Saturday, August 1, 2009

Balada orang yang tersungkur...

.

Dalam suara yang kusam dan serak-serak basah, bebelan menghenti lamunannya. Baju kusam, masam dengan tompok-tompok haram menyelimuti batang nafsu hitam yang terkujur sejak malam semalam. Masih panas muka kusam itu. Hanya muka yang kusam itu masih lagi panas.

Dia mencari warna indah dalam kesuciannya tapi tersentuh cemar dosa dalam keasyikkan itu.

Ini balada seorang yang bermuka kusam dan masih panas dan bergelumang dengan bau haram.

Dia, dan dia itu berdosa, terkunci dalam noda. Orang berdosa. Yang rebah dalam wajah yang suram.


Balada orang berdosa, mencarinya tak perlu singgah mana-mana. Ia hampir. Mampirlah ke sini dan aku tunjukkan siapa dia...


Aku, kamu dan kita semua.... percayalah.







.

9 comments:

kakpah said...

err..err.. aku dah tengok muka aku dalam cermin. Nampak dah garis-garis di wajah tapi... . tak lah kusam.
So, pasti bukan aku...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Nasib baik.. hahaha

xiiinam said...

opocot.....dah jatuh pulak dah...!!!



Bangkit---bangkit...bangkit....
Pergi mandi...
Pakai sabun...
Biar wangi...
Biar seri...



pakai bedak Amami...
Biar wangi...

Insyirah said...

Produk apa ek sesuai dgn wajah yg selalu kusam? Hiksss..

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Bedak Amami ada lagi ke? Tu bukan bedak ketiak ke?
Hahahaha....


Insyirah,
Wajah kamu ayu, tak perlu bedak segala... natural beuty... ewaaahh!




Kepada semua, balada tu tak ada kena mengena dengan kamu semua. Itu balada yang lazim bagi org-org seperti aku.

ashley said...

kusam tu masam ek?
Kusam kusam manis?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku nak cerita, susah.
Senangnya, bangun tidur terus tengok muka kat cermin. Pastikan ada air liur basi sekali, baru dinamakan kusam-kusam kuku... hahaha

tasikmerah said...

errr... la kita tak sembangkan. hmmm...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Belum lagi.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com