Saturday, August 22, 2009

Hari pertama lagi aku dah tewas...

.


Mama dah pesan awal-awal bulan yang sudah lagi, jangan terpengaruh dengan pujuk rayu mereka. Tapi, hari pertama aku dah gagal!

Kalau tak mata, haruman manisnya pulak yang menusuk-nusuk lubang hidung aku. Kalau tutup hidung, macam mana aku nak bernafas?


Sebenarnya, aku tak perlu berada di situ. Malah, 10km dari itu lagi fikiran aku dah mula pilih-pilih. Semasa dalam kelas petang tadi lagi, seorang awek yang duduk di belakang aku dah cucuk-cucuk bahu aku dengan pennya.

'Petang ni berbuka dengan menu apa? Mama masak apa?'


Alamak! Maka fikiran aku mula menjalar merata-rata. Setiap helaian nota yang aku selak seperti menyelak helaian menu yang, masyaAllah, senarai menu itu tak habis-habis. Panjang berjela.

'Aku rasa, petang ni aku nak cari murtabak la...' sambung awek tu.


Alahai... aku belum sempat jawab lagi. Tengah pilih apa yang nak beli dulu. Al maklum lah, perut aku ada satu. Mana nak telan kurma, mana nak cendulnya, mana nak sirap bandungnya, mana kuihnya, mana nasinya... susah nak pilih. Macam nak pilih awek mana satu aku nak kahwini masa dulu-dulu... hahaha


Mama dah pesan, jangan beli yang bukan-bukan. Beli sikit untuk berbuka sahaja, yang lainnya Mama akan masak. Aku ingat pesan Mama tu.


Lalu, aku singgah di Bazaar Ramadhan berhampiran dalam perjalanan pulang dari berguru. Aku cuma beli: 1 keping murtabak ayam, tapi daging pun mungkin sedap, jadi aku beli 1 murtabak daging. Aku jalan ke depan sikit, ada rojak passembor. Mungkin Paku Payung suka yang itu, jadi aku beli satu bungkus. Tapi, kami bertiga, jadi aku beli satu bungkusan besar.

Mencekik darah betul lah... dia orang ni berniaga sebulan tapi macam nak untung setahun!


Sampai di rumah, Mama dah siap masak 2 jenis lauk dan 2 jenis sayur.



Perut aku ada satu je. Bila habis air sirap bandung satu jag, makanan lain jadi hiasan... macam biasa... macam tahun-tahun yang lepas juga... sama je... tak pernah berubah!



Esok ada kelas lagi. Janganlah awek tu tanya lagi, petang esok nak berbuka dengan apa...








.

21 comments:

addyaholix said...

aku berbuka cuma berteman nasi bungkus dan air kelapa. sorang-sorang. sedih bang. aku mula rindu mak ayah.

SHIMI said...

salam bro.
Untung masih boleh beli macam2. Gua kat sini masak sendiri je.

xiiinam said...

kami sekeluarga sedang berkempen....

'no bazaar Ramadhan ini tahun'

kucingorengemok said...

dok jauh skit dari awek tu... atau sblm dia cocok awak, awak tonjol2 bahu dia dulu ngan ruler panjang (pasal dah duduk jauh) kasi tangan dia lenguh sampai takleh cocok bahu awak, kih kih, tah apa punya nasihat

kakpah said...

kesian aku si shimi dengan addy tu. Kau makan je la apa yang ada dik oi..

nizam, aku nasihat ko takyah gi pasar ramadhan tu. Yang mama buat tu pun dah cukup. Lagi ko pegi lagi mata ko rambang. lagi ramai orang lagi pahala pose ko kurang.
Lagipun, elakkan tempat orang ramai ni..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku tumpang kesian kat kamu. Tapi, masa aku bujang pun dulu macam kamu jugak. So, it's just life... life must go on...


Shimi,
Masak sendiri laaagi bagus... tapi kalau ada masa la...
Kat sana tak ada morey ke?

Cklah,
Kami pun dah buat kempen macam tu, tapi nafsu masih menjalar...


Kucingorengemuk,
Mana best duduk jauh-jauh, sejuk la.. aircond dalam kelas ni kuat. Hahahaa...


Kakpah,
Aku nak guna mental model la, sebelum pegi, aku dah set apa aku nak cari. dan bila aku pergi, aku terus beli yang tu je...

AZANI said...

hah, buka pertama,ada murtabak, kuih ketayap, rojak asma,mee goremg, sirap bandung special,ayam percik, apam,nasi putih

addyaholix said...

ceh!
aku ingat kot la nak pelawa ajak berbuka kat rumah. ko memang seorang yang tak memahami la bang. haha!

petang ni aku nak cari kuih tepung pelita. rindu gila nak makan. teringat tepung pelita yang arwah tok buat dulu. sedap gila!

Hasri bin Hasfa said...

Hah ha ha... 'tHe rules of buy' applies... caya lah beb...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tak payah pening2..

bukak posa..makan nasik macam makan malam ja..kenapa susah2 pening nak makan kuih..murtabak la...cendul la..

betoi dak?...

dan dikesempatan ini aku nak ucapkan kan selamat berposa la..dan selamatkan posa hang ..nizam..

secangkir madu merah said...

hari pertama berbuka aku pun makan mertabak, wlau pun tengah sebuk kononnya nak boikot pasar ramadan tapi 1st day kat pasar ramadan kat KJ ni orang masyaAllah ramai giler sampai tak nampak gerai jualan..

apakata hari ni sebelum awek tu tanya, ko tanya dia dulu.. hari ni berbuka masak apa?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tu berbuka puasa atau mentekedarah tu? ahahaha... aku pun mungkin sama je kut.


Addy,
Aku percaya kamu akan beli tepung pelita petang ni. Tapi aku KURANG PERCAYA kamu HANYA akan beli tepung pelita... hahaha

Nafsu beb, nafsu...


Sepa,
Rules of selling - using@manipulating all sensors, awakening of influencers...

Nak lawan, tutup semua deria, focus kepada apa yang nak dibeli... MAN ABOLEH FOCUS punye... dah lapar hahahaha...

Org tua-tua pesan, sebelum keluar rumah, makan dulu. Bila perut kenyang, kurang nafsu nak beli itu ini...


Cikgooden,
Aku dah cuba, gagal...

Nizam.Ariff said...

Secangkir madu merah,
Dah....
Aku tanya dia, dia suka tak gulai lemak ikan keli yang ada cekur... hahaha

Insyirah said...

Kalau saya pergi bazar Ramadhan, saya fokus apa yg saya nak beli aje. Gerai-gerai lain, setakat tengok dari jauh. Alhamdulilah. Disebabkan skrg ni dalam misi diet juga, so nafsu nak beli macam-macam tu tak ada.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Kadang-kadang org terpengaruh dengan warna makanan, kadang-kadang bau makanan...

Ada mamat tu sengaja kipaskan asap ayam percik nya ke orang lalu lalang, supaya tercium bau ayam bakar dia... nasib baik tercium asap belum sampai kategori terbatal puasa, kalau tak siap mamat tu.

addyaholix said...

aku tak jadi beli tepung pelita rasanya. sebab hari ni ada yang ajak berbuka. dan belanja. aku nak pilih tempat eksklusif. haha!

notaAddy : rasanya tadi masa nak ke jusco setiawangsa, nampak sebuah kenderaan dengan no plat X111 NAM. siapakah dia?

Nizam.Ariff said...

Addy,
1. Aku baca kat Utusan, 1.4% je restoran kat hotel yang ada sijil halal.

2. Itu mungkin Cklah, tapi setahu aku Cklah tengah berehat sekarang ni. Takkan dia dah boleh shoping-shoping lak...

3. Beli la tepung pelita tu... ia juadah yang sedap... hahaha

ashley said...

addy,
aku teringin gak nak ajak kamu datang buka puasa..tapi kamu kena berkenalan dengan bapak bebudak ni dulu..smile.

Nizam,
kamu kan dah pakai baju besi, berpedang segala?
tewas jugak?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Baju besi untuk badan luaran. Hati masih terdedah dengan ancaman nafsu... setakat ni, masih kalah lagi...

addyaholix said...

kak ashley,
alahai so sweet. kenal dengan bapak bebudak tu? anytime la kak. sure masuk kepala. tapi jangan sembang bab politik lah. yang ngarut tu saya boleh la nak masuk kalau sembang =) saya tunggu bang nizam ajak tapi alamat sampai tua lah. takut sangat saya kenal dengan mama kot...
aku masih waras bang. aku tak kacau hak orang. tapi aku suka budak. aku percaya paku payung pon mesti suka aku nanti. haha!

bang nizam,
aku tak jadi beli tepung pelita. aku berbuka makan sushi hari ni. feel macam puasa kat tokyo la pulak. ceh!

Nizam.Ariff said...

Addy!!!!
Apahal berbuka pose dengan Shushi!!?
Abih tak de feel langsung... HAHAAHAA

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com