Tuesday, August 11, 2009

Manusia akhir zaman

.


Opps!

Sebenarnya, buku tulisan Muhammad Alexander @ Wisno Sasongko bertajuk Yakjuj & Makjuj - Bencana Di sebalik Gunung setebal 550 mukasurat (548 sebenarnya kerana helaian terakhir tersilap cetak). Berbaloi memilikinya dgn hargaRM31.50, macam beli The Star!



Ringkasan(fokus kepada Yakjuj & Makjuj):

1. Seperti dalam kitab-kitab Yahudi dan Kristian yang asal, kisah-kisah Yakjuj dan Makjuj ("YM") ini ada diceritakan, sama ada secara terangan atau secara sifat sahaja.

2. Nabi-nabi kaum Israel dulu telah membuat ramalan dan peringatan tentang YM ini. Herodotus juga ada cerita. YM ini terkenal dengan kepandaiannya menjinakkan kuda dan biasa dengan kehidupan nomad yang sukar.

3. YM ini disepakati oleh ilmuan dari pelbagai latarbelakang agama, adalah anak kepada Yafit bin Nuh. Keturunan ini berkembang biak menjadi puak-puak digelar Scythia / Sacae yang berkembang di Asia Tengah. Dikatakan jua Anglo Saxon, Aryan dan beberapa puak di Steppes (padang rumput di bawah Rusia) termasuk Tartar dan Mongol adalah keturunan YM ini.

4. YM telah menyerang peradaban dunia berkali-kali sebelum ini, sejarah mencatatkan seawal 1868 SM yakni sezaman dengan Nabi Yusuf (hal.223) , seterusnya pada 890 SM, 873 SM, 793 ~ 750 SM .... sehinggalah kurun- 13 M di Baghdad. Semuanya telah diberikan peringatan oleh Tuhan melalui ramalan nabi-nabi terdahulu.

5. Cerita (ramalan akhir zaman) selanjutnya oleh penulis adalah sama seperti hadis-hadis Nabi dan beberapa surah dalam Al-Quran yang kita semua boleh cari atau google.



Apa yang aku dapat simpulkan:

1. YM ni dah berkali-kali membuat kerosakkan rupa-rupanya, itu sebab dalam Surah Kahfi diceritakan tentang ZulQarnain (Pemilik Dua Tanduk) yang diminta untuk menyelesaikan masalah penduduk yang sering diganggu oleh YM. Cuma, seperti janji Tuhan melalui hadis-hadis Nabi, di akhir zaman nanti akan ' keluar YM ini dari tempat-tempat yang tinggi' berduyun-duyun dan tak ada sesiapa pun yang berjaya menghalangnya, kecuali doa Nabi Isa.

2. Persoalan siapakah YM akhir zaman masih belum terjawab, sebenarnya. Penulis mungkin mengambil sikap berhati-hati daripada menuduh itu dan ini. Penulis lebih selesa dengan perkara yang sejarah / telah berlaku (tak sampai 20 ms daripada 548 ms menceritakan tentang YM akhir zaman)

3. Keluarnya YM di akhir zaman nanti selepas Dajjal dibunuh. Aku terfikir, kenapa YM ini hanya keluar selepas Dajjal terbunuh? Apa yang Dajjal dah buat kepada YM ini yang menyebabkan mereka semua keluar berduyun-duyun?

4. Di akhir-akhir bab, penulis ada menceritakan beberapa teori tentang YM akhir zaman. Mengikut orang Islam, YM adalah orang kafir yang tak beriman dan kita fahamlah siapa kafir itu. Bagi orang Yahudi dan Kristian, mereka pun mempunyai fikiran yang sama, yakni YM adalah sekelompok manusia yang tak beriman dalam agama mereka a.k.a YM adalah orang Islam! Yang itu tuduh yang ini, yang ini tuduh yang itu... hahaha.

5. Itu sebab, orang barat beria-ia menghancurkan Timur Tengah kerana mereka sepakat mengatakan orang-orang di Timur Tengah adalah keturunan YM! Paksi Kejahatan, seperti kata Bush. Dan kempen mereka bermula dari Pakistan, Afganistan sehinggalah ke Turki!

6. Penulis dan beberapa rujukannya berpendapat, keturunan YM ini turut berkembang di Eropah, termasuk Anglo-Saxon, termasuk British. Oleh kerana U.S.A berasal dari pilgrim British, U.S.A juga adalah YM. Penulis juga berpendapat, YM inilah yang telah sekali lagi menjarah hingga ke Timur dalam bentuk penjajahan dan kolonisasi abad 16 ~ 19 M, termasuklah Melaka dan Asia Tenggara.

7. Orang Barat pula kata, orang Jawa (JAVA) di Indonesia, selain dari Timur Tengah adalah YM akhir zaman! Ini kerana JAVAN adalah sepupu Magog/Makjuj iaitu salah seorang anak Yafit bin Nuh juga. Jadi, mereka meramalkan penduduk Islam Indonesia yang akan menjadi YM dan melakukan kerosakan, memusnahkan peradaban. Kan aku dah kata, yang sana tuduh sini, yang sini tuduh sana.

8. Tapi penulis berhujah mengatakan itu semua pembohongan orientalis Barat dan Evengelis sebab JAVAN itu adalah kaum Yunani purba.

9. Kesimpulannya, tiada jawapan pasti siapakah Yakjuj Makjuj akhir zaman. Aku kena cari lagi nampaknya ni... sebelum aku keluar teori aku sendiri.



Psst: Aku jumpa satu benda.

Dikatakan pada kurun ke 13, orang barbar Mongolia pernah sampai ke semenanjung Malaysia dan ingin menyerang Sumatera dan Jawa, nasib baik China memberi bantuan dengan menghantar 2 gerombolan perajurit perangnya (waktu itu perdagangan China - Jawa telah wujud).

Maknanya, YM versi Mongol ini telah melalui Thailand dan Kedah. Dengan kata lain. mereka dah langgar kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Kedah Tua.

Aku berpendapat, Hikayat Merung Mahawangsa mungkin berkisar juga tentang ini. Terutamanya watak Garuda yang menghancurkan 'orang sekampung'. Apakah Garuda / Geroda itu? Kalau setakat burung, buat apa dia nak pecahkan rumah orang dan bakar rumah orang. Aku syak ini tentu kerja Yakjuj Makjuj juga kerana kebetulan kisah Merung Mahawangsa dan Kerajaan Kedah Tua dikatakan wujud sekitar 1100 M ~ 1300M.






.

13 comments:

kucingorengemok said...

YM juga yahu messenger - punca orang semua leka tak buat kerja, mengumpat, bla bla...

tasikmerah said...

kucing, yahu mesengger tu tempat carik jodoh juga. ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

Kucingorengemuk,
YM pun mungkin dakyah Yakjuj Makjuj...

TM,
Ko jumpa laki ko mesti kat dalam YM gak ni... ye ke?

Insyirah said...

Korang ni nak citer pasal Yakjuj Makjuj atau Yahoo Messenger? Baru nak menghayati rumusan, korang dah melencong tempat lain.. :p

ashley said...

KOG,
orang ngumpat ngan guna YM ke sekang ni..tak tahu lak aku..
he he he..

TM..HAH!!!...sesajerrr..

Yahoo messenger hanya digunakan untuk mencari REZEKI..contohnya nak dapatkan TEMPOYAK!!
ha ha ha

Insyirah,
Nizam buat rumusan aper?
Akak tak sempat nak baca punnn
he he he he

ashley said...

laaa..ingat kut blog aku tadi!!

maap ye tuan rumah!

ashley said...

Tuan ghumah tak dan nak hidang kopi..teh..lagi..jadi aku rehat rehat kejap.

la la la la..

buat cam rumah sendiri!

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Dia orang tak terlebih fikir tu... hahaa

Ashley,
Entah kenapa, berukband selkom aku asyik tak leh masuk je.

Dah dua hari meragam.Hari ni pun pakai LAN.

Ok,silalah minum air ni... air sirap daun ketum je... hehehe

kucingorengemok said...

kah kah tak tahan gelak tengok orang lain datang buat macam rumah sendiri ;)

Nizam.Ariff said...

Kucingorengemuk,
Tak pe, sebab aku pun buat rumah dia macam rumah aku gak..
hahahha

ashley said...

Nizam,
buku tu cam tak de konklusi jerr..??
ya lahh..
kalau main tuduh tuduh nanti marah lak orang kan...?

dulu aku ada dongar cerita dari sembang sembang pak arab yang mengatakan gunung benteng yang dibuat dari leburan besi itu lokasinya somewhere in Afghanistan...

wallahualam..

KAT MANA agaknya ek?
wonder gak US ni (selain dari mencari MINYAK ) kenapa dia sesibuk bebenor tak habis habis serang Afghanistan, IRAN dan IRAQ...
macam ada agenda yang tersembunyi jerrr..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dia orang dah ada plan dia orang tu...
Cuma kita tak panggil dia orang tu pengganas je...

koko said...

aku rasa la...selain minyak..aku rasa dye owg nak carik tembok besi tu...nak lepaskan Nuclear kat situ...
muahahahaha
:D

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com