Wednesday, August 26, 2009

Bubur pisang bersagooooooooooooooooo.....

.

Petang kali itu, aku bertekad. Aku lupakan ikan keli salai kuah lemak kuning. Aku berkerat rotan dengannya. Walau sekuning mana kuahnya, sama ada ditumis dengan cekur atau tidak, aku tak peduli lagi.

Sekali kalau hatiku kau sengat dengan sondakmu, calar-balarnya tetap membisa sampai ke tulang. Biar pun pahit, aku makan. Selamat tinggal ikan keli salai. Semoga aku bertemu dengan yang lain selepas bulan puasa ini. Dah tentu aku usap dan ramas-ramas dahulu sebelum beli.



Lalu, aku tabur garam kemenyan pada sekeliling gerai ikan keli salai itu. Aku jampi serapah agar terdinding aku dari tertarik lagi kepadanya. Dan aku berikan fokus aku kepada gerai bubur-bubur pula.

Aku belek satu persatu, macam-macam jenis bubur yang telah siap di dalam mangkuk tapaw. Orang kata, berbuka dengan makanan yang lembut-lembut, macam bubur ini, bagus untuk perut. Cepat hadham, kurang boncit.

Aku angkat semangkuk bubur jagung dengan tangan kiri aku, aku angkat semangkuk bubur pisang bercampur sagoo telur katak minyak dengan tangan kanan aku. Beberapa kawan aku yang lalu lalang di bekalang tegur aku. Alang-alang, angkat je dua-dua sekali, kata mereka.

Tak elok terburu nafsu, aku bermonolog. Tuan gerai yang ayu itu tersenyum. Hari ini, aku berbuka dengan bubur pisang bercampur sagoo telur katak minyak. Esok nanti aku berbuka dengan bubur jagung manis pula, aku bermonolog lagi. Tuan gerai yang ayu itu tersenyum lagi.



Waktu berbuka, aku capai sudu plastik yang dibekalkan sekali dengan bubur itu. Aku buka dan aku cedok. Pekat semacam, mungkin sagoo telur katak minyak tu dah serap air bubur itu agaknya. Aku masukkan sesudu ke dalam mulut.... perrgghhhh!!!!!!!!!



Dia punya rasa....... tawar dan masam!
Aku sangka, dia guna pisang nangka, memanglah sedikit masam. Aku tibai sesuap lagi.... perrrghhh!!!!!

Sagoo telur katak minyak tu memang betul-betul telur katak minyak la....
Sagoo tu dah berbau hapak. Patutlah bubur tu pekat semacam!


Dan angan-angan aku untuk gilir berbuka bubur jagung dari gerai si ayu itu hari ini terpaksa aku batalkan.


Kadangkala , don't jugde a cook by its color sahaja kurang lengkap.

Tambahan, don't jugde a cook by the seller's look...







.

24 comments:

ckLah @xiiinam said...

Sagu ke....?
Memang betul-betul telur katak minyak lah tu.....agaknya. Ha..ha...


Pisang tu pun....dari tandan mana sumbernya....kena pastikan! Hiksss!


Balik Teluk Intan....ckLah bekalkan pengat pisang dalam mangkuk tingkat....

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku rasa itu lebihan bubur semalam yang tak laku kut.

Aku syak pun, pisang tu mesti diambil dari tandan yang terlarang, jenis cilok tak pandang tuan, jenis kukil sesikat tanpa tebang pokok pisang... sape le tu agaknya?? HAHAHAHA

DaliaLiyana said...

esok mama dalia nak buat sagu mata katak tu...mst sedapppp...
kalau beli kdg2 tak manis...kdg2 keras yg buleh wat lempar anjing...kdg2 lembik cam kuih ape ntah...
nak ke?? meh dalia post...:)

Nizam.Ariff said...

DaliaLiyana,
Sagu mata katak atau sagu telur katak?... hahaha

Kuih sagu merah tu amat nostalgik buat aku, sebab antara hari-hari terakhir arwah ayah di hospital, dia pesan suruh belikan sagu merah tu untuk sarapannya, sayang, aku tak jumpa...

Anonymous said...

... hahaha... brader, wa mintak tlg dr luh > tolong jgn tabur-garam-kemenyan-kan gerai si ayu tuh... hahaha...

ASH said...

Nizam,
nasiblah nizamm oooii..
So far aku tak menapak ke mana mana gerai Ramadhan lagi..
Kalau aku tak kenal bebenor orang tu, memang malas aku nak beli...
.
.
.
aku lebih rela masak sendiri sebab nak kejor juga pahala menjamu orang yang berpuasa ni..

RUGI beli luar!!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Tadi aku jeling je dia punya BARANG (jualan). Aku tengok masih ada lagi bubur dalam plastik tapaw... lain kali jangan beli barang yang dah dalam mangkuk plastic. Dah sah barang semalam sebab mudah simpan dalam freezer


Ashley,
Tu la. Aku ni jenis tak serik-serik lagi kut...
Tapi tadi aku beli rendang kerang dan paceri nanas kat gerai lain. Ok gak rasanya... harga pun patut-patut. Rendang kerang RM2 tapi cukup untuk lauk kami bertiga...

Cikgooden said...

sian ko nizam....

Insyirah said...

Lepas ni berhenti jelah misi membeli belah di bazar Ramadhan. Buat rugi duit saja.

ibundo said...

KAH..KAH..KAH...
(itu je aku nak komen)

kucingorengemok said...

sagu-santan kita beli semalam sedap! (ayat riak) hihi

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Itu semua dugaan bulan puasa... aku perlu tabah menghadapinya...

Insyirah,
Tapi.... NAMPAK juadah tu sedap-sedap, BAU dia pun mengancam...

Kakpah,
Takpe, aku akan cuba lagi.. tempat lain pulak... hahaha

KOG,
Apsal kamu tak kena macam aku? Aku rasa penjual tu dah biasa berjual di gerai, jadi dia tau selok-belok memasak kut...

hairul392 said...

Bubur pisang nampak
macm sedap jer.. ramai orang kata, pasar ramadan ni peniaga yang baru nak meniaga. baru nak try and error. lepas tu tgu tahun depan pulak.. nasib....

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Dah nasibbb... nak buat camne... perut kosong kena diisi gak..

tasekM said...

ah. dasar org lelaki. asal lawa sikit tergoda. asal lawa sikit je tergoda. hehehehe...

:p

ko patut cari gerai makcik2 la... diorg dh banyak tahun memasak. campak2 pun sedap. he he.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Gerai makcik-makcik juadahnya nampak kusam dan tak MENYELERAKAN...
Banyak terlebih masak, sayur pun dan lembik-lembik je.. hahaha

addyaholix said...

telur katak minyak?
banyak benda yang aku tak tahu ni bang. maklumlah beza umur kita sangat berbeza. kita tak mulakan hidup pada zaman yang sama. ya tak? haha!

addyaholix said...

yang ni takde kena-mengena, tiba-tiba aku teringin makan ikan keli masak merah. dapat yang goreng pon dah ok sangat dah.

addyaholix said...

aku rindu sambal tempoyak pucuk paku wan. erm....

kucingorengemok said...

kita org beli kat restoren yg dah biasa pegi (walaupun sblm ni tak pernah rasa sagu-santan dia)... tak pernah lagi gi pasar buka, sbb komen rata² tak memberangsangkan

Nizam.Ariff said...

Addy,
Kita sezaman la... kamu minat wings dan search kan? Kalau minat, kita masih sezaman... hahaha

Addy,
Err.. ada org kata, ikan keli komersial diberikan makanan komersial juga... lemak+perut khinzir, betul ke? Betul ke ko nak makan...?

Addy,
Pucuk paku wan??? Tak pernah dengar pun. Tempoyak pernah le dengar... Pucuk paku wan tu yang jenis daunnya warna merah kan?


KOG,
Aku dah agak, mesti ko pergi ke gerai yang dah biasa pegi, tu sebab ok.

Tapi, aku tak puas hati, apsal dia org yg peniaga bulan puasa ni masak tak betul-betul? Ntah-Ntah, laki dia org tu makan kat luar je...

secangkir madu merah said...

kesian betullah Nizam...
kau ni mudah jatuh hati..
tengok jer dah suka..
belek dan kaji dulu, rupa dan warna
kau kena bergurulah dik...

addyaholix said...

bang nizam,
kalau kata minat, maknanya kita sezaman. jadi aku jawab tak minat sebab nak bagi ko nampak sikit tua bang. haha!

bang nizam,
yang komersial macam tu ke bang? hish ko jangan bang. keli dah la feveret aku bang. naya la macam ni =(

bang nizam,
sambal tempoyak letak sekali pucuk paku yang wan aku masak la bang. adeh laaa. haha!

Nizam.Ariff said...

SMM,
Melayu Mudah Lupa,
Lelaki mudah jatuh cinta... hahaha
Kena cari tok guru cinta la kak..


Addy,
Hahahaa... adeh la...
aku ingat jenis pucuk paku tu paku-palis Wan ke, rupanya bukan...!!!
Ko memang! Lain kali tulis bior terang-terang... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com