Friday, August 7, 2009

Mampukah aku?

.


Begitu kerdil aku
Alam ke tiga memadai ceritakan segala
Maaf Tuhan
Tak tertuai aku tak mampu
Satu tak cukup seratus
Masih satu pun belum terganjak
Maaf Tuhan
Tak tertafsir aku tak mampu


Meniti hari demi hari
Mengukir senyum tawa tanpa isi
Jiwa menguntum nurani mekar
Tanpa mu Tuhan
Mampukah aku?


Dalam serak nafas
tersekat-sekat seolah-olah
Masa mengelus hampir kepadaku
terlihat kelibat seolah-olah
penghancur cita-cita segala
Mampukah aku diamkan
getaran dalam jiwa aku
wahai Tuhan?

Kebimbangan
Ketakutan
Kekalutan
Kesakitan
Mampukah aku tanggung
wahai Tuhan?

Tanpa Mu?







.

13 comments:

ckLah @xiiinam said...

Dalam kalah
Dalam lelah
Dalam susah
Dalam kesah

Kita pasrah

Dia
Maha mendengar

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Isk...isk..isk...
Insaf nih...insaf nih..
Kalau Mama offer kawen lain pun tak nak nih.... hahaha

ibundo said...

Kepada siapa lagi nak mengadu kalau tidak padaNya kerana DIA yang maha mengetahui

Nizam.Ariff said...

KakPah,
Kita mengadu tapi camne nak pasti aduan kita DAH diterima atau tak? Ada tanda-tanda spesifik? Akhirnya, kita hanya boleh memohon dan memohon dan pasrah agar segala-galanya direstui. Kalau berjaya, syukurlah. Kalau tak, kita anggap itu semua adalah dugaan... dan kita perlu tetap bersyukur... sekurang-kurangnya kita masih punyai Dia dalam hati kita.

secangkir madu merah said...

Nizam, ko sehat ke? lain macam jer bunyik tu...
-
-
jom singgah ke blog ku
ada award dan kena tag
jawab eh..sportinglah...

ASH said...

Bersangka baik dengan Allah..nescaya kita akan dapat melihat Anugerahnya.

Aduan telah diterima ke belum?
Yakini sifat sifat Allah yang Maha mendengar dan Maha melihat..
Mendengar bisikan hati, mendengar luahan rasa, mendengar rayuan jiwa..
Melihat sehingga ke halus halus liang..

InsyaAllah anda MAMPU!!

ya..mampu apa?
apa apa yang kamu harapkan itu..
akan dimakbulkan.

sekian

tasekM said...

kita usaha sajalah bang. selebihnya kita berserah. aku tau. tugasan kita sama. he he.


.

Nizam.Ariff said...

SML,
Malam tadi ambik gas. Lega sikit dada ni.
Hmm... nampaknya luahan rasa dalam entry ini di dijawab oleh Tuhan, menyebabkan aku terlintas untuk pergi ke klinik. Terima kasih Tuhan.

Untuk Tag tu, aku dah jenguk tapi minta kasi masa, nak pulun exam jap.


Ashley,
Ya, Dia Maha Mendengar. Dan aku rasa rintihan aku dah berjawab. Keresahan aku dah berjawab.
Malam tadi, aku ke klinik. Hilang resah aku. Dan kebetulan pula, doktor bercerita tentang vaksin flu yang berderet org pesan. Aku pun turut pesan untuk kami bertiga ni.

Lihatlah, Tuhan mendengar rintihan aku dan selang 3 jam dari rintihan itu aku mendapat 2 jawapan dariNya:
1. Pergi mengambil nab yang kali terakhir aku ambil semasa jerebu teruk 4 tahun lepas (aku ingat sesak nafas tu ada kena mengena dgn H1N1, rupanya tak)
2. Pesan vaksin untuk flu. Walau pun bukan antiviral untuk H1N1, ianya adalah untuk common flu yang kini meningkat akibat peralihan musim.

TERIMA KASIH, TUHAN. KAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI!

Nizam.Ariff said...

TM,
Kita sama-sama insaf, ok...
Kadang-kadang atas keceluparan aku ni, aku tersakitkan hati kamu yang suci itu, maafkan daku sayang...

Lain masa, gaduh tetap gaduh! Hahaha

ASH said...

TM and Nizam,
hangpa gaduh ka?
meh aku sekeh sorang seketui!!

kenapa tak ajak aku sekali??
suka gaduh gaduh niiihhh

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kita org dari mula kenal dah kempen nak gaduh.

Tapi Tasek yang mulakan dulu, bukan aku...betul...(aku buat muka inesen Garfield).

Insyirah said...

Kalau kita mengadu, kita memohon dan kita merintih pada-Nya...lepas tu tak juga-juga dapat petunjuk atau jalan penyelesaian dari-Nya, tidak bermakna aduan kita tidak diterima-Nya. Yang pasti, DIA lebih Mengetahui apa yang terbaik utk hamba-Nya. Perjalanan kita kan sudah diatur oleh DIA. Kita pula kena redha dan pasrah dengan apa yang DIA telah aturkan utk kita. Sentiasa bersyukur pada-Nya tidak kira waktu susah atau senang. Sesungguhnya kita ni hanyalah hamba ALLAH yg hina dan kerdil.

Wallahua'lam.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Aku setuju sangat tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com