Monday, August 17, 2009

Lagi dan lagi dan lagi....

.

Buat sekian lama, aku rindui manik-manik sejuk turun dari dada langit.

Hari ini, ketika pulang dari gua batu, selepas seharian berguru dan bersilat kuntau, aku pacu kuda api aku.

Seperti biasa, kuda aku menjerit melalak mendengus marah, garang.

Hari ini, ketika aku pulang itu, aku terasa sejuk menjalar ke tubuh.

Melewati batas-batas baju besi yang aku pakai.

Terasa sejuk manik-manik hujan itu menusuk jauh dalam kalbu.

Syukur!



Buat sekian kalinya, aku merasai sejuk hujan itu dari atas kuda api aku.
Terlalu sejuk, sehingga habis kuyup sepatu aku.


Dan aku yang Sabtu lepas panas membahang, kini pun masih suam-suam kuku, mula bersin lagi... dan lagi..... dan lagi...





.

13 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

demam ka?..pi cek la...

kakpah said...

Jangan memain kalau demam ni. Cepat pegi klinik.

tasikmerah said...

hujan asid tu bang. bahaya.



.

secangkir madu merah said...

ha kenapa tu? nak kena demam lah tu agaknya, baik ko pergi klinik cepat2... semoga cepat sembuh ek..

kucingorengemok said...

haa kan kecik² mak dah kata, jangan main hujan! hehe... take care, zaman tgh tak brp baik ni

Insyirah said...

Jangan tangguh lama-lama. Pergi klinik. Nanti makin melarat plak.

Hasri bin Hasfa said...

brader,... pintal-kan manik2 sejuk tuh buat azimat...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Demam dah lepas. Dah kebah...


Kakpah,
Dah hujan di tengah jalan, tepi jalan pun kuyup jugak kak... hahaha

TM,
Ye ke? Nanti aku boleh tadah buat asid bateri.. hehehe

Secangkir Madu Merah,
Dah pegi dah, tapi tu minggu lepas. Minggu ni rasa semacam balik...

Kucingorengemuk,
Dah lama tak main hujan, best gak. Tapi lepas tu menggigil le malam-malam. Zaman tak pernah menjadi lebih baik sehinggalah 40 tahun terakhir...


Insyirah,
Dah pegi. Bronkitis? Jangkitan saluran pernafasan... kesian tak?


Sepa,
Terfikir juga nak pintal tapi aku tertinggal benangnya. Benang aku tertinggal dalam hati Mama...

ashley said...

Nizam,

Nyanyikan lagu Hujan di bawah..
.
.
.
.
.
"Hujan yang turun bagaikan mutiara..
bersinar, berkelip, bercahaya..
subur menghijau..bumi terbentang..
dan bayu berpuput lembutttttttt..

Demam yang datang bersama hujan turun,
Menggigil aku keseorangan..
Kujur tubuhku rasa kepanasan..
dan PANADOOOOLL Aku TELAAAANNNNNkannnn!!!"

he he he..

semoga sihat dan ceria..InsyaAllah.

addyaholix said...

kau demam bang? bawak-bawak la pegi klinik. bab demam kau jangan main-main. adik aku yang kat uitm tu dah kena kuarantin dah.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Setakat panadol tak jalan kak... antibiotik pun doktor kasi. Tekak dah nak hancur, katanya... vaksin flu pun aku dah tempah dekat seminggu dah tapi tak dapat-dapat lagi ni.. dah payuah macam nak beli topeng muka pulak..

Addy,
Ooo.. ada adik kat UiTM!!!!!
Err.. abang Addy dah makan malam? Nak Pizza tak?

addyaholix said...

pizza abang tak berapa nak layan sangat dik ooi. kalau abang nak pekena nasik paela (aku yakin speeling salah) kat la bodega agak-agak buleh ke?

Nizam.Ariff said...

Addy,
Nasik mende tu?
Macm Mexican je...
Err... aku masakkan je la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com