Monday, August 24, 2009

Panas yang terlampau...

.

Pada masa aku bebudak lagi dulu, aku berbasikal ke sekolah rendah. Balik pukul 1.15pm, matahari tepat di dada langit, sungguh tepat sehinggakan bayang-bayang aku membulat di sekitar kaki aku (tokok-tambah).


Dalam kepanasan melampau itu, aku kayuh basikal aku untuk pulang dari sekolah. Sepanjang jalan, aku terbayangkan air cendul, air sirap, air kelapa muda bersirap pandan! Seksa sepanjang kayuhan sejauh 5km di jalan batu kelikir yang berbonjol-bonjol. Keletak-keletuk bunyi tulang aku di gegar kelikir-kelikir itu.


Sesampai di rumah, aku tanggalkan pakaian seragam, tinggallah aku berseluar pendek. Bila masuk ke dalam rumah, perubahan cahaya mendadak menyebabkan pandangan aku kelam sekejap. Bila dah separa bolen, aku akan cari permukaan lantai simen yang sejuk (biasanya di bawah meja) dan aku melekap macam tapak sulaiman yang terdampar di pantai!

Bila satu bahagian badan dah sejuk, aku terbalikkan badan, untuk sebelah badan lagi. Bila permukaan lantai simen tu dah tak sejuk lagi, aku cari port lain yang lebih sejuk.




Dalam pukul 3pm, bila matahari dah menyendeng sedikit, aku akan pergi ke kolam ikan di depan rumah. Ada pelantar kecil dan tangga yang menjulur ke dalam kolam ikan itu. Di situlah aku akan labuhkan kaki-kaki aku. Kemudian, aku turun sedikit demi sedikit. Akhirnya, aku berendam dalam kolam ikan itu.


Aku biarkan badan aku diketit-ketit oleh berpuluh-puluh anak udang sampah. Kadang-kadang geli pun ada. Entah apa yang dia makan aku tak tau, aku mana ada kurap. Kulit aku mulus... aku anak kelahiran Pan Asian. Bapak Jawe dan emak Cina. Kiranya aku ni boleh jadi model iklan sabun mandi la agaknya... hahaha




Dekat 'Asar, baru aku naik. Badan naik kecut. Tapi, aku tak sentiasa berendam. Agak-agak dah sejuk, aku naik ke atas pelantar dan keringkan badan.


Juga, aku akan naik bila aku nak kentut. Ustad kata, kentut dalam air boleh batalkan puasa!







.

18 comments:

kucingorengemok said...

aihhh, macam nak sama je dgn cerita laki kita masa dia kecik²... tapi bpk dia jambi mak cina, hehe

Nizam.Ariff said...

KOG,
Ntah-ntah, sedara tak ... hahaha

Cikgooden said...

berendam lama-lama tak kecut ka?..

tasekM said...

kah kah kah. aktiviti menapak sulaiman tu aku pun buat bang. ha ha.

den,
apa yg kecut? hahahaha...

:p


.

Anonymous said...

cendol n berbasikal ke sekolah, nostalgic lah beb...

ASH said...

Nizam,
tang tinggal seluag sekepiang tu macam biasa jer aku dengar..

tang meneghap atas simen tu pun agak biasa..

ha ha ha..
best OOOO..
tapi ayah aku selalu angkat boh atas tikag mengkuang.

tak baguih katanya..
nanti dapat penyakit..

aku cari lagi pot yang lebih bagus..
bawah katil..
tarak sapa nak kacau..
redup dan gelap pulak tu.

Alina said...

basikal.

lama tak naik basikal.

Insyirah said...
This comment has been removed by the author.
Insyirah said...

Hahaha. Terdampar di atas lantai macam tapak sulaiman? Adehh...adehh..

Tang kentut tu lagilah tak tahan. Ada-ada saja bro ni. Macam-macam..

Tijah said...

tapi dulu mak2 salu tak kasi tido atas simen kan? nanti paru2 berair katanya. logik ke? hehe

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
dah sejuk aku naik atas. Jadi, dia kembang kecut kembang kecut.. hahaha

TM,
Ko boleh ke buat tapak sulaiman?? hahaha... kalau ko berendam, laaagi banyak yang kecut kut... Opp! masa tak tak ada lagi.. hahaha


Sepa,
Lu pun suka cendol. Aku lupa lak minuman kegemaran lu tu... hahaa


Ashley,
Aku pernah jugak lepak bawah katil bapak aku. Dia halau keluar... hahaha

Alina,
Kat pekan kalau naik beskal kena ragut... bahaya...


Insyirah,
Eleehh.. macam tak biasa kentut! HAHAHAHA


Tijah,
Tij, (macam TM panggil ko), aku dengar pun macam tu gak. Org tua-tua kata simen tu 'tajam'. Ntah le betul ke tak... tapi terasa juga sesak nafas kalau baring lama-lama..

addyaholix said...

aku paling suka part yang ko yakin ko boleh jadi model iklan sabun tu bang. keyakinan yang macam tu yang aku cari. dan sekarang aku dah jumpa. kau memang sumber inspirasiku bang nizam. bagitahu kat paku payung, yang dia patut bangga ada bapak yang macam kau.

fuh gila sungguh!
aku kira ni statement berani mati aku bang. gila. memang gila!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Setakat iklan sabun mandi cap kapak, boleh le.. asyik tayang pompuan je. Kita cuba la pulak... hahaha

Eh, ko tau ke sabun cap kapak?

addyaholix said...

sabun cap kapak? komfem masa tu aku belum lahir kan? yang aku tahu cuma minyak cap kapak saja. adik-beradik ke bang?

hairul392 said...

kecur bila cakap pasal cendol hehe..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Jauh dari sedara mara... sabun cap kapak paling murah. Masa tu seketul baru 20sen. Dia tak wangi langsung, tapi ckup berbuih untuk basuh pinggang mangkuk. Buat sabun badan [un kira ok gak. Dia tahan lama sebab KERAS... rupanya sebijik macam 'modelling clay' / tanah liat yang budak-budak sekolah beli utk buat patung otromen dan ular tu...


Dak Ai,
Petang karang pekena cendul la... apa lagi. Sabtu ni kak ngah nak ikut balik... kirim mercun banyak-banyak....

secangkir madu merah said...

kita macam serupa ar walaupun tak sama, dulu2 aku balik jln kaki dari sekolah kalu bulan puasa, melepak sampai jer rumah campak bag dan menyarap atas simen, fuh..lega.. tak cukup lagi, bukak peti ais duduk depan petiais, duduk kat situ betol2 menggoda kalbu tengok air sejuk dlm botol, aku telan air liur jer...

Nizam.Ariff said...

Secangkir Madu Merah,
Jom kita buat benda yang sama ulan pose ni nak? Saja nak ingat yang dulu-dulu... bolen depan peti sejuk (walau ada aircond)... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com