Wednesday, August 26, 2009

Ikan Keli salai... pergghhh! Menggigil gua...

.


Dengan perut kosong (aku tak kata lapar) dan mata yang keluyuran, menyusun tapak di aspal panas bazaar Ramadhan, sambil sebelah tangan menyeluk kocek seluar dan sebelah lagi memegang kunci, asap-asap mengabui pandangan mata. Sesak nafas dengan aroma ikan dan ayam bakar.

Tetiba saja semua orang boleh jadi chef dalam bulan ini. Macam-macam resepi keluar. Sedap atau tak, belakang kira sebab bukan boleh cuba-rasa pun...


Salah satu caranya, pelbagaikan warna pada makanan - guna color enhancer, sama ada semulajadi (kunyit, pandan, cili) atau tiruan. Kalau boleh, sekilas pandang, boleh kecur air liur...





Kelmarin, aku menjadi mangsa lagi (terus-terusan menjadi mangsa). Aku nak beli ikan keli salai berkuah lemak kuning. Aku pilih ikan yang terendam dalam kuah. Penjual tu tanya, kenapa pilih yang terendam? Aku cakap, sebab ikan hidup dalam air. Ikan jadi bangkai kalau di darat!

Yang sebenarnya, aku nak kuah tu meresap kaw-kaw punya. Aku pilih ikan keli yang gelap-gelap dan besar. Kalau ikan keli pucat semacam je, ikan tu dah mampos lama. Jadi, aku tunjuk ikan yang besar dan gelap.


Bila waktu berbuka puasa, aku terus capai ikan keli salai tu. Perghhh.....!!! Menggigil kepala aku dibuatnya.

Dia punya pahit! Tak tau nak kata. Itu bukan keli salai, itu ikan keli dah jadi arang.




Aku cerita kepada seorang teman, dia pesan: don't judge the book by its cover.

Ya, betul. Tapi aku ubah kepada: don't jugde a cook by its color!






.

18 comments:

hairul392 said...

wah ikan keli gelap pulak... sejak dua menjak ni cerita pasal makan jer tak boleh tahan ni... perut tengah kosong ni.. he he..

ibundo said...

hehe.. kan aku dah cakap. tak yah beli kat pasar ramadan tu. Kau akan terasa tertipu dan tertipu... hehe. Baik ko buat sendiri. Goreng telur pun kalau kena caranya sodapppp..

Insyirah said...

Dah terlebih salai. Hehehe.

ckLah @xiiinam said...

...selamat meneruskan perjuangan....

kucingorengemok said...

kesian... kecewa di bulan puasa berlipat kali ganda (eh, tu pahala kot, heheh)

ASH said...

Menggigil tu sebab sedap ke atau menahan marah?

bawak bawak bersabor je ler..dik ooi!!

tasekM said...

aku syak teori ko tu yg tak betul. hehehehe....




.

secangkir madu merah said...

ikan keli salai masak lemak tu memang peberet ku..
kesian sampai menggigil2..hehehe..

memang bulan puasa ni para peniaga macam cendawan tumbuh selepas hujan, sedap tak sedap belakang kira asal masyuk...

aza ni said...

mata di kaburi pandangan ikan montok, ayam nampak sedap,bila rasa,puh, diluar tabii.bagaimana kita nak nilai kesedapan hanya melalui pandangan?

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Sebab buat entry waktu siang, tengah posa, tu yang cerita pasal makan je...


Kakpah,
Ok la. Petang ni nak buat telur goreng berempah je la...


Insyirah,
Aku syak itu bukan salai, itu putung kayu api yang buat salai tu... Mana resepi sup teratai?

Cklah,
Aku akan beli kuih je la...

KOG,
Aku suka keli salai tu... feveret aku tu, lebih-lebih lagu kalau kuah tu ada cekur... peghhh!

Ashley,
Gigil tu sebab dua-dua kak, sebab pahit dan sebab nafsu tak terlunas... nyesal beli sekor RM3 hengget!

TM,
Teori tu betul. Tapi aku yang degil... haih!

SMM,
Aku pun suka keli salai tu... kalau kuahnya campur cekur.. akak tau tak cekur tu mende? hahaha

Azani,
Sungguh tinggi falsafah tu!
Rasa yang diluar tabi'i memang tak boleh dijangka dgbn pandangan. Tapi, bulan posa, kita hanya boleh pandang dan pegang je la...

ckLah @xiiinam said...

Apa juadah iftar hari ni?






Air nanas dari syurga itukah?



Ha..ha...ha...nakalnya!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Shhh... dia orang tak tau lagi... HAHAHHAHAHA

Alah, bebudak lagi...

Anonymous said...

perh... pahit-melakat... wa tumpang simpati beb.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Sana ada ikan keli salai tak?

Anonymous said...

brader, sini ikan keli tak glamer... jadi, tak le tempting... ikan keli goreng kering kat SS15 best wo... yg plg best 'pecal lele' kat Pontianak... ('lele' tuh ikan keli bahasa diaorg...)...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Pecal Lele???
Setahu aku pecal tu untuk sayur-sayuran je... kuah kacang jugak ke? Pelik ni. Yang SS15 tu Subang Jaya yang tempat lepak dulu tu ke?

Anonymous said...

1) pecal lele... aku pekena kat pontianak, en-route dari kuching ke marau (luh gugel le marau kat mana...)... bos aku ajak bersama ngan dak indon... kedai tuh hidang ikan keli bersama sambal... ala2 masakan Padang... sedap beb... n hanya tuh jeh menu kedai tuh... ada la jugak nasi n minuman...
2) SS15... yep tmpt kita lepak dulu... ngeteh...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ooo... sambal ikan keli le tu.. lebih kurang.

Bila nak ngeteh lagi ni? Pekena nasi goreng kicap sotong yang tak ada dalam menu tapi dia org buatkan jugak tu... hahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com