Friday, August 21, 2009

Pahlawan dan pedang besi

.

Bingit gemerincing besi kini hilang. Libasan pedang pada baju besi, derapan telapak kuda seberani, perisai tajam dan tali kekang terurai, segalanya telah berhenti.

Butir-butir hujan menimpa rumput-rumput padang basah. Halilintar menyisih. Kuda-kuda seberani tanpa tuan. Tubuh-tubuh tak bernyawa berselerak. Darah mewarnai hujan merah. Becak dan lumpur bertakung pada tapak-tapak kaki kuda seberani, juga merah.


Seorang pahlawan berlutut didalam lumpur, kedua-dua tangannya memegang erat pedang yang dipacakkan sebagai tongkat. Lelah, mengatur nafas. Jubah perangnya basah dek hujan dan darah manusia, bercampur baur, hanyir. Rintik-rintik hujan membawa turun khabar suram dan sedih dari atas langit.


Pahlawan itu mendongak, menduga dada langit. Menduga rintik-rintik hujan yang kasar. Air hujan mengalir dari hujung rambutnya, mengalir turun di dahi dan pipi, air hujan yang merah dan darah. Darah siapa?

Dan air hujan dan darah itu terus mengalir pada pipinya, berbaur dengan air mata. Dan air hujan dan darah dan air mata itu terus turun membasahi dada dan lengannya. Dan menitis pada lumpur dan rumput-rumput yang hancur, lunyai di injak-injak telapak kuda seberani dan para perajurit yang telah gugur. Syahid?


Pahlawan itu memandang sekeliling. Tiada yang berdiri lagi. Sunyi. Tinggallah kuda-kuda seberani bergerak sana-sini tanpa tuan, dengan tali kekang yang berjuntaian.


Pahlawan itu mencabut pedang besi kharsani buatan khurasan, dari lumpur, dari rumput yang lunyai. Di padang itu, hujan masih menitis, membawa darah dan air mata ke anak sungai.


Pahlawan itu berdiri, berseorangan. Air hujan dan darah mengalir turun dari lengannya, mengalir ke pedangnya hingga ke hujung lalu jatuh menitis ke lumpur.






.

12 comments:

tasikmerah said...

kamu ni dah setarap dgn m nasir lah bang. he he.

:)

ashley said...

BIONIC woman nak letak kat mana ek dalam scene ni?

kakpah said...

Aku mimpi jadi samurai........

Nizam.Ariff said...

TM,
Ni mesti teringat lagu dia ni.. hahaha

Ashley,
Bionic women dah berkarat kena air hujan... hahaha

Kakpah,
Samurai ada pompuan ke kak? Jadi Ninja la kak, Ninja pakai tudung kepala, tutup aurat... hahaha

SHIMI said...

apa kes nih...
gua ingat lu boleh ganti steven spielberg kot...

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Ni kes terima visi...
Gua nampak visi ni masa tengah pacu kuda api gua..

Sementara masih ingat, gua tulis kat sini...

secangkir madu merah said...

ini cerita dongeng ke?



apa2 pun jgn lupa malam ni gi terawih...

Hasri bin Hasfa said...

nih kes hero tak jumpa mawar berduri... salam ramadhan, brader...

xiiinam said...

Selamat berpuasa dan beramal mulia di bulan barokah ini...

Insyirah said...

Samurai? Ninja? Bionic women? Steven Spielberg? Aduhhh...pening dah.

pssst: Amboi...kemain lagi ye duk mengata saya kat blog kakpah :p

Insyirah said...

Lupa lagi..

Selamat berpuasa ya bro. Selamat beramal ibadah di bulan yg mulia ini.. :)

Nizam.Ariff said...

Secangkir Madu Merah,
Nak kata dongeng pun ak jugak, ia visi yang menampar lelangit minda...

Sepa,
Saki baki pedang setiawan si Azhar@Jawe kut.. hahaha

Cklah,
Selamat berpuasa. Cikgu dah sihat?

Insyirah,
Hahaha... abis tu, dah memang betul...kan?

Insyirah,
Selamat berpuasa... raya ni baju tema warna apa?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com