he

addyaholix said...

event tu untuk semua bang. untuk yang muda macam aku, jugak untuk warga emas macam ko. kelolaan budak-budak muda yang macam aku untuk semua orang. memang kool gila. tunggu event bulan depan aku bagitahu. kalau aku pergi, dan ko tak datang, memang aku kecik hati bang.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko memang suka yang panas-panas kan?
Weeii.. anak kita dekat sebaya, faham-faham je la yek... hahahaha


Ashley,
Sama la dengan anak aku, boleh dia tak minat lagu 80/90an? Itu takpe lagi, ni bila aku dengar yg rock sikit, mulanya dia bagi ceramah kat aku macam-macam, haih...


Addy,
Ok. Nanti tefon aku...
Kalau aku datang, sinopsis diri kat profile aku tu kena la ubah..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com