Monday, August 3, 2009

Ditiupkan angin sejuk dari celah ketiak-ketiak mereka...

.


Dua pemuda tergopoh-gopoh memanjat gunung berbatu, dalam gerimis hujan yang belum henti-henti sejak kelmarin, dalam redup matahari dek asap dan kabut, dalam hutan tebal khatulistiwa yang tinggal sejemput janggut kambing itu.

Kedua-duanya terhenti pada satu bonggol batu yang agak besar, di tebing suram gaung dalam, di tubir belebas yang rencam dan tajam, di pinggir kota akropolis, kota yang melonjak dua batang menara kesesatan berbalam-balam.

' I feel cold, bro...'
'Hang on, bro. Are you cold of cold or cold of selsema?'

'Entah lah, bro. Sejuk pun cold, selsema pun cold'
'Mana satu ni bro?'

'Sejuk dan selsema kut'
'Jangan bro, kita ke sini pun sebab nak lari dari selsema H1N1 tu'

'Ramai yang mati, bro. Selsema... merebak dari angin'
'Yeah, cold tu sejuk, cold tu selsema...'



Jauh dalam gunung itu, seorang lelaki sedang menimang tasbih kayu, di dalam gua batu, di dalam sendu uzlah, di dalam sayu melihat dunia kini berubah.

Dicapainya satu kitab hadis akhir zaman, di bacanya. Gemersik alunan suaranya menampar-nampar gegendang telinga dua pemuda itu, begini:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya";-( Riwayat Muslim)



'Bro, ada angin sejuk bro. Nafas aku hilang bro...'
'Ah, angin sejuk, cold, selsema, sejuk dan cold... dan selsema...'



Dari segenap kota itu, bertiup angin sakral. Juga pada kedua-duanya. Tubuh mereka hanyut dibawa sejuk angin dan jatuh...

Jauh dalam gunung itu, di dalam gua batu, pemuda yang sedang bertasbih itu turut tersenyum seketika sebelum dia turut rebah, syukur mendapat nikmat angin sejuk dan nyaman itu... pemberian dari Tuhan yang Esa.






.

8 comments:

kakpah said...

semalam ustaz yang bagi ceramah tu cakap, kita sekarang ni semua takut H1N1..
Tapi ada juga orang lelaki ni yang takut B1N1 hehe....

DaliaLiyana said...

tq atas ingatan dan entry ni..kdg2 manusia ni sentiasa perlu mandapat makanan rohani...

tasikmerah said...

aku dh 2 hari ada rasa2 mcm nk demam. haih....


.

Insyirah said...

Hari ni dah start batuk-batuk. Jangan selsema plak nanti. Na'uzubillah.

ashley said...

Sayuuuu rasa hati..

hmmmmm..

it doesn't matter.
cancer ke
jantung ke
diabetes ke
athma attack ke
hypertension ke
accident ke
kuku dan mulut ke
tsunami ke
H1N1 ke

...semua itu sebab musabab jer..

sampai detik dan ketika, bila mana dah tiba masa...there is no excuse but you/me will be called back!

wal tammat.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kita kena hormat kat B1N1... sebab dia pun manusia gak. lagi pun, doa orang pompuan ni mustajab sebab kasih-sayangnya lebih sikit... karang dia doa yang bukan-bukan pulak, teruk jadinya ...hehehe.

DaliaLiyana,
Sama-sama le kita ingat mengingati...

TM,
Ko nak demam, memang le demam tu datang. Cakap le tak nak demam...

Insyirah,
kena pakai topeng tu...

Ashley,
Sebenarnya, entry ni aku tulis sebab nak cuba satu teori tentang akhir zaman... tentang bencana akhir zaman yang membunuh semua mukmin/mukminat..

So, apa pandangan semua?

Soalan kefahaman:
1. Kenapakah penulis mengaitkan selsema dan angin sejuk?

2. Kenapa pemuda itu lari ke gunung, bukan ke laut?

3. Siapakah pemuda bertasbih itu?

4. Gunakan imaginasi anda, ceritakan keadaan kota akropolis ketika itu.

Sila jawab...

ashley said...

Waktu aku terdengar berita kematian H1N1 dalam perjalanan balik ke sekolah..terlintas juga fikiran aku mengenai petanda petanda hari Kiamat!
WABAK is one of them..

.............maka aku buat konklusi sendiri.....

Dunia semakin TUA.
Kita sedang meniti di atas Hari hari terakhir Satu ALAM!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dah bersediakah kita menghadapinya?

Isk..isk.. nak hidup jadi kaya pun susah, nak mati pun susah hati juga...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com